. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Thursday, January 5, 2017

. 2017 : NO azam .



Assalamualaikum.

Lama menyepi tak buka blog pun. sejak tetibe reading list berubah wajah kan,
aku macam "eh kenapa macam ni ? mana reading list aku ? apa terjadi ni ?" terus aku tak buka blog membawa hati yang lara gittew. rupa-rupanya reading list ada kat bawah. lama juga aku tak tahu benda ni. aku siap google tentang permasalahan yang berlaku ni.

[=.="]

hampeh jer.
kemain aku berduka lara. rupanya aku yang tak cari betul-betul. hmmm~

jadi sekarang dah masuk 2017. 2017 ok.
tapi aku masih lagi macam ni. melara je kejenya. wahahaha~
malas nak cerita azam yang akhirnya terkubur tu. jadi terpulanglah mau jadi apa. mau jadi hantu, mau jadi buaya. kemain tetibe menyanyi.

satu hari, satu kebaikan.

ok. itu sahaja target aku. nampak simple tapi tak sesimple mana. semoga hari-hari bertambah baik. susah tau nak jadi baik. istiqamah mujahadah. nak nangis rasa. keBAIKan yang aku maksudkan adalah, berbuat baik pada makhluk mahupun diri sendiri. pada makhluk tu contohnya, tolong mak buat kerja rumah, tolong adik tulis nama kat buku (ahaha), siram pokok bunga, mengasihi kucing. haa camtu antaranya. kalau pada diri sendiri, banyak kepada jihad melawan nafsu. contoh, melawan nafsu makan (sebenarnya nak kurus. ahaha) supaya sihat tentunya, tingkatkan keimanan, jangan melagha je kejenya. ok itu sajalah contoh kebaikan diri sendiri.

tahun ni juga, taknak sentuh bab jodoh. just let it be naturally. aku pun tak tahu natural tu macam mana. ahahahaha~ just lantak aaa~

kbai~






*camtu jer ? kahkahkah~*


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, October 31, 2016

. Putus .


Assalamualaikum.

Dah lama aku tak update blog. Bukan sebab aku sibuk sangat pun.
Tapi aku malas nak buka lappy. Kalau buka lappy ni, niat asal boleh terpesong.
Pastu bila dah shut down, tetibe baru teringat niat mula-mula on lappy.

Minggu lepas dan minggu ni, mungkin minggu putus cinta laa aku rasa.
Entah kenapa aku jadi tempat kawan-kawan meluahkan rasa kecewa selepas putus cinta.
Tak pasal aku pun turut bersedih. (dan geram)

Kes pertama.
Berkawan 5-6 tahun, last-last lelaki tu curang dengan alasan, "saya bukan lelaki yang baik."
Hangin juga aku baca alasan dia tu. Come on laa. Masih lagi guna alasan macam tu.
Jadi apa ? Memang malang laa perempuan yang jadi kekasih dia sekarang. Macam tu ? haih~

Kes kedua.
 Dah berpisah 5-6 tahun. Tapi still tak boleh lupa dan gigih untuk mendapatkan jawapan sekiranya ada peluang sekali lagi untuk bercinta. Aku tak tahu dia dah dapat jawapan ke belum. Cuma aku nasihatkan dia, bersedia untuk kecewa agar tak sakit. Dan aku suruh dia fikir, jika kekasih dia kembali, apa perancangan dia seterusnya ?

Kes ketiga.
Ini lagi tak boleh blah. Dah kawan lama, kenal lama, tup tup isteri lelaki tu call maki-maki. Rupanya dah berkahwin. Tapi kenapa laa acah-acah single ? Geram juga aku lelaki macam ni.

Jadi untuk mengambil kesempatan yang ada, aku pun nak MOVE ON bersama-sama mereka.
Aku tak putus cinta tapi aku memutuskan untuk tidak berharap.
Bila kenang balik, bodoh juga kan berhenti menunggu sesuatu yang tak pasti.

haha~

Hidup ni singkat je kan. Rugi kalau tersekat dengan perasaan lama-lama.
Sedangkan ada pilihan untuk bebas dan rasa tenang.
Why not tinggalkan perasaan yang dah bertukar perasan tu.
kan ?

Mungkin kita rasa seseorang tu baik untuk kita.
Sehingga kita lupa, yang dia juga punya rasa.
Rasa yang kau bukan yang terbaik untuk dia.

Kahkahkah~

Ya. Akhirnya.
Eh ! Bukan akhirnya, tapi yang UTAMA kita kena hadam,
Allah juga yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Kita ni pula eloklah memperbetulkan diri.
Nak begitu, nak begini, terlalu mengikut kehendak sendiri.
Sedangkan diri sendiri pun tak menepati begitu begini yang dicari pada pasangan.
Tak adil.

Ayuh !
MOVE ON !


:p




NotaHati :: Aku dah penat nak fikir apa-apa.
Peluang yang ada, aku nak tenangkan jiwa dan minda.
Positifkan diri.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)