. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, December 28, 2011

:: Dia selalu ADA ! ::



wahai jiwa...
wahai hati...
wahai diri...
apa pun yang terjadi,
Allah tetap ada untuk ubati...

kuat !
:')



NotaHati :: sabar yer hati...jangan sakiti sendiri.

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Sunday, December 25, 2011

:: mEnujU tAQwA : iKuti 8 sYarAt ::


entry ini diambil dari Mutiara Minda

Untuk membaiki diri agar menjadi orang soleh atau orang bertaqwa, ada 8 syarat yang perlu ditempuhi:




Syarat 1: Dapat Petunjuk Dari Allah (Hidayah)

Hidayah adalah satu perkara yang sangat penting dan sangat berharga dalam proses menjadi orang bertaqwa. Bagi seseorang yang belum Islam, dari sinilah titik tolak mereka ingin masuk Islam. Allah memberi hidayah kepada seseorang itu dengan cara mengetuk pintu hatinya. Kemudian dari situ, dia terus berusaha untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Islam.

Bagi seseorang yang memang sudah Islam, pintu hati mereka akan terbuka untuk membaiki diri. Mereka akan rasa cinta, sayang, minat, seronok, terhibur dan berazam untuk lebih serius dalam mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Jika tidak ada hidayah, orang yang belum Islam tidak akan terbuka untuk masuk Islam dan orang yang telah Islam tidak akan terbuka untuk membaiki diri kerana tidak diberi rasa cinta, sayang, minat, seronok dan terhibur dengan agama Islam.

Hidayah adalah hak Tuhan. Hanya Tuhan yang berhak menentukan siapa yang patut diberi hidayah dan siapa yang tidak akan mendapat hidayah. Oleh itu, mintalah selalu dengan Tuhan agar kita diberi hidayah.

Syarat 2: Faham Tentang Islam

Faham tentang Islam bukan setakat ada ilmu tentang Islam. Ramai orang yang ada ilmu Islam tapi tidak faham tentang Islam. Ada ilmu ertinya tahu. Tahu dan faham adalah dua perkara yang berbeza. Tahu dengan akal, faham dengan hati atau roh. Sebab itu orang yang ada ilmu disebut alim tetapi orang yang faham tentang agama disebut faqih.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang Allah kehendaki seseorang menjadi orang yang baik, maka dia diberi faham tentang agama".

Faham tentang agama merangkumi seluruh aspek ajaran Islam, zahir dan batin. Islam mesti difahami secara syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Dengan kata-kata lain, Islam mestilah difahami sebagai agama aqidah, ibadah, dakwah, ukhwah, jihad, ekonomi, pendidikan, jemaah, daulah islamiah dan lain-lain aspek hinggalah kepada alam sejagat.

Syarat 3: Yakin

Setelah memahami tentang Islam, maka apa saja ilmu yang kita pelajari dan kita fahami perlu diyakini sungguh-sunguh tanpa berbelah bahagi, khususnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan persoalan aqidah. Keyakinan itu mest kental tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Syak ialah 50% yakin, 50% tidak yakin. Zan pula 75% yakin, 25% tidak yakin manakala waham pula 25% yakin, 75% tidak yakin.

Contohnya, sewaktu kita belajar Ilmu Kalam atau Ilmu Tauhid, kadang-kadang hati kecil berkata, "Eh, betul ke Tuhan berkuasa! Betul ke Tuhan menjadi pembela kepada orang bertaqwa! Nampak macam Tuhan biarkan saja orang bertaqwa". Ini sudah dinamakan was-was. Bila sudah was-was,dalam Ilmu tauhid ia boleh membawa seseorang kepada kekufuran sekaligus menghalang seseorang untuk menuju taqwa.

Jangan jadikan ilmu Islam sama dengan ilmu keduniaan. Contohnya ilmu keduniaan ialah ilmu ideologi. Kalau kita belajar ilmu ideologi dan kita rasa was-was dengan ideologi tersebut, tidaklah menjadi satu kesalahan.

Syarat 4: Melaksanakan 

Setelah kita  mempelajari, memahami dan meyakini tentang ajaran Islam, maka syarat ke empat untuk menjadi orang bertaqwa ialah melaksanakan dan mengamalkan ajaran Islam.

Perintah fardu dan sunat hendaklah dilaksanakan sungguh-sungguh, perintah haram dan makruh hendaklah dijauhkan sungguh-sungguh, manakala perintah harus, laksanakan sekadar yang termampu dan jadikan ia sebagai amal ibadah atau pengabdian kita kepada Allah SWT. Dalam ajaran Islam, buah ilmu adalah amal. Jika ilmu tidak diamalkan, jadilah ilmu yang tidak berbuah. Bila ilmu tidak berbuah, maka ilmu yang kita miliki bukan menambahkan kita dekat dengan Allah, bahkan ia semakin menjauhkan kita daripada Allah SWT. Dalam Matan Zubat, ada menyebut:

Maksudnya: "Orang yang berilmu tetapi tidak beramal, akan masuk ke dalam Neraka 500 tahun lebih awal daripada penyembah berhala".

Oleh itu jangan jadikan ilmu Islam sebagai 'mental exercise' atau riadah akal sahaja. Ilmu Islam untuk diamalkan, bukan untuk diteorikan. Tidak ada gunanya ilmu Islam itu hanya seronok dibincangkan, diforumkan, diseminarkan atau dipuji-puji ketinggiannya kalau ia tidak dijadikan sebagai panduan dan amalan hidup.

5. Bermujahadah

Walaupun hati sudah terbuka, rindu dan suka dengan Islam, sudah faham dan yakin dengan Islam, tetapi bila hendak beramal, masya-Allah, rupa-rupanya bukan musuh lahir seperti Yahudi dan Nasrani yang menghalang, tetapi musuh yang ada dalam diri kita iaitu nafsu dan syaitan. Inilah dua musuh utama yang lebih jahat dari Yahudi dan nasrani. kejahatan Yahudi dan Nasrani pun disebabkan dua musuh batin ini. Nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitancuma meniti di atas nafsu. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan.


Jadi nafsulah penghalang utama dan pertama apabila kita ingin mengamalkan ajaran Islam. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali tetapi berperang dengan nafsu setiap detik, saat dan waktu sebab dia berada dalam diri kita.


Firman Allah yang bermaksud, "Dan mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah di jalan Kami, nesvaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik".


Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsu, maka jalan untuk menjadi orang bertaqwa adalah cerah. Mereka dianggap sebagai wira sejati. Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. selagi hawa nafsu tidak diperangi dan dikalahkan selama itulah seseorang itu terhijab untuk menjadi orang bertaqwa.

6. Istiqamah Beramal

 Beramal jangan bermusim dan jangan ada turun naiknya tetapi hendaklah dilakukan secara tetap dan terus menerus. Ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW, "Sebaik-baik amalan itu ialah yang dibuat secara istiqamah (terus menerus) walaupun sedikit".


Sebenarnya sedikit yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah amalan-amalan sunat, manakala amalan yang wajib sudah ditunaikan. Amalan yang istiqamah akan memberi kesan kepada roh atau hati seseorang. Istiqamah ibarat titisan air, walaupun kecil dan lembut tetapi jika ia menitis sepanjang masa, lama kelamaan batu akan lekuk. Orang yang istiqamah dalam amalannya akan membuahkan akhlak yang mulia iaitu akhlak dengan Tuhan dan juga akhlak sesama manusia.

7. Ada Pimpinan Guru Mursyid

Guru mursyid ialah guru yang boleh memimpin lahir dan batin. Jika guru yang sekadar memberi ilmu, itu dinamakan mu'allim. Guru mursyid dianugerahi Allah ilmu-ilmu yang luar biasa, samada ilmu lahir ataupun ilmu yang batin (ilmu tentang hati). Guru mursyid tidak semestinya seorang yang hafaz Qur'an tetapi guru mursyid ialah seseorang yang telah diberikan ilmu laduni atau ilmu ilham hasil dari ketaqwaannya kepada Allah SWT.


Mursyid itu susah dicari. Betapalah di zaman sekarang yang sudah jauh dari zaman Rasulullah. Orang yang jadi mursyid mungkin dalam hitungan jari sahaja. Sebab itu mursyid kurang popular dan jarang disebut dalam kehidupan sehari-hari sedangkan guru mursyid tempat rujuk dalam semua hal termasuk perkara-perkara yang harus demi untuk mendapat keberkatan.


Jadi setiap orang yang ingin membaiki diri dan menjadi orang bertaqwa mesti ada murysid yang memimpinnya, sekalipun dia ulama, alim, hafaz qur'an dan pakar Hadis. Mengapa?


Dalam ajaran Islam, ada ilmu yang datang dari akal dan ada yang datang dari hati, maksudnya ada yang lahir dan ada yang batin, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Kalau seseorang itu diberi ilmu yang tersurat, belum tentu dia akan mendapat ilmu yang tersurat. Ilmu tersirat hanya diberikan kepada guru mursyid.

8. Berdoa Kepada Allah

Usaha kita tidak memberi kesan walaupun usaha itu diperintahkan oleh Allah. Sehebat dan sekuat mana kita berusaha, namun hakikatnya yang memberi kesan adalah Allah SWT. Allah-lah yang membuat keputusan dan menghitamputihkan nasib kita. Di sinilah perlunya rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT agar kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT.


Kita mestilah yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya. Mustahil Allah itu zalim. Oleh itu sebagai syarat yang terakhir, hendaklah kita sentiasa panjatkan doa kepada Allah SWT agar kita termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.


Begitulah huraian ringkas lapan syarat yang perlu ditempuhi oleh seseorang untuk menjadi orang yang bertaqwa. Bila kita menjadi orang bertaqwa, kita akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.




Adakah Kita Termasuk Orang Yang Bertaqwa ?

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”.



  Riwayat at-Tarmizi






NotaHati :: semoga jiwa dan hati ini bertaqwa kepada Allah :)


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, December 23, 2011

:: BiLa MaHu tEmUi KeHiLanGAn itU ? ::




aku :: aku suka "lelaki pelindung" yg belum jumpa...
kau :: kau akan jumpa punyalah!

:)






nota hati :: kenapa tah aku suka dialog aku dengan encik capital H nie...hmm~
dan cerita di sebalik GAMBAR di atas...*clickgambar*


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, December 22, 2011

:: MuJahAdAh dALam iStiQaMAh : aKu bELum KuAt ::


Assalamualaikum...

baru aku faham apa itu ISTIQAMAH...
baru aku tahu apa itu SUKAR dalam ISTIQAMAH...

baru aku faham apa itu MUJAHADAH...
baru aku tahu apa itu SUKAR dalam MUJAHADAH...

YA ! 
memang sukar ISTIQAMAH dalam MUJAHADAH...

uji sikit dah goyang...
bisik sikit dah longlai...

penat...letih...sedih....
mengeluh tak sengaja...
tanda tak syukur itu....
astagfirullah al azim~


“Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan Malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan Malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.”

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban)

aku lari dari terus leka...
tapi ia tetap sama saja...
kerana ia dalam diri...
iaitu hawa nafsu...

bagaimana ?
aku tak kuat....


HambaMu ini rapuh dalam mencari cinta Mu...
Kadang lalai dengan nikmat dunia...
Kadang leka dengan sibuknya masa...
Kadang disia dengan cintanya manusia...

Beri aku taufik hidayahMu...
Beri aku petunjuk lurusMu...
Beri aku cahaya imanMu...

Agar kekuatan dapat ku raih...
Agar kesabaran dapat ku titip...
Agar takwa dapat ku pelihara...

Ampun kan aku YA ALLAH...
hanya engkau maha mengetahui apa yang terbaik buatku...
lindungi aku...
hindari aku dari terus rebah...


sujud padaMu  buat ku tenang :)
semoga kuat hadapi segala....

sebulan lebih itu seperti setahun lamanya....
sebulan lebih itu seperti mimpi tak indah...
sebulan lebih itu...berjuta titis air mata aku leburkan...
tahniah ! kerana menghadapi semua itu dengan gigih...
tahniah ! baru tahu erti hidup berseorangan kan ?



TAHNIAH !

heh~

*senyumkelat*



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, October 12, 2011

:: WaktU mUStAjAb uNtuK bERdOa ::






entry ini disalin sepenuhnya dari MyMetro


BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita mohon bertambah sayang Allah kepada kita dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi atau dimaki.
Doa sifat perhambaan manusia dan mereka diciptakan untuk hamba-Nya. Supaya doa mudah diterima kita patut meneliti serta mengetahui waktu yang sangat mustajab untuk berdoa antaranya ialah:


  • Pada waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (muttaqin) sedikit sekali tidur pada waktu malam dan pada akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Adz-Dzariyat ayat 18-19).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan.

    Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).




  • Waktu antara azan dan iqamah iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.




  • Pada waktu sujud iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

    Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa” (Hadis riwayat Muslim).

    Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (khabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu” (Hadis riwayat Muslim).




  • Selepas solat fardu iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya: “Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat” (Surah Qaaf ayat 40).

    Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

    Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.




  • Pada waktu khusus tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

    Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).

    Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda: “Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu (Hadis riwayat al-Bukhari).

    Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

    Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya pada akhir waktu Asar. Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.









  • ********************************



    “Doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa sepengetahuannya dikabulkan. Di samping kepalanya ada seorang malaikat yang diwakilkan untuknya, setiap kali ia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat ini berkata, “Amin dan bagimu juga apa yang kamu doakan”

    (HR. Muslim dari Abu Darda’ radhiyallahu’anhu)


    ♥ Alhamdulillah...mari mendoakan yang baik-baik sesama insan...keberkatannya ada di kedua belah pihak ♥







    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    :: AnDai kitA mEmAng DijOdOhkan ::





    Andai kita memang dijodohkan ..
    Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
    Namun andai memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya..
     
    Ya Allah ,
    Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
    Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
    Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
    Ya Allah,
    jagalah aku dari dosa dunia..
    Jagalah dia dari dosa cinta..
    Aku mencintainya kerana Mu
    Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..


    :: Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada wanita jika kalian tidak berniat untuk melamarnya..::






    p/s :: tapi saya dah tak memendam cinta...
    dah TERcakap...


    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Tuesday, October 11, 2011

    :: PenjaGa.PeLinDUng : BuAt iMaM MaSA dEPankU ::



    Uhibbuki Fillah Habibti


    Jika kamu Imam masa depanku...
    Aku mahu DIBIMBING kamu...
    Aku akur DIPIMPIN kamu...
    Luruskan aku dengan AGAMAMU...

    Jika kamu Imam masa depanku...
    Imamkan aku dengan SOLATMU...
    Lenakan aku dengan ZIKIRMU...
    Lindungi aku dengan DOAMU...

    Jika kamu Imam masa depanku...
    Nasihati aku tenangkan aku...
    Bahagiakan aku wahai PENJAGA...
    Pinanglah aku wahai PELINDUNG...



    -01SEPT2011 @ 11:56:56 PM-




    yang sebenarnya.....ini.....
    kesinambungan dari PENJAGA.PELINDUNG : JAWAPAN ISTIKHARAH....




    ermm....ermm...ermmm...errrrr~
    =.=
    *malulah*
    bila baca balik...


    haruslah aku taktahu siapa IMAM MASA DEPAN aku kan...
    mungkin seseorang bernama PENJAGA.PELINDUNG...:)
    eh.taktahulah !
    :D






    p/s :: cantik x doodle aku ? aku xpandai doodle pakai paint ke pakai photoshop ke pakai photoscape ke...
    aku tahu doodle by hand jer...
    konon-konon itulah gambaran Imam masa depan aku....ceceyyy~ :p

    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Monday, October 10, 2011

    :: NiKmAt SaKit ::







    Dari Abdullah r.a katanya : "Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu". Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!" Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

    (H.R Muslim) 
     


     
     
    ♥ Nikmat sakit ♥
     
     

    - Saya tak suka makan UBAT.
    - Tapi saya nak sihat semula.
    - boleh ke ?
    - tak boleh ea ?
    - baiklah saya makan UBAT bila dah tak tahan.
    - Eh ! teruk betul nurse nie.
    heh~ :)
     

    semoga saya sihat 
    macam awak !



    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Sunday, October 2, 2011

    :: WaNitA :: aDaLah RaHsiA ::


    Assalamualaikum :)





    ♥ Wanita itu sendiri adalah RAHSIA ♥

    Carilah kelembutan itu, sentuhlah ia dan bentuklah dia sehingga menjadi bidadari syurga dan akhiratmu. Nescaya dialah yang akan membela nasibmu didunia dan akhirat sana.Wallahualam :)

    seindah-indah hiasan adalah WANITA SOLEHAH !




    p/s :: Terdidik wanita, terdidik generasi *ustazah pilihan*

    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Friday, September 30, 2011

    :: Menuju Keluarga Sakinah Mawaddah Warohmah ::



    Assalamualaikum :)





    4 syarat :: Menuju Keluarga Sakinah Mawaddah Warohmah ♥

    1. didasari Al Qur’an
    2. didasari Sunnah
    3. sabar
    4. ikhlas

    :)
     
     
     
     
    p/s :: lukisan hati...doa untuk masa depan...
    saya dan imam masa depan saya :)
    hi ! penjaga pelindung >.<


    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Thursday, September 29, 2011

    :: NasiHAt :: sYaRAt sEBeLuM berMaKsiAt ::






    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
     Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
     Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

    Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
     Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
    “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

    “Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
    Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
    “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

    Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
    “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

    Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
    Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
    “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

    “Baiklah, apa syarat yang kelima?”
    Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
    Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

    Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

    Allahu a’lam bisshawab.




    "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)" -Surah Al-Maidah 5: Ayat 2-


    ******************************************************

    assalamualaikum =)

    kisah menarik ini yang diambil dari WOOTWOOT.
    sebagai PERINGATAN bersama...

    =)




    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Sunday, September 25, 2011

    :: FaCebOOk : eH.cOOL ! ::


    bila rasa semangat mula turun,
    tetiba rasa nak deactivate FB...
    *takmemasal*

    tetapi...


    tak jadi !
    haha~

    sebab dah rasa COOL bila jadi cam gini...
    :)

    semangat balik !






    p/s :: saya belajar cara BERTUKAR dari OrkeDahlia.
    oh sweet je nama...:)
    kalau nak bertukar juga...silaa laa...:)



    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Saturday, September 24, 2011

    :: PaDaMu kU bERsuJud ::


    PadaMU Ku Bersujud.


    ku menatap dalam kelam
    tiada yang bisa ku lihat
    selain hanya nama-Mu Ya Allah

    esok ataukah nanti
    ampuni semua salahku
    lindungi aku dari segala fitnah

    kau tempatku meminta
    kau beriku bahagia
    jadikan aku selamanya
    hamba-Mu yang slalu bertakwa

    ampuniku Ya Allah
    yang sering melupakan-Mu
    saat Kau limpahkan karunia-Mu
    dalam sunyi aku bersujud

    pada-MU 







    Ya Allah!
    Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.


    aminnnn~
    =)




    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Friday, September 23, 2011

    :: PenjaGa.PeLinDUng : sELaMaNya ? ::




    Penjaga.Pelindung

    Mungkin singgah sebentar untuk hilang selamanya...
    atau
    Mungkin hilang sekejap untuk datang kembali selamanya...





    Cintai Dia Dalam Diam...
    Dari Kejauhan...
    Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan...




    p/s :: sabar....


    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Wednesday, September 14, 2011

    :: RiNdU nAk NakAL-NaKAL ::


    R.I.N.D.U




    • rindu awak-awak semua....
    • rindu nak conteng-conteng tangan dan buku nota kawan-kawan...
    • rindu nak gosip-gosip hari-hari....
    • rindu nak makan sesame...
    • rindu nak terhanguk-hanguk dalam kelas time lecturer mengajar...
    • rindu nak sms walaupun dok sebelah menyebelah jer...
    • rindu nak buat assignment yang macam heaven...
    • rindu nak dengar lagu sorok-sorok masa lecturer mengajar...
    • rindu nak lari class pysco dan pegi tengok wayang....
    • rindu nak jalan-jalan g SOGO, Timesquare, KLCC dan jalan TAR...juga pasar malam..bersama-sama...
    • rindu nak pakai baju kurung, baju t-shirt yang sama-sama-sama-sama...
    • rindu nak pakai uniform nurse dan jalan-jalan sesuka hati....
    • rindu nak curik line wifi jiran tetangga....
    • rindu nak masak dan gaduh sebab ade orang xreti nak kemas dapur pas masak...
    • rindu nak main-main snap gambar barang housemate dan publish kat FB macam nak lelong-lelong....
    • rindu nak berlakon pengsan-pengsan kat stesen LRT...
    • rindu nak jadi penyelamat bila Timah pengsan tiap kali naik tren akibat hypo...
    • rindu nak rasa nervous time OSCE yang 25 minit tapi macam seksa nak mampus...
    • rindu nak pegi posting kat penang 3 bulan...wahahaha~
    • rindu nak main-main kat hospital dan kacau patient...
    • rindu nak pegi overnite yang gile best plan last minute....
    • rindu nak dok belakang dan buat kecoh sampai dibenci budak skema di depan...huhu~
    • rindu nak membahan dan mengepoh pasal budak kelas dan barang baru tiap kali ke kelas....
    • rindu nak curik-curik pegi comp lab dan gigih asses FB yang memang denied dalam system...
    • rindu nak berebut bersesak dalam tren dan mengaplikasikan body mechanics...
    • rindu nak dengar lecturer cakap take 5...
    • rindu nak membajetkan diri dengan budak junior....
    • rindu nak menyusahkan diri bila kena kosongkan rumah tiap kali nak g praktikal...
    • rindu nak rasa forever alone tiap kali cuti hujung minggu...
    • rindu nak lepak cc 8 jam...huhu~
    • rindu nak rasa miskin bila ptptn masuk lambat + dah habis....
    • rindu nak makan kat belakang kolej yang super murah dan enak...
    • rindu nak tengok Kerol tido...
    • rindu nak berenang kat swimming pool dengan Tia, Nick...*padahal pandai mengapungkan diri jer*
    • rindu nak g makan kat sup meletop yang pabila anda tapau makanan, anda akan dapat nombor telefon...
    • rindu nak shopping tanpa beg plastik...eh.eh..
    • rindu nak rebut-rebut masak time puasa....
    • rindu nak gaduh-gaduh, tension-tension, dengan housemate....*haha*
    • rindu nak dianti dengan budak KKM bila praktikal kat hospital kerajaan....
    • rindu nak dibuli staff nurse yang malas nak buat bad bath, sponging, basuh B.O + P.U patient...*B.O = berak, P.U = kencing*
    • rindu kat abang yang rambut curl tue...kehkehkeh~
    •  rindu nak tengok fesyen budak-budak kolej yang pegi kelas macam nak pegi dating...xkurang juga yang pegi kelas macam nak pegi tido...errrr~
    • rindu nak melintas jalan dalam kesesakan lalu lintas di ibukota...
    • rindu nak beli karipap kat pacik last kopek...
    • rindu nak jaga kawan yang patah kaki, nak layan kawan yang kuat merajuk, dan minta pandangan kawan yang teliti....-p
    • rindu nak ajar kawan-kawan berskandal...LAaLAaaLAaa~


    eh...dah laa...panjangnyer repekan tak manfaat nih......
    betul-betul rindu nih...
    banyak yang nakal-nakal dari yang baik-baik...=p

    itu laa kehidupan...
    masa melaluinya rasa pahit sangat-sangat...
    tapi bila dah melepasi saat itu,
    rasa rindu sangat-sangat...


    OH ! rindu nak pegi kolej....





    p/s :: kawan-kawan dari 4...jadi 8...jadi 10...
    bila dah habis.....hmmmm~
    tercampak merata...

    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Tuesday, September 13, 2011

    :: CapitAL H ::





    aku tak tahu laa kenapa capital "H" nie sangat memberi kesan dalam hidup aku....
    mungkin "H" nie sangat charming bagi aku yang selalu berangan kisah Cinderella....
    mungkin juga "H" nie hebat....
    hebat kerana sanggup merenyok sekeping hati yang ikhlas memberi kasih...
    ya ! memang sangat berterima kasih...

    itu dulu....
    dah lama sangat dah.....
    tapi kesan tetap ada.....
    sampai nampak jer sesiapa nama "H", cuba elak....
    tak mahu kenal...tak mahu nampak....
    kadang-kadang nama dia bukan "H" tapi ada juga laa huruf H didepan,
    terus rasa anti jugak....
    terukk kan ?

    aku tak benci....dah lama aku ikhlaskan...
    cuma bila nampak nama tue, rasa lain macam...
    macam-macam rasa ada....
    macam mana eh nak biasakan dengan nama "H" tue ?
    kena tulis nama tue banyak-banyak ke ?
    *dah macam melukakan hati sendiri plak*

    takpe laa...memandangkan sekarang pun aku dah ada kawan nama yang sama...
    yang pasti peribadi dia memang lain dari empunya "H"...
    hebat dapat kawan macam dia...mungkin banyak ilmu boleh dikongsikan...
    banyak nasihat dan pandangan boleh diperoleh...
    insya'allah~


    tak semestinya orang yang nama "H" itu perangai sama....
    myra, sila betulkan cara pemikiran anda...


    diskriminasi "H-H" sedunia bak kata kawan aku yang namanya "H" juga..
    terasa letttewww~
    =p


    kanak-kanak betul pemikiran aku...
    :)




    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Monday, September 12, 2011

    :: dOktOR... SaYa nAk uBat Hati ::



    hati nie baru dapat ubat....
    tapi...efek ubat nie dah kurang...
    kejap jer dah rindu balik...
     
     
     
     
     
    rindu....
    bila nak habis cuti nie...
    :)




    p/s :: tetiba rasa rindu nak ke kuliah yang suatu masa dulu macam liat..*bukan macam, memang*
    =D

    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Friday, September 9, 2011

    :: GaDis sEPeRti aKu ::




     
     
    oH ! comel !
     
     




    kan ? kan ?




    :)


    part dia nak nyanyi baby~baby tue...
    eh ! comel !
    aku terjebak dengan shila amzah sebab ENCIK STOKEN...
    oh pelisssss~ dia sgt obses dengan shila....

    ok.bai.


    eh.lupa.
    enjoy "gadis seperti aku"


    :)


    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Saturday, September 3, 2011

    :: bERCiNtALah sELePas NiKah ::





    ♥ Saya rasa awak suka saya...
    ♥ Saya pun rasa saya suka awak...
    ♥ Tapi saya taknak kita jadi macam orang lain...
    ♥ Saya nak berkat Allah...
    ♥ Biarlah awak fikir saya sombong taknak layan awak...
    ♥ Biarlah apa pun orang nak cakap...
    ♥ Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak jadi ibu kepada anak awak...
    ♥ Jumpalah mak ayah saya...
    ♥ Kita bercinta lepas nikah...



    terharu dengan kisah yang baru saya baca tadi....
    berkisar tentang PERCINTAAN SELEPAS NIKAH...
    jom baca ! =)



    Ya Allah..Jodohku ditanganmu..
    Kalau benar, Cinta aku pada si dia..
    Hanya menambah timbunan dosa...
    Aku mohon ampun Ya Allah...
    dan seandainya Allah telah menjadikan cinta itu milik kita,
    maka mintalah semoag Allah permudahkan kita bertemu dalam ikatan yang paling mulia dalam redha Nya, insyaAllah..







    p/s :: temui jawapan yang sukar untuk diluahkan....
    mungkin hati kena kuat lagi....=)


    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Friday, September 2, 2011

    :: PenjaGa.PeLinDUng : JaWaPan iStiKHarAh ::




    Tika ingatan tumpu padanya...
    Rindu menyapa tak kira masa...
    Tiap detik rasa kehadirannya...
    Peliknya...kita tak pernah bersua...

    Saat perasaan tidak mampu ditanggung...
    Ingin luah malu menggunung...
    Kisah ini masih tergantung...
    Istikharahmu jawapan penghujung...

    Wahai penjaga, wahai pelindung...
    Tenangkan aku dengan kata putus mu...
    Aku sabar, aku redha...
    Jodoh itu rahsia Allah...





    istikharahku adalah kamu...



    tersurat dan tersirat...
    hanya Dia yang tahu...







    p/s :: hasil insomnia pelik sejak akhir-akhir nie...
    tapi xtahu tajuk....kalau sudi silaa beri....
    terima kasih sangat-sangat =)


    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Wednesday, August 31, 2011

    :: SaLaM MeRdeKa RaYa bUat SeMuA ::


    Assalamualaikum....=)




    SYAWAL :: bulan kemenangan =)





    MERDEKA !



    p/s :: bersederhana dalam bergembira....=)
    SALAM MERDEKA RAYA =)




    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Monday, August 29, 2011

    :: pOst mORtem : SeLaMAt tiNgGAL RaMadhAn ::



    Assalamualaikum !
    lelaki-lelaki idaman wanita-wanita solehah...=)



    ♥ Lelaki yg BAIK --> lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ♥
    ♥ Lelaki yg COMEL --> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid ♥
    ♥ Lelaki yg SWEET --> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ♥
    ♥ Lelaki yg ROMANTIK --> lelaki yg menhadiahkan sebuah doa setiap hari ♥
    ♥ Lelaki yg CHARMING --> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ♥



    selamat pagi akhir Ramadhan....
    saja je nak share tentang "lelaki-lelaki idaman" aku..hehe~
    dan korang-korang pun mesti nak yang macam tue gak...
    kan ? kan ?
    sesungguhnya memang xde kaitan dengan perkara utama...
    cuma rasa....eh sweet nyerrr ! ! ! 
    betul takkkk ?
    =)


    mood sayu nak meninggalkan Ramadhan yang sangat bermakna....
    sangat bermakna bagi aku...walaupun segala AZAM tak berapa nak berjaya capai...
    syaiton mungkin tak ada...tapi nafsu tetap sukar nak kawal...

    jom post-mortem jap tentang post 1 Ramadhan haritue....
    mula dari bawah yer....

    keempat.....
    nafsu makan sepertinya semakin gembira menambah berat badan....
    awal-awal puasa macam boleh kawal lagi...
    sampai jer akhir-akhir puasa....mak aiii....makin sedap pulak nampak makanan nie...=p

    ketiga....
    err...ini memang salah aku bila selalu sangat skip-skip baca Quran....
    maka....10 juzuk jer sempat....oh teruk !

    kedua....
    terawih....alhamdulillah....menghabiskan 20 rakaat + 3 witir dengan jayanya...
    tapi miss jugak 7 hari....paham-paham jer laa kan....nak buat macam mana fitrah wanita...heh~

    pertama...
    HARUSlah penuh dengan cuti....
    huhu~

     selesai post-mortem...

    ........................................................

    mesti aku akan terasa kejanggalan bila masuknya waktu isyak pasnie....
    dan pasti rindu kat sorang macik yang kadang-kadang aku menyelit disebelahnyer...
    eh..bukan kadang-kadang, selalu gak laa aku dok sebelah dia....
    dan selalu jugak aku dengar bebelan macik nie yang agak bengang dengan jemaah yang tak reti-reti nak penuhkan saf depan....

    dan semalam masa selesai solat terawih, harus lah salam-salam kan...
    tetiba....macik tue bisik kat aku....
    "i lep u" katanya....
    eh....takde lah....haha~

    macik :: "esok malam agak-agak sibuk tak ?"
    aku :: "tak rasanya.."
    macik :: "kalau boleh, esok datang laa masjid kita isyak sama-sama...macik selalu datang sorang-sorang jer...nie ada awak, ada laa kawan..."
    aku :: "insya'allah..=) "
    macik :: "harinie dah akhir kan.....jadi, kalau boleh esok datang laa yer...."
    aku :: "insya'allah macik..=)"

    nampaknya...macik nie sangat berharap aku datang....
    tak sampai hati kalau aku sengaja tak datang kan ?
    oh ya....betul ker bagi perempuan, makin saf belakang makin banyak pahala ?
     aku baca kat SINI...
    eh....betul ker ? keraguan dah aku nie.....






     sedihnya nak tinggalkan RAMADHAN....
    harap ini bukanlah RAMADHAN TERAKHIR....
    semoga segala amalan diterima ALLAH S.W.T....
    =)







    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)

    Friday, August 26, 2011

    :: iStikHaRAh CiNtA ::






    Bersaksi cinta diatas cinta
    Dalam alunan tasbih ku ini
    Menerka hati yang tersembunyi
    Berteman dimalam sunyi penuh do'a

    Sebut nama Mu terukir merdu
    Tertulis dalam sajadah cinta
    Tetapkan pilihan sebagai teman
    Kekal abadi hingga akhir zaman

    Istikharah cinta memanggilku
    Memohon petunjukmu
    satu nama teman setia
    Naluriku berkata

    Dipenantian luahan rasa
    Teguh satu pilihan
    Pemenuh separuh nafasku
    Dalam mahabbah rindu

    diistikharah cinta..










    insya'allah =)






    p/s :: aku memohon petunjukMu Ya Allah....

    x_589e5a1

    (: Suka tak ? Komen sket :)