. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, August 31, 2011

:: SaLaM MeRdeKa RaYa bUat SeMuA ::


Assalamualaikum....=)




SYAWAL :: bulan kemenangan =)





MERDEKA !



p/s :: bersederhana dalam bergembira....=)
SALAM MERDEKA RAYA =)




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, August 29, 2011

:: pOst mORtem : SeLaMAt tiNgGAL RaMadhAn ::



Assalamualaikum !
lelaki-lelaki idaman wanita-wanita solehah...=)



♥ Lelaki yg BAIK --> lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ♥
♥ Lelaki yg COMEL --> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid ♥
♥ Lelaki yg SWEET --> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ♥
♥ Lelaki yg ROMANTIK --> lelaki yg menhadiahkan sebuah doa setiap hari ♥
♥ Lelaki yg CHARMING --> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ♥



selamat pagi akhir Ramadhan....
saja je nak share tentang "lelaki-lelaki idaman" aku..hehe~
dan korang-korang pun mesti nak yang macam tue gak...
kan ? kan ?
sesungguhnya memang xde kaitan dengan perkara utama...
cuma rasa....eh sweet nyerrr ! ! ! 
betul takkkk ?
=)


mood sayu nak meninggalkan Ramadhan yang sangat bermakna....
sangat bermakna bagi aku...walaupun segala AZAM tak berapa nak berjaya capai...
syaiton mungkin tak ada...tapi nafsu tetap sukar nak kawal...

jom post-mortem jap tentang post 1 Ramadhan haritue....
mula dari bawah yer....

keempat.....
nafsu makan sepertinya semakin gembira menambah berat badan....
awal-awal puasa macam boleh kawal lagi...
sampai jer akhir-akhir puasa....mak aiii....makin sedap pulak nampak makanan nie...=p

ketiga....
err...ini memang salah aku bila selalu sangat skip-skip baca Quran....
maka....10 juzuk jer sempat....oh teruk !

kedua....
terawih....alhamdulillah....menghabiskan 20 rakaat + 3 witir dengan jayanya...
tapi miss jugak 7 hari....paham-paham jer laa kan....nak buat macam mana fitrah wanita...heh~

pertama...
HARUSlah penuh dengan cuti....
huhu~

 selesai post-mortem...

........................................................

mesti aku akan terasa kejanggalan bila masuknya waktu isyak pasnie....
dan pasti rindu kat sorang macik yang kadang-kadang aku menyelit disebelahnyer...
eh..bukan kadang-kadang, selalu gak laa aku dok sebelah dia....
dan selalu jugak aku dengar bebelan macik nie yang agak bengang dengan jemaah yang tak reti-reti nak penuhkan saf depan....

dan semalam masa selesai solat terawih, harus lah salam-salam kan...
tetiba....macik tue bisik kat aku....
"i lep u" katanya....
eh....takde lah....haha~

macik :: "esok malam agak-agak sibuk tak ?"
aku :: "tak rasanya.."
macik :: "kalau boleh, esok datang laa masjid kita isyak sama-sama...macik selalu datang sorang-sorang jer...nie ada awak, ada laa kawan..."
aku :: "insya'allah..=) "
macik :: "harinie dah akhir kan.....jadi, kalau boleh esok datang laa yer...."
aku :: "insya'allah macik..=)"

nampaknya...macik nie sangat berharap aku datang....
tak sampai hati kalau aku sengaja tak datang kan ?
oh ya....betul ker bagi perempuan, makin saf belakang makin banyak pahala ?
 aku baca kat SINI...
eh....betul ker ? keraguan dah aku nie.....






 sedihnya nak tinggalkan RAMADHAN....
harap ini bukanlah RAMADHAN TERAKHIR....
semoga segala amalan diterima ALLAH S.W.T....
=)







x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, August 26, 2011

:: iStikHaRAh CiNtA ::






Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..










insya'allah =)






p/s :: aku memohon petunjukMu Ya Allah....

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, August 23, 2011

:: 20 aMaLan mEmuRAhkan ReZeKi ::





Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan
    keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
    konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat
    setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
    boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

    1. Menyempatkan diri beribadah
    Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
    Nya dalam hadis qudsi:
    “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
    membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
    maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
    kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
    Abu Hurairah r.a.)
    
2. Memperbanyak istighfar
    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
    Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada
    hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
    Sabda Nabi s.a.w.:
    “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
    menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
    memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
    Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
    r.a.)
    
3.Tinggalkan perbuatan dosa

    Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
    saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
    s.a.w.:
    “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
    yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
    
4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
    Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
    Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
    “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
    mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati
    menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
 
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
    siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
    berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
    Baginda s.a.w. juga bersabda:
    “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
    Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
    al-Asybahani dan al-Hakim)
    Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
    berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
    “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
    nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
    dan ad-Dailami)
    
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
    dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
    juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
    “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
    orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
    
7.Tunaikan hajat orang lain
    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam
    bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
    “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan
    hajatnya…” (Riwayat Muslim)
    
8.Banyak berselawat
    Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
    tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
    kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
    terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
   
9.Buat kebajikan banyak-banyak
    Ibnu Abbas berkata:
    “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
    rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
    Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
    melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
    
10.Berpagi-pagi
    Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
    sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
    
11.Menjalin silaturrahim
    Nabi s.a.w. bersabda:
    “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
    maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
    
12.Melazimi kekal berwuduk
    Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
    mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
    Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
    “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)
    akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
    Walid)
    
13.Bersedekah
    Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu
    rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
    “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
    Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
    sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
    orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang
    menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
    Daruquthni dari Anas r.a.)
    
14.Melazimi solat malam (tahajud)
    Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
    rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
    dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)
    
15.Melazimi solat Dhuha
    Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
    urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
    Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
    “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
    rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
    Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
    Thabrani)
    
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
    Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) .
    Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
    “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
    Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
    azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
    memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
    
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
    Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
    menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
    keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
    diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
    Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
    dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
    dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan
    murahkan rezeki.
    Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
    menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
    misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
    doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
    pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
    menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
    tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
    
18.Berdoa
    Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh
    bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
    al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
    perkenankan.
    
19.Berikhtiar sehabisnya
    Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
    sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang
    dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)
    beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
    Syaibah dan al-Hakim)
    Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
    boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
    hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
    dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
    pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
    baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
    yang haram, dan sebagainya.
    
20.Bertawakal
    Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
    Allah (SWT) . Firman-Nya:
    “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan
    (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
    Nabi s.a.w. bersabda:
    “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar
    tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
    pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
    Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
    r.a.)
    
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
    kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
    segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
    yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
    Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
    yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
    amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT)
    limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
    pemberian-Nya.


***********************

Tips tambahan ::
Tips 1
Doa
Tips 2



p/s :: selamat pagi yang ceria....senyum lahhh ! !
senyum itu satu sedekah....=)

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Sunday, August 21, 2011

:: HaRApAn, MeNgHaRap, BeRhaRAp ::





jangan terima harapan yang akhirnya akan buat kau mengharap....
harapan itu mungkin akan membuatkan kau tersenyum lebar....
melangkah dengan penuh semangat...
bangun dengan penuh ceria....
terasa bahagia dengan harapan....

tapi....jika harapan itu dibiar tanpa kepastian...
ia akan membuat kau mengharap...
mengharap itu bukan sesuatu yang seronok untuk disimpan...
malah menyeksakan jiwa....
sedikit demi sedikit, ia buat hidup kau tak tenang...
gelisah resah tak ketahuan....
dan akhirnya.....kau kecewa sendiri....

bagus kah begitu ?

jika sudah terjebak, memang sangat kecewa....
tapi.....pelik.....
kau jadi terus berharap....
berharap dan menanti....
sedangkan kau tak tahu sampai bila....

mahu diluah rasa malu....
terus dipendam rasa sakit....

bagaimana ?
perlu jawapan sebenar.....
atau.......


berhenti berharap ?

=)





p/s :: korang patut LIKE cumi1569...
dia nyanyi + petik gitar best kan ?





dear heart :: jangan mengharap sesuatu yang tak pasti.....=)

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, August 19, 2011

:: kU PiNanGmU DengAn BISMILLAH ::






"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai”.


Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.

Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi “hot papa”, mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang.

Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..

Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.

“Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah”, ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.

Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.

“Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar”, pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.

***

“Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?” tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.

Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,”Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?”

Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.

Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.

Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku ‘Ah, untungnya badan.

Sudahlah kacak, baik pula tu’ Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, “Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpa parents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum,” dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.

Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.

“Hmm…. awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.


“Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?”, ujar sang suami diikuti ketawa kecil.

“Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?” tanyaku dengan nada yang lebih tegas.


“Hmm… Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum,” soalanya kembali dengan lemah lembut.


“Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?” bentakku.

“Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?” Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.

Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.

“Kenapa Zahrah membisu?” tanya si suami membuatkan aku tersedar.

“Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?” Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah sedang dipermainkan.

Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.

“Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah,” ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.


“Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God’s name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You’ve made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice. I’m tired of being the person who people i’ll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?” jawabku panjang dan keras.

Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.

Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.

“Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta… Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada,” balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.

Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.


“Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang,” tutur suamiku ikhlas.

Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.

“Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara,” pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.


“Ta….tapi….. Abang tak kenal pun Zahrah… Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah,” aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.

“Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?”


“Ta….tapi….. Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A…” aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.

Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. “Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak.”

Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.

“Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh” ujarku terketar-ketar dalam tangisan.

Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.

“Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang” terangku satu persatu.

“Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?” Soalnya ingin tahu isi hatiku.

Aku mengangguk tanda setuju. Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah!

SUMBER iluvislam


*****************************

Assalamualaikum....

baru jer baca kisah ini di Blog Ahmad Hasif ...
yang dipetik dari iluvislam...

menarik kan kisah ini...
macam nak nanges baca....
korang baca pulak KISAH INI....
kisahnya lebih kurang sama....
hmmm....terasa nak jugak jodoh macam nie...
jodoh Allah =)

oke...saya akhiri entry ini....
dengan lagu kat bawah nie....




semoga terhibur....=)




p/s :: ya Allah berikan lah aku jodoh yang soleh.....
yang boleh membimbing dan memimpin aku....
amin~

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, August 13, 2011

:: MIMPI : MainAn tiDuR @ pEtANda ? ::


Assalamualaikum....



"aku memohon perlindungan-Mu YA ALLAH daripada perkara itu...."

sedang aku online tadi...tetiba rasa mengantuk...
dan tidur...

datang pula satu mimpi....
aku duduk dalam bilik abang,
tetiba gigi aku berdetap-detap atas dan bawah....
kuat...
macam menggigil kesejukan...macam orang sawan pun ade....hmmm...
tak lama lepas tue, satu per satu gigi bawah aku gugur...
dari depan ke belakang akibat detapan yang kuat tadi....
dan akhirnya gigi bawah aku habis semua tertanggal...

oke ! itu point utama mimpi tadi...
dan aku terus bangun....mengucap panjang...
sebab aku ada baca tentang tafsiran mimpi...
yang mana kalau mimpi gigi tercabut, 
itu PETANDA.....
 ada orang yang akan meninggalkan kita....
aku betul-betul harap itu hanya MAINAN TIDUR...



nauzubillahi min zalik~
 






p/s :: sedikit sebanyak mimpi nie mempengaruhi emosi aku...
puasa-puasa nie, mimpi aku pelik-pelik belaka....


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, August 11, 2011

:: MENANGISlah :: sELagi PiNtu MasiH tERbuKa ::





"Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka."

Bersegeralah Bertaubat.
Marilah kepada-Ku, wahai hamba-hamba-Ku,
Bersegeralah pulang, ke pangkuan-Ku,
Bersegeralah bertaubat selalu,
Aku tetap menerimamu, percayalah,
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku,
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu,
Aku mahu akuilah kelemahan itu.


Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku,
Kemudian mengakulah bersalah,
Menangislah di depan-Ku ,tanda penyesalan yang tidak sudah,
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu,
Datang lagi kepada-Ku,
Mengakulah salah, menyesallah, merintihlah, menangislah,
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku,
Rintihan orang yang berdosa,
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya` .


Wahai hamba-hamba-Ku,
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
Siapalah yang tidak bersalah ,kamu adalah hamba,
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah,
Aku cinta kepada orang yang bertaubat ,
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku,
Aku tetap menerimamu ,bukankah Aku Tuhanmu,
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku,
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya,
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya,
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.





“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)







p/s :: tiada AIR MATA yang dapat menenangkan JIWA...
KECUALI air mata TAUBAT...=)

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, August 10, 2011

:: HILANG : sUka tAkkk ? ? ::


assalamualaikum...




suka tak bila sesuatu yang kita sayang,
tiba-tiba HILANG ?

suka tak bila seseorang yang kita selesa,
tiba-tiba HILANG ? ?

suka tak bila rasa nak miliki sesuatu,
tapi takut ia HILANG ?

suka tak bila rasa nak rapat dengan seseorang,
tapi ragu-ragu takut HILANG ? ?

dah laa....
taknak dah sayang sangat...
taknak dah selesa sangat...
taknak dah bermimpi sangat...
taknak dah rapat sangat...



deep-deep in heart
*wishyouarehere*


HILANG :: cari melalui TELEPATI jer lah gini....

=)




p/s :: muhasabah diri tingkatkan power....=p

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, August 8, 2011

:: tELePati :: aDaLah CarA sAya sERu ex bF ::


Assalamualaikum....=)


suke tak stalk-stalk ex awak ?
kadang-kadang bukan nak stalk pun..tapi TERstalk...kan ? kan ?
mungkin tetibe TERingat, TERindu, TERkenang, TER-ter lah semuakan...
sebenarnya tak de "TER" itu pun adoiyaii...
saje tanak mengaku....

kenapa tetiba citer pasal nie...
sebabnya...tadi....ternampak entry tertarik...
yang dipost oleh.....errrr~


*baca tajuk entry itu*

oh tidakkk ! ! !
mencikk tahu !
TERusik perasaan...




beginilah aksi berTELEPATI...=p

sambil cakap dalam hati..
" Mr.dot.dot (nama ex) call laa saya...SMS laa saya..."
ulang sampai dia bagi feedback..
"hai awak !"

itu pun kalau ada....untung laaaaaa~

selalu bab terkenang nih feel datang time memalam...
biasalah kan...tengah cari mood nak tido...
tiba-tiba TERflash back..."TER" gitu yer....
saya kalo tetibe teringat kat ex, dengan kuasa yang saya ada.....
*macam SAILORMOON*
saya main TELEPATI...! ! !

bagi saya, inilah cara paling comel...
konon-konon ada kuasa lah kan boleh menarik dia sms ke call ke...
jadi....main lah telepati sampai tertido...huhu~
bila dah tertido, itu bermakna...NON HADO kuasa lahaii~
buat bahan nak tido jer....
akhirnya....

(^________^)
sweet dream~
*manatahu jumpa dalam mimpi*

esoknya bangun....
tergelak-gelak....
oh ! apakah yang aku buat semalam ?
TELEPATI ? ? ?
bhahahahahha~


errr~
awak pernah ker main TELEPATI cam saya ?
berjaya takk ?






p/s :: ya ! redha, xde kuasa sebenarnya...tapi...sekurang-kurangnya, jadi ubat insomnia aku...=p

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Sunday, August 7, 2011

:: MeMudAHkAN LALuaN sAat kemAtiAn ::



10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia
dari dunia sampai akhirat...




Bagaimana 
memudahkannya?


1. Laluan Menuju ke Kubur 
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji 
* Hindarkan perasaan irihati (benci) 
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak 
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing) 
 2. Laluan untuk Berjumpa Izrail 
* Bersihkan diri dengan bertaubat 
* Gembirakan hati orang mukmin 
* Bayar semula qada' yang tertinggal 
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala 
3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah 
* Suka memberi sedekah 
* Berkata benar 
* Bersihkan dan perbaiki hati 
4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan 
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat 
* Sucikan perkataan dan pakaian 
* Bersyukur dengan yang sedikit 
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah 
5. Laluan Memantapkan Amalan 
* Jauhkan perkataan yang sia-sia 
* Pendekkan cita-cita dunia 
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah 
* Banyakkan sedekah dan akhirat 
6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim 
* Kasihilah ailia' Allah Taala 
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa 
* Berpegang teguh dengan hukum syarak 
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk 
7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka 
* Banyakkan membaca al-Quran 
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu 
* Tinggalkan perkara maksiat 
* Jauhkan segala yang haram 
8. Laluan untuk Memasuki Syurga 
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh 
* Kasihi orang yang soleh 
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah 
* Merendahkah dari di antara semua makhluk Allah 
9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW 
* Kasihilah Nabi Allah 
* Kasihilah Rasulullah SAW 
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah 
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW 
10. Laluan untuk Bertemu Allah 
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah 
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah 
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah 
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya


*******************************************


Assalamualaikum =)

Perkongsian daripada seorang teman di akaun Tagged....
semoga bermanfaat kepada yang membacanya....

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 

" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati." 
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).



p/s :: sharing is caring =)

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, August 6, 2011

:: BeRikAn aKu CiNta ::



Tuhan Berikan Aku Cinta




Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta







Ketika Cinta Bertasbih
 .wish list.
 
- saya nak NOVEL dia !
- saya nak tengok CERITA dia full ! movie + drama...
- saya nak seperti Ustazah Anna...heh~
- saya mahu jodoh seperti Ustaz Abdullah Khaerul Azzam...hikhik~


tetiba ada wish list...nak mintak ditunaikan ke hape ?
*ade ker yang nak tunaikan ?*
heh~

eh...tadi citer pasal lagu kan ? tetiba citer Ketika Cinta Bertasbih....dah kenapa ?
sebab lagu ini ada dalam citer KCB...
dan sekarang cerita itu sumber inspirasi dan semangat nak jadi yang lebih baik....
seronok tengok cara hidup dorang...=)
mahu ikut berada dalam golongan itu....
golongan beriman beramal soleh...
aminn~





p/s :: Tuhan berikan aku cinta HALAL =)

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, August 5, 2011

:: SeLamAt hARi yANg BaiK ::


Jumaat : Penghulu segala hari. 
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid."
2) "Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi - "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat"
3)Mandi dan Pakaian - Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."


SUMBER



p/s :: nak mengemas dan berkarya lah arinie...ceceyy~


(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, August 4, 2011

:: tOLoNg ! aWeK aKu....::



sayang...
yuu nak apa ? 
beg ? kasut  ? rantai ? cincin ?
baju ? make up ?

yuu sebut jer sayang...
aii pasti belikan...

dear...aii tanak semua tue...
tapi aii nak ini jer....
.

.

.




banyak-banyak-banyak ! ! !
aii nak kaler pink...
kaler merah...
kaler orange...
kaler cyan...
kaler hijau...
kaler putih...
kaler PURPLE ! !
aii nak semua-semua-semua !

boleh tak dear ? 
*kelip-kelip mata*
^____^




TOLONG ! 
AWEK AKU CHILDISH !







p/s :: ya ! immatured me ! yuu tahu kan sayang ?

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: tUtuP aURat mAsUk syURga kER ? : MaRi jaDi BaiK ::

Assalamualaikum =)
semoga diberi cahaya petunjuk...



“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69)










****************************************************



WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik...
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung...

ORANG yang SOLAT belum tentu baik...
Tapi orang yang baik tentu akan solat...

ORANG BERPUASA belum tentu solat...
Tapi orang yang solat sudah tentu berpuasa...



jOm jadi orang yang baik..! ! 
^__^




jom baca kat SINI pula...=)






p/s :: yang penting niat....usaha...berubah...dengan izin ALLAH...pasti boleh...

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)