. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, December 28, 2011

:: Dia selalu ADA ! ::



wahai jiwa...
wahai hati...
wahai diri...
apa pun yang terjadi,
Allah tetap ada untuk ubati...

kuat !
:')



NotaHati :: sabar yer hati...jangan sakiti sendiri.

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Sunday, December 25, 2011

:: mEnujU tAQwA : iKuti 8 sYarAt ::


entry ini diambil dari Mutiara Minda

Untuk membaiki diri agar menjadi orang soleh atau orang bertaqwa, ada 8 syarat yang perlu ditempuhi:




Syarat 1: Dapat Petunjuk Dari Allah (Hidayah)

Hidayah adalah satu perkara yang sangat penting dan sangat berharga dalam proses menjadi orang bertaqwa. Bagi seseorang yang belum Islam, dari sinilah titik tolak mereka ingin masuk Islam. Allah memberi hidayah kepada seseorang itu dengan cara mengetuk pintu hatinya. Kemudian dari situ, dia terus berusaha untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Islam.

Bagi seseorang yang memang sudah Islam, pintu hati mereka akan terbuka untuk membaiki diri. Mereka akan rasa cinta, sayang, minat, seronok, terhibur dan berazam untuk lebih serius dalam mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Jika tidak ada hidayah, orang yang belum Islam tidak akan terbuka untuk masuk Islam dan orang yang telah Islam tidak akan terbuka untuk membaiki diri kerana tidak diberi rasa cinta, sayang, minat, seronok dan terhibur dengan agama Islam.

Hidayah adalah hak Tuhan. Hanya Tuhan yang berhak menentukan siapa yang patut diberi hidayah dan siapa yang tidak akan mendapat hidayah. Oleh itu, mintalah selalu dengan Tuhan agar kita diberi hidayah.

Syarat 2: Faham Tentang Islam

Faham tentang Islam bukan setakat ada ilmu tentang Islam. Ramai orang yang ada ilmu Islam tapi tidak faham tentang Islam. Ada ilmu ertinya tahu. Tahu dan faham adalah dua perkara yang berbeza. Tahu dengan akal, faham dengan hati atau roh. Sebab itu orang yang ada ilmu disebut alim tetapi orang yang faham tentang agama disebut faqih.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang Allah kehendaki seseorang menjadi orang yang baik, maka dia diberi faham tentang agama".

Faham tentang agama merangkumi seluruh aspek ajaran Islam, zahir dan batin. Islam mesti difahami secara syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Dengan kata-kata lain, Islam mestilah difahami sebagai agama aqidah, ibadah, dakwah, ukhwah, jihad, ekonomi, pendidikan, jemaah, daulah islamiah dan lain-lain aspek hinggalah kepada alam sejagat.

Syarat 3: Yakin

Setelah memahami tentang Islam, maka apa saja ilmu yang kita pelajari dan kita fahami perlu diyakini sungguh-sunguh tanpa berbelah bahagi, khususnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan persoalan aqidah. Keyakinan itu mest kental tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Syak ialah 50% yakin, 50% tidak yakin. Zan pula 75% yakin, 25% tidak yakin manakala waham pula 25% yakin, 75% tidak yakin.

Contohnya, sewaktu kita belajar Ilmu Kalam atau Ilmu Tauhid, kadang-kadang hati kecil berkata, "Eh, betul ke Tuhan berkuasa! Betul ke Tuhan menjadi pembela kepada orang bertaqwa! Nampak macam Tuhan biarkan saja orang bertaqwa". Ini sudah dinamakan was-was. Bila sudah was-was,dalam Ilmu tauhid ia boleh membawa seseorang kepada kekufuran sekaligus menghalang seseorang untuk menuju taqwa.

Jangan jadikan ilmu Islam sama dengan ilmu keduniaan. Contohnya ilmu keduniaan ialah ilmu ideologi. Kalau kita belajar ilmu ideologi dan kita rasa was-was dengan ideologi tersebut, tidaklah menjadi satu kesalahan.

Syarat 4: Melaksanakan 

Setelah kita  mempelajari, memahami dan meyakini tentang ajaran Islam, maka syarat ke empat untuk menjadi orang bertaqwa ialah melaksanakan dan mengamalkan ajaran Islam.

Perintah fardu dan sunat hendaklah dilaksanakan sungguh-sungguh, perintah haram dan makruh hendaklah dijauhkan sungguh-sungguh, manakala perintah harus, laksanakan sekadar yang termampu dan jadikan ia sebagai amal ibadah atau pengabdian kita kepada Allah SWT. Dalam ajaran Islam, buah ilmu adalah amal. Jika ilmu tidak diamalkan, jadilah ilmu yang tidak berbuah. Bila ilmu tidak berbuah, maka ilmu yang kita miliki bukan menambahkan kita dekat dengan Allah, bahkan ia semakin menjauhkan kita daripada Allah SWT. Dalam Matan Zubat, ada menyebut:

Maksudnya: "Orang yang berilmu tetapi tidak beramal, akan masuk ke dalam Neraka 500 tahun lebih awal daripada penyembah berhala".

Oleh itu jangan jadikan ilmu Islam sebagai 'mental exercise' atau riadah akal sahaja. Ilmu Islam untuk diamalkan, bukan untuk diteorikan. Tidak ada gunanya ilmu Islam itu hanya seronok dibincangkan, diforumkan, diseminarkan atau dipuji-puji ketinggiannya kalau ia tidak dijadikan sebagai panduan dan amalan hidup.

5. Bermujahadah

Walaupun hati sudah terbuka, rindu dan suka dengan Islam, sudah faham dan yakin dengan Islam, tetapi bila hendak beramal, masya-Allah, rupa-rupanya bukan musuh lahir seperti Yahudi dan Nasrani yang menghalang, tetapi musuh yang ada dalam diri kita iaitu nafsu dan syaitan. Inilah dua musuh utama yang lebih jahat dari Yahudi dan nasrani. kejahatan Yahudi dan Nasrani pun disebabkan dua musuh batin ini. Nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitancuma meniti di atas nafsu. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan.


Jadi nafsulah penghalang utama dan pertama apabila kita ingin mengamalkan ajaran Islam. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali tetapi berperang dengan nafsu setiap detik, saat dan waktu sebab dia berada dalam diri kita.


Firman Allah yang bermaksud, "Dan mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah di jalan Kami, nesvaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik".


Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsu, maka jalan untuk menjadi orang bertaqwa adalah cerah. Mereka dianggap sebagai wira sejati. Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. selagi hawa nafsu tidak diperangi dan dikalahkan selama itulah seseorang itu terhijab untuk menjadi orang bertaqwa.

6. Istiqamah Beramal

 Beramal jangan bermusim dan jangan ada turun naiknya tetapi hendaklah dilakukan secara tetap dan terus menerus. Ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW, "Sebaik-baik amalan itu ialah yang dibuat secara istiqamah (terus menerus) walaupun sedikit".


Sebenarnya sedikit yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah amalan-amalan sunat, manakala amalan yang wajib sudah ditunaikan. Amalan yang istiqamah akan memberi kesan kepada roh atau hati seseorang. Istiqamah ibarat titisan air, walaupun kecil dan lembut tetapi jika ia menitis sepanjang masa, lama kelamaan batu akan lekuk. Orang yang istiqamah dalam amalannya akan membuahkan akhlak yang mulia iaitu akhlak dengan Tuhan dan juga akhlak sesama manusia.

7. Ada Pimpinan Guru Mursyid

Guru mursyid ialah guru yang boleh memimpin lahir dan batin. Jika guru yang sekadar memberi ilmu, itu dinamakan mu'allim. Guru mursyid dianugerahi Allah ilmu-ilmu yang luar biasa, samada ilmu lahir ataupun ilmu yang batin (ilmu tentang hati). Guru mursyid tidak semestinya seorang yang hafaz Qur'an tetapi guru mursyid ialah seseorang yang telah diberikan ilmu laduni atau ilmu ilham hasil dari ketaqwaannya kepada Allah SWT.


Mursyid itu susah dicari. Betapalah di zaman sekarang yang sudah jauh dari zaman Rasulullah. Orang yang jadi mursyid mungkin dalam hitungan jari sahaja. Sebab itu mursyid kurang popular dan jarang disebut dalam kehidupan sehari-hari sedangkan guru mursyid tempat rujuk dalam semua hal termasuk perkara-perkara yang harus demi untuk mendapat keberkatan.


Jadi setiap orang yang ingin membaiki diri dan menjadi orang bertaqwa mesti ada murysid yang memimpinnya, sekalipun dia ulama, alim, hafaz qur'an dan pakar Hadis. Mengapa?


Dalam ajaran Islam, ada ilmu yang datang dari akal dan ada yang datang dari hati, maksudnya ada yang lahir dan ada yang batin, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Kalau seseorang itu diberi ilmu yang tersurat, belum tentu dia akan mendapat ilmu yang tersurat. Ilmu tersirat hanya diberikan kepada guru mursyid.

8. Berdoa Kepada Allah

Usaha kita tidak memberi kesan walaupun usaha itu diperintahkan oleh Allah. Sehebat dan sekuat mana kita berusaha, namun hakikatnya yang memberi kesan adalah Allah SWT. Allah-lah yang membuat keputusan dan menghitamputihkan nasib kita. Di sinilah perlunya rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT agar kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT.


Kita mestilah yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya. Mustahil Allah itu zalim. Oleh itu sebagai syarat yang terakhir, hendaklah kita sentiasa panjatkan doa kepada Allah SWT agar kita termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.


Begitulah huraian ringkas lapan syarat yang perlu ditempuhi oleh seseorang untuk menjadi orang yang bertaqwa. Bila kita menjadi orang bertaqwa, kita akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.




Adakah Kita Termasuk Orang Yang Bertaqwa ?

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”.



  Riwayat at-Tarmizi






NotaHati :: semoga jiwa dan hati ini bertaqwa kepada Allah :)


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, December 23, 2011

:: BiLa MaHu tEmUi KeHiLanGAn itU ? ::




aku :: aku suka "lelaki pelindung" yg belum jumpa...
kau :: kau akan jumpa punyalah!

:)






nota hati :: kenapa tah aku suka dialog aku dengan encik capital H nie...hmm~
dan cerita di sebalik GAMBAR di atas...*clickgambar*


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, December 22, 2011

:: MuJahAdAh dALam iStiQaMAh : aKu bELum KuAt ::


Assalamualaikum...

baru aku faham apa itu ISTIQAMAH...
baru aku tahu apa itu SUKAR dalam ISTIQAMAH...

baru aku faham apa itu MUJAHADAH...
baru aku tahu apa itu SUKAR dalam MUJAHADAH...

YA ! 
memang sukar ISTIQAMAH dalam MUJAHADAH...

uji sikit dah goyang...
bisik sikit dah longlai...

penat...letih...sedih....
mengeluh tak sengaja...
tanda tak syukur itu....
astagfirullah al azim~


“Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan Malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan Malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.”

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban)

aku lari dari terus leka...
tapi ia tetap sama saja...
kerana ia dalam diri...
iaitu hawa nafsu...

bagaimana ?
aku tak kuat....


HambaMu ini rapuh dalam mencari cinta Mu...
Kadang lalai dengan nikmat dunia...
Kadang leka dengan sibuknya masa...
Kadang disia dengan cintanya manusia...

Beri aku taufik hidayahMu...
Beri aku petunjuk lurusMu...
Beri aku cahaya imanMu...

Agar kekuatan dapat ku raih...
Agar kesabaran dapat ku titip...
Agar takwa dapat ku pelihara...

Ampun kan aku YA ALLAH...
hanya engkau maha mengetahui apa yang terbaik buatku...
lindungi aku...
hindari aku dari terus rebah...


sujud padaMu  buat ku tenang :)
semoga kuat hadapi segala....

sebulan lebih itu seperti setahun lamanya....
sebulan lebih itu seperti mimpi tak indah...
sebulan lebih itu...berjuta titis air mata aku leburkan...
tahniah ! kerana menghadapi semua itu dengan gigih...
tahniah ! baru tahu erti hidup berseorangan kan ?



TAHNIAH !

heh~

*senyumkelat*



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)