. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Monday, January 30, 2012

:: ♥ SyUrgA CiNta ♥ ::



Assalamualaikum :)

wanna share something sweet.
taken from fb.


LELAKI YANG BERKIBLAT SYURGA



  • Lelaki yang mampu membimbing wanita yang dicintainya menuju syurga-Nya..
  • Lelaki yang menjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai pegangan hidupnya..
  • Lelaki yang memuliakan serta lemah-lembut terhadap wanita dan anak-anaknya..
  • Lelaki yang Tegas dalam aqidah, bijak dalam bersikap, serta yang mulia akhlaqnya..
  • Lelaki yang berupaya menjadikan dirinya imam dan penuntun dunia dan akhiratnya..

Ya Allah...semoga kami semua lelaki disini menjadi lelaki yang berkiblat syurga..
Dan semua wanita disini mendapatkan lelaki yang dapat membimbing ke syurga..





seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik.
 seorang perempuan yang baik, dia pasti akan sudi menuruti lelaki yang disayanginya agar menjadi lebih baik.
Insya'allah :)

[]






NotaHati :: Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah hantarkan dia untuk aku...
siapa tak mahu masuk syurga kan ?


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: SyUrGA CiNtA ::







Terdiam...
Hanya bisa diam
Dingin menyerang... di sekujur tubuhku

Layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya
Meneduhkan lamunan

Masih jelas terlihat, pesona ayumu
Masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh...

Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua

Perlahan bawa smua tanya
Satu bersama langkah di taman ini

Terangkai bunga tanda cinta murni adanya
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh...

Dimana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang
Tanpa seorang pun yang mau peduli

Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Tak ingin rasa sepi meratapi malang tanpa dirinya




NotaHati :: aku suka melodi lagu nie.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, January 28, 2012

:: kiSah 4 LiLin : HARAPAN ::



Ada 4 lilin yang menyala.




Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
“Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata:
“Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.”
“Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
“Aku adalah Cinta”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”

“Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!”

Lalu si anak menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
“Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya.” 
“Akulah H A R A P A N ”
Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.


Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!







NotaHati :: Musuh Utama manusia adalah dirinya sendiri.

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, January 26, 2012

:: NaSihAt : PuJuk DiRi SeNdiRi ::



Assalamualaikum :)

entry untuk hari ini sangat bersesuaian lah dengan diri sendiri.


susah bila jadi orang yang pandai nasihat kat orang yang punya masalah.
tapi untuk diri sendiri bila ada masalah, tak ternasihat pulak.





[=.=] haishhhh~

sebab itu lah kita memerlukan antara satu sama lain untuk saling berkongsi, ingat mengingati, nasihat-menasihati, sayang menyayangi, cinta mencintai...*eh.melebih* dan...sesungguhnya orang yang memberi nasihat itu hanya untuk beri peluang pada kita bertenang dan berfikir.terpulang pada diri sendiri untuk menerima.
selain dari itu, ambil lah masa untuk bersendiri dan muhasabah diri. INGAT ! Allah sentiasa bersama hambaNya. Allah sayang kat kita semua. sebab itulah diberi ujian untuk menguji ketakwaan hambaNya. Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. ada dalam hadis kan pasal nie...

segala perkara yang berlaku tanpa mengetepikan Allah, insya'allah akan ada jalannya...
saya ambil sedikit petikan dari blog Ummu Abdillah.berkenaan putus asa.
Ibn Taimiyah mengatakan bahawa setiap urusan itu terbahagi kepada 2, pertama; urusan yang ada jalan keluar. Kedua; urusan yang tiada jalan keluar. Jika suatu perkara itu ada jalan keluar, maka janganlah berputus asa dan berusahalah mencari sesuatu yang baik. Dan jika ia tiada jalan keluar, maka bersabarlah dan jangan hilang kawalan.

bersabar tetapi teruskan berdoa tanpa jemu dan putus asa.
 Bersesuaian dengan hadis dibawah.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"Apa maksudnya meminta dicepatkan?"Jawab baginda:"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:"Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."
(Hadis Riwayat Muslim)

Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya urusan orang yang beriman itu adalah yang terbaik. Selesaikanlah masalah dengan semangat bukan dengan putus asa. *kesimpulan saya dari Muhasabah Diri kat tv Al-hijrah semalam* dikuatkan lagi dengan petikan hadis dibawah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

dan tadi terjumpa dengan ayat-ayat yang sangat memberi motivasi.

"Jatuh dan bangun hidupmu bergantung kepada dirimu sendiri. Sejauh mana kau berusaha, semakin hampir kau menemui kejayaan. Bilamana kau jatuh tersungkur, bangunlah dan teruskan perjalanan. Pujian dan cercaan manusia bukanlah sesuatu yang penting. Jangan terlena dengan pujian mereka dan terkesan dengan cercaan mereka."

 oke ! sekarang dah semangat !
saya kalau putus asa, saya suka muhasabah diri sendiri...dengar lagu yang menaikkan semangat, cari bacaan yang memotivasikan diri, dan akhir sekali, paling bajet kuat dan gagah adalah pujuk diri sendiri...Ya ! saya jarang nak share dengan orang...tapi kalau ada orang tanya, maka melimpah ruah lah luahan perasaan saya...lepas tue memang rasa lega...dan tetiba rasa malu pulak...huhu~ maklum laa...kan bajet-bajet diri sendiri kuat sampai lupa sesungguhnya diri ini seorang PEREMPUAN yang selalu bertindak mengikut emosi...

[=p]

senang jer kan nak bersemangat waja ?
terpulang pada individu masing-masing. lain orang, lain caranya....
sebenarnya....entry ini untuk pujuk diri sendiri yang tengah tak bersemangat..*takut nak kata putus asa, sebab allah tak suka hamba yang berputus asa* saya tak tahu nak buat keputusan...mungkin sebab banyak sangat berfikir...bak kata Hami Asyraf kat status FB dia "Ada orang suka fikir benda-benda tak penting banyak sangat. Lepas tu tekanan sorang-sorang. Kena pandai bezakan mana penting, mana tak." sangat terasa nih..dia perli aku ke ? *tetiba*

perlu ker nak cerita apa yang membelenggu fikiran kat sini ?
ermm...ermmm...ermmmm....
*fikir panjang*

eh ! tak perlu lah....sekarang dah nampak jalan nya kot...insya'allah saya redah jer....lantak laa dengan masalah itu...hadap jer....kerana Allah. dan demi merealitikan wishlish yang tengah di list kan...*nampak tak betapa dah berangan jauh* huhu~

Myra...awak kan dah percaya, Allah lah sebaik-baik tempat bersandar.
jadi tak perlu risau ! DIA sentiasa mendengar awak, DIA sentiasa melihat awak.
cuma awak tue...jangan lagha..tahu !

[>.<]


Baik !
selesai sudah sesi memujuk diri sendiri.
jangan esok-esok luntur balik sudah :p


[^_____________^]







NotaHati :: gembira bila dapat menyelesaikan masalah atas usaha diri sendiri.
tanpa mengetepikan nasihat orang lain.

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, January 24, 2012

:: S.U.K.A ::


Assalamualaikum :)
 
aku jatuh SUKA padamu ! !

:)
umpama masuk dalam kotak yang cantik dan comel.
dibalut kemas dengan rasa kasih dan sayang.
diangkat kotak dengan rasa cinta.
dan dipos kepada orang yang disukai.

heh~

siap !



*yang dimasukkan itu adalah diri sendiri*
 

nak spesifikasikan kes ini sebagai sweet ke tak tahu malu ?

:D









NotaHati :: memang sukar dan  tak mungkin dapat dibayangkan situasi diatas...
acane nak angkat bila dah ada dalam kotak ?
haha~ Do i care ? -denganbelagak-


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, January 23, 2012

:: SeBaLik seNyUm ♥ ::


Assalamualaikum :)


"Awak kan suka senyum..."


senyum itu beri kekuatan.
senyum akan menghilangkan garisan kesedihan.
senyum memberi ketenangan pada yang memandang.
senyum lah walau sedang berduka.

[:)]


. . . . . . . . . . . . . . . . . 


tapi hari ini,
gigih lukis garis senyuman di bibir.
namun butir-butir air mata yang muncul.
susahnya nak senyum.
maaf dan pergi ?
aku masih harap datang kembali.

[:'}]

*hilang inspirasi yang bawa senyuman*

. . . . . . . . . . . . . . . . .


redha dan berserah.
penat fikir apa yang terbaik.
letih belagak kuat sedangkan masih lagi anak manja.
perlu pelukan, perlu sokongan.
tapi hanya senyuman yang aku ada.

[:)]

*muncul masalah yang bawa senyuman*

. . . . . . . . . . . . . . . . . 


aku rasa aku sangat kuat bila mampu tahan air mata dan terus tersenyum.
aku rasa aku sangat kuat bila mampu menangis dan pujuk diri sendiri.
hakikatnya.....aku rasa aku sangat tak ada siapa-siapa.

[:)]

*syukurlah aku masih ada Allah untuk terus tersenyum*

. . . . . . . . . . . . . . . . . 




Ingat Myra, perancangan ALLAH lebih baik.
Ingat Myra, 
Allah pasti permudahkanlah urusan mu.
Allah pasti permudahkanlah jalan mu.
-Dengan izin Allah-


tolong bawa aku ke bulatan gembira.

T_T



NotaHati :: ulang kali ingatkan diri ini UJIAN HIDUP.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, January 21, 2012

:: SaYA nAk AWak......... [?] ::


Assalamualaikum :)

motif entry ini :: "kekonon sweett like gegula kapas"
ehemm~





Gegel :: Awak ! saya nak awak kawan dengan saya.

Boboy :: Ha ! kenapa ?

Gegel :: Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta dengan saya.

Boboy :: [=.=] *perasannyer*


. . . . . .



p/s :: awak nak tak kawan dengan saya ? *denganmukakesian*
ape ? tak nak ?

[T_T]

ok, bai~




NotaHati :: nak dengar perbualan secara live ? click SINI.SINI.SINI !

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, January 20, 2012

:: KitAB : RiYaDhus ShALiHin ::



Assalamualaikum :)

selamat hari jumaat !
ermm...actly banyak jer taip entry...tapi last-last rasa taknak publish...
[=.=]



eh !

saya dah beli kitab Riyadhus Shalihin :)
*yeayy!*

*amik kat google.kat blog sapa tah*

saya beli yang macam nie....
jumpa yang nie jer....
maka, dengan excited...terus beli...
RM 50 ringgit sahaja.

haritue ada download 2-2 jilid...
tapi macam payah jer nak baca....
lalu ku putuskan untuk membelinya....
tapi....lain jer bahasanya...
xpe lah.....ilmunya sama je kot...


erm...
itu jer nak bagitahu :)






NotaHati :: semoga bertambah baik dari hari ke hari !
:)

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, January 12, 2012

:: TWinKLe AwAy : MeNujU MaSa DePan yAng TAk PAsti ::


Assalamualaikum. :)





S E R A B U T

oleh itu....nak bawak diri bermusafir seminggu mungkin....atau lebih..huehuehue~
- nak pegi mencuba nasib...harus doakan aku berTUAH ! tahu !
- nak pegi Bulatan Gembira. LaaLAaaLaaa~ 
"Saya confirm awak akan suka tempat nie..."
Baiklah ! saya nak pegi :)
- nak sengalan poyo-poya dengan kawan-kawan cinta mati dan makan chicken chop, cool blog, tutti frutti, sushi, kepci, mekdi, bla bla bla bla (oh myra...pliss pilih satu dalam senarai nafsu) huhu~
- nak jalan-jalan sampai kurus...ngehngehngeh~ 
dapat pegi kelah kat air terjun best jugak nih...hmm~

A N N O Y I N G

bila....
- status kawan-kawan macam....euwwwww~ xboleh terima.xboleh terima.tolong ! ! ! !
annoying macam mana pun, dia tetap kawan kita..kan awak ? kita kan dah lama kawan...mungkin akibat pengaruh kerja dia yang super stress menyebabkan dia annoying...maaf kan dia yer awak...
tolong jangan dingin bila kita-kita berkumpul...tolong yer ! saya datang dari jauh nie..(ceyy...padahal jauh manalah melaka-kL tue) :p
- aku pun annoying jugak.....
hekhekhek~ gelihati bila baca status-status kat FB yang over tue..nak MUNTAH ! wekkkk ! rasa nak deactive FB dengan segera...
apetah lagi bila gatal tangan klik entry lama dalam blog nie...super-duper nak MUNTAH...how come kau boleh share idea kau kat sini yer Myra...geli tahu ! 

B O R E D . B O R I N G . B O S A N

tak tahu mana arah yang patut dituju. Oh ! seperti budak belasan pulak yang xtahu nak pilih apa bila masuk tingkatan 4.
- aku selalu fikir...bila buat benda yang kita xsuka atau berada dalam keadaan yg tak gembira..atau bahasa mudah TEKANAN, akan membuatkan kita cepat tua...maka, aku tak suka ! tak suka ! tak suka ! berada dalam situasi tersebut...padahal, bila difikirkan dengan lebih positif, sebenarnya keadaan itu lah membuatkan kita menjadi MATANG ! dengan itu, patut lah aku tak MATANG dari dulu. Ini kerana, aku suka main-main....:p

W I S H L I S T

Antara segala macam yang aku mahu...baik yang belum ada, atau nak tukar baru....
- Lappy. (cantik kan lappy kaler purple..?hmm.)
- Handphone.(asal ada wifi oke je :p)
- Telekung. (nak putih purple bole?)
- Kitab Riyadhus Shalihin (lama gile nak.hai kinokuniya ! ada ke? )
- Tudung. + Niqab. (masa depan. masa depan.)
- Blouse (baru nak belajar jadi ayu..tolong support sy ! )
- Komik (erm...banyak sangat dah yg miss.mcm xmampu nak beli semua T_T)
- Plushie (comel gile benda nie)
- Semua buku karya Fatimah Syarha (tak sabar !)

eh.banyak ! macam tamak plak dah. untuk yang mampu aku miliki sekarang, akan aku cari masa aku bermusafir merantau ini...ecececeyyy~ ayat xbley blah...
itu pun, kena jeling purse jugak...
oleh yang demikian, untuk memiliki segala wishlish yang selebihnya, sila lah doa kan aku bertuah dalam mencuba nasib...! jadi boleh laa aku memiliki kesemuanya tanpa prejudis. haha.

suka atau tak.....aku perlu melaluinya....dengan niat....kerana ALLAH.


.
..
...
....
.....


*bersemangat lah sikit MYRA ! !*


 -inilahbudakgemokcomelbarangkaliyangnakmerantau-






"Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu & merantaulah ke negeri orang. Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan."

-Syair Imam Syafi'I-


stok baru ingat yang aku insan yang berILMU lah nie...hehe~
dan sudah pasti lah aku beradap sopan santun. :p
selamat merantau kepada Maizatul Amira...semoga dapat Imam Masa Depan...EH !
*ayat sebenar...semoga dapat masa depan yang cemerlang*

>.<






. N O T A H A T I .

♥ Sudah penat mencipta mimpi, mari berlari mengejar realiti. [:)]
twinkle away~*

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, January 11, 2012

:: AnDai RAsuLuLLAh BeRsAmA kita ::


Assalamualaikum :)


pagi tadi, saya rasa cam hepi jer...
bila dah petang, saya rasa serabut pulak...
dah kenapa kau myra ?

erm !

pastue saya post lagu yang menginsafkan kat FB banyak-banyak...
tak de laa banyak...2-3 jer...
lagu-lagu yang selalu saya dengar kat MP3 player time saya rasa lalai, leka, putus asa....
supaya cepat-cepat kembali sedar, insaf dan bermuhasabah kembali...
maklum laa....hati kita yang comel pink nie, kena selalu rawat...
jadi, jangan lah bagi hati awak kat orang kalau tak pandai rawat hati sendiri...
*ape aku merepek nie ?*

oke...xpe....abaikan...hehe~
actly tadi kan....
saya bosan...dan ada kawan FB nie syorkan saya dengar lagu arab...
sila laa PLAY....dan...hayati maknanya....
pasti awak pun rasa apa yang saya rasa....




T_T

jap...belum habis lagi...
ada satu lagi video....
meremang kot bulu roma....
wordless sangat....







SUBHANALLAH ! !

rasa RINDU tak ?
rasa nak NANGIS tak ?

T_T

  "Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".





NotaHati :: RINDU pada RASULULLAH, sentiasa lah basahkan lidah dengan berselawat ke atas baginda...


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: BuLatAn GeMgeM ::



Assalamualaikum :)

let's begin da day...with....
(^_________~)/ SMILE !

Bulatan gemgem itu apa ?
gemmok ! ! heh~ :D

NO !

watch and u will noe behind da story.






sumpah ! sangat AWESOME ! !

Awak memang hebat.
sebab itu awak SAHABAT.


seronok kan kalau berada dalam BULATAN GEMBIRA ?
may i join ?






NotaHati :: bestnyaaaaaaaaaaaa ! ! !

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, January 9, 2012

:: WaRkah kEkaNda : tEntAng CiNta LaLu ::


Assalamualaikum :)

wanna share something yang saya jumpa kat wall FB...


Warkah seorang kakak buat adik-adikku sayang

Wahai adik-adikku, di dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum bernikah. Tiada juga budaya ber'couple'. Cinta itu satu fitrah dan haruslah disalurkan pada tempat yang betul. Tidak malukah adik-adik pada Allah, apabila melafazkan rasa cinta pada yang belum pasti milik kita?

Tidak malukah adik-adik pada Allah semasa adik-adik berbangga menunjukkan kekasih yang tidak halal itu kepada rakan-rakan? Berbanggakah adik-adik apabila memaparkan gambar-gambar bersama kekasih tidak halal itu pada khalayak umum?

Kekasih yang tidak halal itu belum tentu jodoh adik-adik, tetapi adik-adik sudah memberikan hati kepada mereka. Kerana apa cinta adik-adik kepada kekasih tidak halal itu? Kerana Allah kah? Jika kerana Allah, pastinya adik-adik tidak akan memberikan cinta kepada mereka yang tidak halal buat adik-adik. Jadi, kerana apakah cinta itu?

Adik-adik yang disayangi, jika kau sayangkan dirimu, jauhkan lah dirimu dari bercinta dengan kekasih yang tidak halal bagimu. Jika kau sedang bercinta, putuskanlah kasihmu dengan kekasih yang tidak halal itu kerana Allah. Perjalananmu masih jauh. Satu saat nanti, jodohmu pasti akan tiba juga dan Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buatmu. Saat itu, bercintalah kau kerana Allah kerana pastinya cinta itu adalah yang halal untukmu.

T_T

dulu saya pun camtu gak...tapi xde laa over nak tayang bf kat orang...senyap-senyap jer...lagipun cinta saya, cinta jarak jauh..jarang jumpa..apa-apa pun ia tetap salah...dan.....pasti ada DOSA ! :'(

dulu, ada lah seseorang tue pernah cakap kat saya...masa tue kitorang tengah bukak topik couple...dan, tetiba tersentap dengan ayat dia.......

"susah nak jumpa perempuan yang tak pernah kena pegang-pegang.suci lagi."

:)
ya awak. susah, tapi ada...
nanti awak akan jumpa dalam pencarian awak itu...
awak tengah mencari kan sekarang?

terpukul jugak dengan kata-kata awak tue...
apa-apa pun doa saya....

SEMOGA BERJAYA !





Bila anda bersedih hati,ingatlah pada DIA.Pujuklah diri,”Aku yakin dengan Allah”.InsyaAllah,diri perlu selalu diperingatkan kerana syaitan itu licik dan bijak.

Jangan kerana kesedihan hati anda atas luka lama menyebabkan anda berputus asa dan menyalahkan diri.Sesungguhnya,setiap yang berlaku itu adalah tiket kita untuk meraih cinta yang ESA.

Ingatlah, perkara buruk yang berlaku itu hanyalah pengkelasan manusia ke atas nasib diri yang tidak terbela, sedangkan pada pandangan Allah semuanya baik belaka. Dengan syarat, kembali pada-Nya. Fitrah kita sebagai hamba.


kalau tetiba nampak saya post status banyak-banyak, post lagu banyak-banyak,
itu maknanya saya tengah sedih...mungkin juga rasa down...
macam hari nie....
now, dah okey dah....jahat betul syaiton nih...
nasib baik saya pandai muhasabah diri.

tetiba terfikir....jauh betul saya dari pencarian si pencari itu.
:)

tak apa. niat saya nak jadi yang lebih baik dari masa lalu.
memang tak di nafikan. rasa menyesal sering datang jika saya menoleh kebelakang.
dan lihat kembali pada diri sendiri...
tertanya-tanya...
"apa yer yang aku dapat dari berkasih selama nie ? bertahun-tahun bercinta, tapi tak kemana...malah mengumpul dosa..."
dibayangi masa lalu, buat kita sedih...rasa rendah diri...dan sekali lagi tertanya-tanya...
"macam mana yer nanti ? siapa jodoh aku ? boleh ke dia terima aku seadanya yang tak sempurna ini?"
rasa terkesan lah dengan ayat dia tue...sampai sekarang...
[=.=]

namun, aku percaya !
masih ada yang sudi menerima.
masih ada yang sudi membimbing.
masih ada yang sudi memimpin.
diri ini menuju jannah.
insya'allah

saya yakin dengan Allah !

dan tak semena-mena nak tacink sambil dengar lagu INI.

T_T




p/s :: adik-adik, tak payah laa nak bercinta-cinta ni...
sumpah ! sia-sia ! melainkan CINTA ALLAH.





NotaHati ::
....atas restu Allah. ku ingin milikimu. ♥
ku berharap kau yang terakhir untuk ku. ♥
.....Bismillah :)


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, January 7, 2012

:: tRuLy hAppY ? ::





really dun noe where to start.

arah tanpa tujuan..hilang arah.
tujuan tanpa arah..hilang tujuan.
konklusi : hilang arah tujuan.

what happen to me ?
-down to the earth-




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, January 6, 2012

:: SeiNDah iMpiAn : sEbeLum bErpUrDAh, BasiC keNA kuKuh ! ::



Assalamualaikum :)


saya nak meluahkan keinginan saya sejak beberapa bulan lepas.
time tue saya rasa teruja sangat..
iaitu....PURDAH !




ya ! bagi pandangan saya laa...pakai purdah rasa sangat selamat. walaupun cuma menggunakan gambar diatas ni kat FB pun saya dah rasa selamat dari sebelum-sebelum nie.
juga nampak indah. seperti mana lelaki yang memakai serban dan jubah serta berjangut tipis.err~ *tetiba* :)
itu sebenarnya lelaki idaman saya. heh~
apa-apa pun itu bukan proper way pakai purdah sebab nampak menarik pulak. (kalau pakai purdah kerana nak nampak menarik, itu dah menyimpang yer awak !) bukan nak perasan tapi naluri saya berkata begitu..betul ke tak ? betul kan ?

saya teringin nak pakai...mungkin suatu hari nanti...semoga ada seseorang yang boleh menyokong saya. tahu kan ? istiqamah itu payah...

buat masa nie, biar lah saya belajar melabuhkan tudung...melabuhkan baju...melonggarkan baju...seterusnya mungkin memakai tudung labuh. terasa ayu dan sopan bila saya memakai tudung labuh nie. tudung yang macam zaman sekolah dulu tue. Subhanallah cantik rupanya saya nie :p
ciptaan Allah memang cantik. awak pun cantik...jadi marilah kita perasan kerana kita sememangnya cantik jelita :)

saya bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah...membisik ditelinga, menjentik hati dan jiwa saya untuk kembali ke fitrah asal saya. fitrah asal kita sebagai insan ciptaan Allah. iaitu, DEKAT DENGAN ALLAH. Subhanallah ! Alhamdulillah ! janganlah dipesongkan hati aku ya Allah !

saya makin dekat dengan-Nya (insya'allah), saya makin ingin mendalami ilmu-Nya (insya'allah), saya memperbaiki akhlak saya (insya'allah), saya cuba menjauhi zina-zina tersembunyi (insya'allah), saya banyak menyendiri (insya'allah). menyendiri ? hmm...saya tahu, ini tak berapa elok untuk saya...kerana saya banyak perkara perlu dipertanggungjawabkan. oh ya !saya juga tiada lagi bercinta-cintun (insya'allah). tapi, menyukai tue adalah..hehe~ fitrah juga tue...tapi akan saya jaga supaya tidak mendatangkan fitnah. betapa sia-sia perkara yang saya lakukan sebelum ini. teruknya ! sedangkan jodoh, rezeki, hidup dan mati sudah pun Allah tentukan. kita hanya perlu berUSAHA dan pastikan ia di landasan yang HALAL dan benar. betul tak awak ? sila angguk kalau setuju. :)

balik kepada topik utama, untuk mengenakan purdah bukan senang. lagi-lagi lingkungan kawan-kawan, tempat tinggal saya xde pun yang berpurdah. jadi memang perlu untuk saya ada seseorang yang menyokong  selain kehendak hati saya sendiri. saya pernah bertanyakan pada mak cu saya. sebab dia saja yang saya kenal berpurdah di antara sanak saudara.

assalamualaikum...makcu...:)
emm...nak tanya...nak biasakan diri pakai purdah susah tak makcu ?

waalaikumussalam..
Maizatul Amira..
alhamdulillah sudi bertanya..hehe..
hmm..camna nak jawab ea..mungkin tergantung kpd individu kot..
m.cu dah mula pakai sejak darjah 6 sbb tuntutan madrasah tmpt m.cu bljr..lingkungan kwn2 n kg tmpt m.cu tinggal pun majoriti pakai purdah so alhadulillah x jd mslh besar bg kami walaupun bila kuar dr kawasan skul or kg...msk dlm masyarakat yg biasa..xjd isu sbb mrk dh biasa..so m.cu mgkn bkn org yg sesuai nk citer ttg ssh or x nya pakai purdah ni tp m.cu mgkn blh kongsikan pengalaman ank sedare m.cu yg br je mula pakai awal thn ni..
kami generasi senior ni x penah nak paksa generasi muda kami untuk pakai purdah krn ia adalah sunnah yg dipelopori oleh isteri2 Rasulullah saw n sahabat2nya sbb makin byk anggota tubuh 'wanita' ni yg ditutup insya'Allah telah berjanji untuk menjaganya dgn lebih byk..
so time ank sedare m.cu ni msk kolej kt selangor..xyah citerla lingkungannya camna kan..dia dah pakai tudung labuh pun msh ada yg nk ngorat n dia rasa x selesa..dia amek kos perubatan so bljr dgn lelaki n perempuan..
stlh dia bncg2 dgn family n istikharoh akhirnya dia try berpurdah..mmg sume kwn2 n pensyarah terkejut tp alhamdulillah mrk ok je sbb dh kenal dia cmna..x berubah sikap walau dah berpurdah..mksdnya dlm serius bljr..cuma dugaannya ialah ketika kwn2 perempuan mula tunjuk rasa krg senang n menjauhkan diri..kwn2 kt hostel ok je tp kwn2 kat kelas lak yg xleh terima..
alhamdulillah sampai skrg dia ttp istiqamah..lg pula skrg dah makin ramai yg berpurdah kan..kami rasa sgt 'aman' dgn nya..
awal2 dulu mmg agk ssh nk biasakan diri sbb terlalu 'lurus' hingga menyusahkan diri sediri terutama time kuar jln2..part nak mkn..aduhai jgnlah ajak mkn kat tmpt awam..blh bayangkan cmna sshnya nk mkn dgn tutup mulut..org tgk pun aneh..seksa tol nak mkn..slalunya kami akn mkn dlm keta or mengasingkan diri dr pandangan org..
sebnrnya ia x lah sessh mna pun..kami yg x fhm sebnrnya..
ok gini..m.cu baru terfikir stlh melihat ustz m.cu mengarahkan kami untuk buka purdah ketika sdg solat pdhal kami di tmpt terbuka dgn ramai org lelaki yg blh memandang..kemudian m.cu ada bljr siroh yg Aisyah isteri Nabi saw jg tdk pakai purdah katika haji di mekah time solat n ketika tertidur di tepi jln krn tertinggal rombongan pdhal bkn tido di rmh n sape2 je yg lalu pasti blh nmpk. so time makan yg 'harus' bg kita berbanding solat yg wajib..insyaAllah blh buka purdah sebentar untk makan n sebolehnya cari kedudukan yg krg laluan n pandangan org ramai..bila blh gitu barulah m.cu rasa makin selesa dgn purdah ni..yg plg pntg ia menambahkan rasa hormat n mengelakkan dr org2 yg berniat jahat..eh dah jd pnjg berjela lak jwpannya ea..blh fhm x agknya..?


setelah membaca penjelasan mak cu yang panjang lagi lebar itu, saya lagi yakin untuk berpurdah. tak sukar jika tahu dan faham cara untuk menyesuaikan diri kan ? jadi....apa-apa pun, biar lah sementara ni, saya aplikasikan perkara yang basic. menutup aurat dengan sempurna. selepas itu boleh laa kita up grade kan.. kan ?
bak kata mak cu...
m.cu tabik dgn semangat mira..tp biarlah kte mulakan dr bwh dlu..yg plg pntg ialah menutup aurat ikut syariat n sunnah..insyaAllah cukup..m.cu plg bimbang dgn trend skrg yg menutup aurat x spt yg disyariatkan cuma sekadar tutup helaian rambut je..trend yg cam nak nmpk ayu je bkn sbb nak tutup aurat sebagai seorg muslimah mukminah..so m.cu hrp mira akn jaga penampilan mira sesuai dgn apa yg Allah dh tetapkan..ok..


oh ya ! ada haritue saya baca status kat syahirul.com. katanya....
Berpurdah/berniqab itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj (berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri ...sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah ataupun anda tidak menutup aurat kaki dengan melabuhkan jubah dan memakai stoking tetapi mengenakan purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.

ha ! dah betul lah tue. apa-apa pun, kita niat dulu. lagi-lagi niat benda yang baik dapat pahala. :)





“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu.” amin..

melihat muslimah-muslimah yang sempurna menutup aurat sahaja pun saya dah rasa Subhanallah ! cantik nya mereka. apatah lagi yang memakai purdah. terhindar dari mata-mata nakal yang memandang. makin kuat rasa nak menjadi sebahagian daripada mereka. sabar yer myra. basic kena kukuh. dan apa-apa yang kita buat pun  kerana Allah. baru berkat :)

semoga Allah permudahkan jalan ku :)








sharing is caring is loving :: TIPS SEBELUM BERTUDUNG LABUH.







NotaHati :: yang basic pun belum istiqamah.
EH ! chaiyok laa myra !



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)