. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Thursday, January 26, 2012

:: NaSihAt : PuJuk DiRi SeNdiRi ::



Assalamualaikum :)

entry untuk hari ini sangat bersesuaian lah dengan diri sendiri.


susah bila jadi orang yang pandai nasihat kat orang yang punya masalah.
tapi untuk diri sendiri bila ada masalah, tak ternasihat pulak.





[=.=] haishhhh~

sebab itu lah kita memerlukan antara satu sama lain untuk saling berkongsi, ingat mengingati, nasihat-menasihati, sayang menyayangi, cinta mencintai...*eh.melebih* dan...sesungguhnya orang yang memberi nasihat itu hanya untuk beri peluang pada kita bertenang dan berfikir.terpulang pada diri sendiri untuk menerima.
selain dari itu, ambil lah masa untuk bersendiri dan muhasabah diri. INGAT ! Allah sentiasa bersama hambaNya. Allah sayang kat kita semua. sebab itulah diberi ujian untuk menguji ketakwaan hambaNya. Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. ada dalam hadis kan pasal nie...

segala perkara yang berlaku tanpa mengetepikan Allah, insya'allah akan ada jalannya...
saya ambil sedikit petikan dari blog Ummu Abdillah.berkenaan putus asa.
Ibn Taimiyah mengatakan bahawa setiap urusan itu terbahagi kepada 2, pertama; urusan yang ada jalan keluar. Kedua; urusan yang tiada jalan keluar. Jika suatu perkara itu ada jalan keluar, maka janganlah berputus asa dan berusahalah mencari sesuatu yang baik. Dan jika ia tiada jalan keluar, maka bersabarlah dan jangan hilang kawalan.

bersabar tetapi teruskan berdoa tanpa jemu dan putus asa.
 Bersesuaian dengan hadis dibawah.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"Apa maksudnya meminta dicepatkan?"Jawab baginda:"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:"Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."
(Hadis Riwayat Muslim)

Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya urusan orang yang beriman itu adalah yang terbaik. Selesaikanlah masalah dengan semangat bukan dengan putus asa. *kesimpulan saya dari Muhasabah Diri kat tv Al-hijrah semalam* dikuatkan lagi dengan petikan hadis dibawah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

dan tadi terjumpa dengan ayat-ayat yang sangat memberi motivasi.

"Jatuh dan bangun hidupmu bergantung kepada dirimu sendiri. Sejauh mana kau berusaha, semakin hampir kau menemui kejayaan. Bilamana kau jatuh tersungkur, bangunlah dan teruskan perjalanan. Pujian dan cercaan manusia bukanlah sesuatu yang penting. Jangan terlena dengan pujian mereka dan terkesan dengan cercaan mereka."

 oke ! sekarang dah semangat !
saya kalau putus asa, saya suka muhasabah diri sendiri...dengar lagu yang menaikkan semangat, cari bacaan yang memotivasikan diri, dan akhir sekali, paling bajet kuat dan gagah adalah pujuk diri sendiri...Ya ! saya jarang nak share dengan orang...tapi kalau ada orang tanya, maka melimpah ruah lah luahan perasaan saya...lepas tue memang rasa lega...dan tetiba rasa malu pulak...huhu~ maklum laa...kan bajet-bajet diri sendiri kuat sampai lupa sesungguhnya diri ini seorang PEREMPUAN yang selalu bertindak mengikut emosi...

[=p]

senang jer kan nak bersemangat waja ?
terpulang pada individu masing-masing. lain orang, lain caranya....
sebenarnya....entry ini untuk pujuk diri sendiri yang tengah tak bersemangat..*takut nak kata putus asa, sebab allah tak suka hamba yang berputus asa* saya tak tahu nak buat keputusan...mungkin sebab banyak sangat berfikir...bak kata Hami Asyraf kat status FB dia "Ada orang suka fikir benda-benda tak penting banyak sangat. Lepas tu tekanan sorang-sorang. Kena pandai bezakan mana penting, mana tak." sangat terasa nih..dia perli aku ke ? *tetiba*

perlu ker nak cerita apa yang membelenggu fikiran kat sini ?
ermm...ermmm...ermmmm....
*fikir panjang*

eh ! tak perlu lah....sekarang dah nampak jalan nya kot...insya'allah saya redah jer....lantak laa dengan masalah itu...hadap jer....kerana Allah. dan demi merealitikan wishlish yang tengah di list kan...*nampak tak betapa dah berangan jauh* huhu~

Myra...awak kan dah percaya, Allah lah sebaik-baik tempat bersandar.
jadi tak perlu risau ! DIA sentiasa mendengar awak, DIA sentiasa melihat awak.
cuma awak tue...jangan lagha..tahu !

[>.<]


Baik !
selesai sudah sesi memujuk diri sendiri.
jangan esok-esok luntur balik sudah :p


[^_____________^]







NotaHati :: gembira bila dapat menyelesaikan masalah atas usaha diri sendiri.
tanpa mengetepikan nasihat orang lain.

x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

No comments:

Post a Comment

(^___^) / sAy sOmEtHing !