. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Friday, January 6, 2012

:: SeiNDah iMpiAn : sEbeLum bErpUrDAh, BasiC keNA kuKuh ! ::



Assalamualaikum :)


saya nak meluahkan keinginan saya sejak beberapa bulan lepas.
time tue saya rasa teruja sangat..
iaitu....PURDAH !




ya ! bagi pandangan saya laa...pakai purdah rasa sangat selamat. walaupun cuma menggunakan gambar diatas ni kat FB pun saya dah rasa selamat dari sebelum-sebelum nie.
juga nampak indah. seperti mana lelaki yang memakai serban dan jubah serta berjangut tipis.err~ *tetiba* :)
itu sebenarnya lelaki idaman saya. heh~
apa-apa pun itu bukan proper way pakai purdah sebab nampak menarik pulak. (kalau pakai purdah kerana nak nampak menarik, itu dah menyimpang yer awak !) bukan nak perasan tapi naluri saya berkata begitu..betul ke tak ? betul kan ?

saya teringin nak pakai...mungkin suatu hari nanti...semoga ada seseorang yang boleh menyokong saya. tahu kan ? istiqamah itu payah...

buat masa nie, biar lah saya belajar melabuhkan tudung...melabuhkan baju...melonggarkan baju...seterusnya mungkin memakai tudung labuh. terasa ayu dan sopan bila saya memakai tudung labuh nie. tudung yang macam zaman sekolah dulu tue. Subhanallah cantik rupanya saya nie :p
ciptaan Allah memang cantik. awak pun cantik...jadi marilah kita perasan kerana kita sememangnya cantik jelita :)

saya bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah...membisik ditelinga, menjentik hati dan jiwa saya untuk kembali ke fitrah asal saya. fitrah asal kita sebagai insan ciptaan Allah. iaitu, DEKAT DENGAN ALLAH. Subhanallah ! Alhamdulillah ! janganlah dipesongkan hati aku ya Allah !

saya makin dekat dengan-Nya (insya'allah), saya makin ingin mendalami ilmu-Nya (insya'allah), saya memperbaiki akhlak saya (insya'allah), saya cuba menjauhi zina-zina tersembunyi (insya'allah), saya banyak menyendiri (insya'allah). menyendiri ? hmm...saya tahu, ini tak berapa elok untuk saya...kerana saya banyak perkara perlu dipertanggungjawabkan. oh ya !saya juga tiada lagi bercinta-cintun (insya'allah). tapi, menyukai tue adalah..hehe~ fitrah juga tue...tapi akan saya jaga supaya tidak mendatangkan fitnah. betapa sia-sia perkara yang saya lakukan sebelum ini. teruknya ! sedangkan jodoh, rezeki, hidup dan mati sudah pun Allah tentukan. kita hanya perlu berUSAHA dan pastikan ia di landasan yang HALAL dan benar. betul tak awak ? sila angguk kalau setuju. :)

balik kepada topik utama, untuk mengenakan purdah bukan senang. lagi-lagi lingkungan kawan-kawan, tempat tinggal saya xde pun yang berpurdah. jadi memang perlu untuk saya ada seseorang yang menyokong  selain kehendak hati saya sendiri. saya pernah bertanyakan pada mak cu saya. sebab dia saja yang saya kenal berpurdah di antara sanak saudara.

assalamualaikum...makcu...:)
emm...nak tanya...nak biasakan diri pakai purdah susah tak makcu ?

waalaikumussalam..
Maizatul Amira..
alhamdulillah sudi bertanya..hehe..
hmm..camna nak jawab ea..mungkin tergantung kpd individu kot..
m.cu dah mula pakai sejak darjah 6 sbb tuntutan madrasah tmpt m.cu bljr..lingkungan kwn2 n kg tmpt m.cu tinggal pun majoriti pakai purdah so alhadulillah x jd mslh besar bg kami walaupun bila kuar dr kawasan skul or kg...msk dlm masyarakat yg biasa..xjd isu sbb mrk dh biasa..so m.cu mgkn bkn org yg sesuai nk citer ttg ssh or x nya pakai purdah ni tp m.cu mgkn blh kongsikan pengalaman ank sedare m.cu yg br je mula pakai awal thn ni..
kami generasi senior ni x penah nak paksa generasi muda kami untuk pakai purdah krn ia adalah sunnah yg dipelopori oleh isteri2 Rasulullah saw n sahabat2nya sbb makin byk anggota tubuh 'wanita' ni yg ditutup insya'Allah telah berjanji untuk menjaganya dgn lebih byk..
so time ank sedare m.cu ni msk kolej kt selangor..xyah citerla lingkungannya camna kan..dia dah pakai tudung labuh pun msh ada yg nk ngorat n dia rasa x selesa..dia amek kos perubatan so bljr dgn lelaki n perempuan..
stlh dia bncg2 dgn family n istikharoh akhirnya dia try berpurdah..mmg sume kwn2 n pensyarah terkejut tp alhamdulillah mrk ok je sbb dh kenal dia cmna..x berubah sikap walau dah berpurdah..mksdnya dlm serius bljr..cuma dugaannya ialah ketika kwn2 perempuan mula tunjuk rasa krg senang n menjauhkan diri..kwn2 kt hostel ok je tp kwn2 kat kelas lak yg xleh terima..
alhamdulillah sampai skrg dia ttp istiqamah..lg pula skrg dah makin ramai yg berpurdah kan..kami rasa sgt 'aman' dgn nya..
awal2 dulu mmg agk ssh nk biasakan diri sbb terlalu 'lurus' hingga menyusahkan diri sediri terutama time kuar jln2..part nak mkn..aduhai jgnlah ajak mkn kat tmpt awam..blh bayangkan cmna sshnya nk mkn dgn tutup mulut..org tgk pun aneh..seksa tol nak mkn..slalunya kami akn mkn dlm keta or mengasingkan diri dr pandangan org..
sebnrnya ia x lah sessh mna pun..kami yg x fhm sebnrnya..
ok gini..m.cu baru terfikir stlh melihat ustz m.cu mengarahkan kami untuk buka purdah ketika sdg solat pdhal kami di tmpt terbuka dgn ramai org lelaki yg blh memandang..kemudian m.cu ada bljr siroh yg Aisyah isteri Nabi saw jg tdk pakai purdah katika haji di mekah time solat n ketika tertidur di tepi jln krn tertinggal rombongan pdhal bkn tido di rmh n sape2 je yg lalu pasti blh nmpk. so time makan yg 'harus' bg kita berbanding solat yg wajib..insyaAllah blh buka purdah sebentar untk makan n sebolehnya cari kedudukan yg krg laluan n pandangan org ramai..bila blh gitu barulah m.cu rasa makin selesa dgn purdah ni..yg plg pntg ia menambahkan rasa hormat n mengelakkan dr org2 yg berniat jahat..eh dah jd pnjg berjela lak jwpannya ea..blh fhm x agknya..?


setelah membaca penjelasan mak cu yang panjang lagi lebar itu, saya lagi yakin untuk berpurdah. tak sukar jika tahu dan faham cara untuk menyesuaikan diri kan ? jadi....apa-apa pun, biar lah sementara ni, saya aplikasikan perkara yang basic. menutup aurat dengan sempurna. selepas itu boleh laa kita up grade kan.. kan ?
bak kata mak cu...
m.cu tabik dgn semangat mira..tp biarlah kte mulakan dr bwh dlu..yg plg pntg ialah menutup aurat ikut syariat n sunnah..insyaAllah cukup..m.cu plg bimbang dgn trend skrg yg menutup aurat x spt yg disyariatkan cuma sekadar tutup helaian rambut je..trend yg cam nak nmpk ayu je bkn sbb nak tutup aurat sebagai seorg muslimah mukminah..so m.cu hrp mira akn jaga penampilan mira sesuai dgn apa yg Allah dh tetapkan..ok..


oh ya ! ada haritue saya baca status kat syahirul.com. katanya....
Berpurdah/berniqab itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj (berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri ...sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah ataupun anda tidak menutup aurat kaki dengan melabuhkan jubah dan memakai stoking tetapi mengenakan purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.

ha ! dah betul lah tue. apa-apa pun, kita niat dulu. lagi-lagi niat benda yang baik dapat pahala. :)





“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu.” amin..

melihat muslimah-muslimah yang sempurna menutup aurat sahaja pun saya dah rasa Subhanallah ! cantik nya mereka. apatah lagi yang memakai purdah. terhindar dari mata-mata nakal yang memandang. makin kuat rasa nak menjadi sebahagian daripada mereka. sabar yer myra. basic kena kukuh. dan apa-apa yang kita buat pun  kerana Allah. baru berkat :)

semoga Allah permudahkan jalan ku :)








sharing is caring is loving :: TIPS SEBELUM BERTUDUNG LABUH.







NotaHati :: yang basic pun belum istiqamah.
EH ! chaiyok laa myra !



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

3 comments:

  1. alhamdulilla, myra rase mcm tu.yg penting niat dan usaha utk berubah.sis pun dlm proses.utk pakai purdah, sis pun masih tak sampai tahp tu.lgpun tuntutan kerja tidak membenarkan berpurdah.tp yg penting,basic menutup aurat tu (tutup semua kecuali muka dan tapak tgn) kita cube usahakan sebaik mungkin menutupnya, bukan sekadar membalut.moga Allah permudahkan segalanya. =)

    ReplyDelete
  2. insya'allah sis.. :)
    alhamdulillah.
    semoga kita diberi jalan redha oleh Allah.
    semoga hidayah kekal dihati :)

    semoga istiqamah dalam mujahadah <3

    >.<

    ReplyDelete
  3. In sha Allah mira blh buat...irah pun dh mula tergerak hati nk pakai purdah ...

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !