. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Monday, January 9, 2012

:: WaRkah kEkaNda : tEntAng CiNta LaLu ::


Assalamualaikum :)

wanna share something yang saya jumpa kat wall FB...


Warkah seorang kakak buat adik-adikku sayang

Wahai adik-adikku, di dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum bernikah. Tiada juga budaya ber'couple'. Cinta itu satu fitrah dan haruslah disalurkan pada tempat yang betul. Tidak malukah adik-adik pada Allah, apabila melafazkan rasa cinta pada yang belum pasti milik kita?

Tidak malukah adik-adik pada Allah semasa adik-adik berbangga menunjukkan kekasih yang tidak halal itu kepada rakan-rakan? Berbanggakah adik-adik apabila memaparkan gambar-gambar bersama kekasih tidak halal itu pada khalayak umum?

Kekasih yang tidak halal itu belum tentu jodoh adik-adik, tetapi adik-adik sudah memberikan hati kepada mereka. Kerana apa cinta adik-adik kepada kekasih tidak halal itu? Kerana Allah kah? Jika kerana Allah, pastinya adik-adik tidak akan memberikan cinta kepada mereka yang tidak halal buat adik-adik. Jadi, kerana apakah cinta itu?

Adik-adik yang disayangi, jika kau sayangkan dirimu, jauhkan lah dirimu dari bercinta dengan kekasih yang tidak halal bagimu. Jika kau sedang bercinta, putuskanlah kasihmu dengan kekasih yang tidak halal itu kerana Allah. Perjalananmu masih jauh. Satu saat nanti, jodohmu pasti akan tiba juga dan Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buatmu. Saat itu, bercintalah kau kerana Allah kerana pastinya cinta itu adalah yang halal untukmu.

T_T

dulu saya pun camtu gak...tapi xde laa over nak tayang bf kat orang...senyap-senyap jer...lagipun cinta saya, cinta jarak jauh..jarang jumpa..apa-apa pun ia tetap salah...dan.....pasti ada DOSA ! :'(

dulu, ada lah seseorang tue pernah cakap kat saya...masa tue kitorang tengah bukak topik couple...dan, tetiba tersentap dengan ayat dia.......

"susah nak jumpa perempuan yang tak pernah kena pegang-pegang.suci lagi."

:)
ya awak. susah, tapi ada...
nanti awak akan jumpa dalam pencarian awak itu...
awak tengah mencari kan sekarang?

terpukul jugak dengan kata-kata awak tue...
apa-apa pun doa saya....

SEMOGA BERJAYA !





Bila anda bersedih hati,ingatlah pada DIA.Pujuklah diri,”Aku yakin dengan Allah”.InsyaAllah,diri perlu selalu diperingatkan kerana syaitan itu licik dan bijak.

Jangan kerana kesedihan hati anda atas luka lama menyebabkan anda berputus asa dan menyalahkan diri.Sesungguhnya,setiap yang berlaku itu adalah tiket kita untuk meraih cinta yang ESA.

Ingatlah, perkara buruk yang berlaku itu hanyalah pengkelasan manusia ke atas nasib diri yang tidak terbela, sedangkan pada pandangan Allah semuanya baik belaka. Dengan syarat, kembali pada-Nya. Fitrah kita sebagai hamba.


kalau tetiba nampak saya post status banyak-banyak, post lagu banyak-banyak,
itu maknanya saya tengah sedih...mungkin juga rasa down...
macam hari nie....
now, dah okey dah....jahat betul syaiton nih...
nasib baik saya pandai muhasabah diri.

tetiba terfikir....jauh betul saya dari pencarian si pencari itu.
:)

tak apa. niat saya nak jadi yang lebih baik dari masa lalu.
memang tak di nafikan. rasa menyesal sering datang jika saya menoleh kebelakang.
dan lihat kembali pada diri sendiri...
tertanya-tanya...
"apa yer yang aku dapat dari berkasih selama nie ? bertahun-tahun bercinta, tapi tak kemana...malah mengumpul dosa..."
dibayangi masa lalu, buat kita sedih...rasa rendah diri...dan sekali lagi tertanya-tanya...
"macam mana yer nanti ? siapa jodoh aku ? boleh ke dia terima aku seadanya yang tak sempurna ini?"
rasa terkesan lah dengan ayat dia tue...sampai sekarang...
[=.=]

namun, aku percaya !
masih ada yang sudi menerima.
masih ada yang sudi membimbing.
masih ada yang sudi memimpin.
diri ini menuju jannah.
insya'allah

saya yakin dengan Allah !

dan tak semena-mena nak tacink sambil dengar lagu INI.

T_T




p/s :: adik-adik, tak payah laa nak bercinta-cinta ni...
sumpah ! sia-sia ! melainkan CINTA ALLAH.





NotaHati ::
....atas restu Allah. ku ingin milikimu. ♥
ku berharap kau yang terakhir untuk ku. ♥
.....Bismillah :)


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

No comments:

Post a Comment

(^___^) / sAy sOmEtHing !