. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Sunday, November 24, 2013

:: PeNgeNaLAn :: ApA iTu SARUNG KAKI PROJECT ? ::



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmannirrahim.


SARUNG KAKI PROJECT 


Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"

(Surah an-Nur ayat 31)







OBJEKTIF SKP

Memperkasakan pengunaan sarung kaki di kalangan wanita muslimah di Malaysia.
Memberi sokongan kepada wanita muslimah untuk memakai sarung kaki.
Memberi kesedaran mengenai kepentingan memakai sarung kaki
Mencari Redha ALLAH S.W.T



Tidaklah lain penggunaan sarung kaki ini melengkapkan penutupan aurat seorang wanita itu. :)


In shaa ALLAH.

kindly support us.
kindly visit our ::


NotaHati :: Wanita itu istimewa.




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, November 21, 2013

:: tErkEsaNnyA sEoRAng Aku :: hiDayAh ::






Assalamualaikum.





Allahuakbar.
entah kenapa sensitif aku harini.
sejak semalam lepas aku baca kisah Ammar, sayu sangat hati ni.
sedihnya tu hanya mampu aku luahkan dengan "Alllahuakbar" hingga tertidur.

sayu tentang hebatnya peribadi Ammar.
sedih juga mengenangkan dosa-dosa aku.
Allahu~

Aku pendosa, harapan selalu ada.
teringat tajuk buku karya Hilal Asyraf.
Semoga ada harapan untuk aku.



terasa lembut hidayah Allah menyapa hati aku.
pesan seorang sahabat ::


"akak, ustazah hani pernah pesan, saat hidayah menyapa, jgn biarkan sahaja. 
cepat-cepat ambil wudhu dan solat taubat.. 
mohon keampunan.. solat hajat, mohon dikekalkan hidayah..
bygkan.. pemergian ammar ini.. memberikan hidayah kepada ramai insan"

insyaAllah.
tambah hani lagi..
"dia kekasih Allah
Allah tunjukkan kat dunia
supaya kita mencontohi dia
dia bukan ulama, bukan ustaz, bukan nabi
dia insan biasa..
insan biasa yg boleh jadi kekasih Allah
jom akak, kita kejar redha Allah"


*speechless*




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, November 20, 2013

:: KisAh AmmAr ::



Assalamualaikum :)

Allahuakbar !

Betapa aku terkesan dengan kisah ammar.
hingga saat ini, sayu hati.
terasa sangat apa saja dah aku lakukan sebagai hamba sebenar-benarnya hamba Allah.
tiada apa-apa~

*renung diri*

ingin aku abadikan disini. salin tampal dari muka buku ::

"Ana rasa selama nih ana dah terlalu selesa. Tiba masa untuk ana keluar daripada keselesaan. Tiba masa untuk ana rasa apa yang mereka rasa."
Qie mendiamkan diri, memberi ruang kepada Am untuk meneruskan kata-katanya. Musim sejuk di Istanbul, Turki seakan menggigit ke tulang belulang.
"Ana nak bermusafir, menjadi perantau. Sama-sama berjuang, membantu saudara kita di Syria."
Qie kaget. Entah kenapa sayu hatinya mendengar ucapan sahabatnya. Bersungguh benar tampaknya.
"Enta yakin?"
Am senyum. Dia menghirup udara segar Turki. Matanya rapat terpejam. Dihembus helaan nafasnya perlahan-lahan.
"Subhanallah. Alhamdulillah. Rabbi, segala puji bagi-Mu Ya Allah kerana menghidupkan aku sehingga ke hari ini. Segala puji bagi-Mu kerana aku masih teguh berdiri di sini, di bumi asing ini atas kudrat dan iradat-Mu. Kuatkanlah aku sepertimana Engkau telah kuatkan kekasih-Mu, sahabat2 baginda dan hamba-Mu yang satu itu. Aamiin."
Tiba-tiba saja hatinya sebak. Seakan ada airmata yang bergenang di kelopak matanya. Ditahan agar dia tidak menangis di hadapan sahabatnya.

"Am. Ana bukan nak halang enta. Tapi, bukankah enta masih dalam pengajian? Tapi, bukankah enta masih punya keluarga yang mengharapkan enta pulang dengan kejayaan? Am, fikir baik-baik. Ini soal masa depan. Enta tidak takut dibom?"
Ternyata Qie begitu khuatir tentang sahabatnya. Am berpaling ke arah Qie. Jelas kelihatan raut kebimbangan di wajahnya. Am memegang erat bahu sahabatnya.
"Sahabat. Terlalu banyak tapi akan mengundang murka Allah. Terlalu banyak tapi seolah-olah kita tidak yakin dengan kudrat dan iradat Allah. Terlalu banyak tapi sedikit sebanyak akan 'membunuh' semngat juang fi sabilillah. Terlalu banyak tapi takkan membawa kita maju ke hadapan. Terlalu banyak tapi akan buat kita terus lemas dalam dakapan kebimbangan. Terlalu banyak tapi akan buat kita futur dari Tuhan. Sahabat, dalam kamus seorang pejuang agama, pejuang Allah, tiada istilah tapi, cuma ada istilah percaya dan yakin pada Ilahi. Sahabat, ia mungkin mimpi. Mimpi yang akan menjadi realiti. Enta tahu? Ana bercita-cita tinggi. Sudah tiba masanya ana pergi. Iya. Ana punya keluarga. Disebabkan ana punya keluarga, dan mereka tidak punya apa-aplah ana nekad. Jihad ini InsyaAllah kerana-NYA. Allah pasti lindung. Allah pasti bantu. Andai ana mati, matinya ana bersama syuhada'. Siapa tahu ana adalah As-Syaheed Ammar? Bukan syurga yang ana buru, tapi redha-NYA yang ana perlu."
Qie sudah tidak betah menahan sebak di dada. Akhirnya airmata lelakinya gugur jua. Dia mencintai figura yang berada di hadapannya itu LillahiTa'ala. Masakan tidak, jasad itulah yang pernah dicemuhnya, yang pernah dikhianatinya. Tapi, jasad itu juga yang sanggup 'mengutip' dirinya dan menyelamatkannya daripada terus hanyut dibuai maksiat dunia. Dia tahu apa jua alasannya, dia tidak mampu 'membunuh' mahupun mematahkan semangat hamba yang berjiwa Rabaniyyah!

"Am... Ana....."
"Shhhhh. Enta tak perlu cakap apa-apa. Yang ana perlukan hanya doa enta. Kalau enta sayang ana kerana Allah, ana mohon, titipkan doa untuk ana sewaktu ana hidup dan ana pergi. Jangan khuatir. Usaplah airmatamu seandainya ana tidak lagi di sisimu. Perginya seorang hamba itu berganti. Perginya seorang hamba itu ketemu Ilahi. Jadi, InsyaAllah ana selamat disisi-NYA."
Makin galak airmata yang keluar dari empangan mata Qie. Dadanya sebak. Ada sendu yag berlagu. Am menepuk-nepuk bahu sahabatnya seraya memeluk erat tubuh sahabat dunia akhiratnya. Sungguh, kedinginan musim sejuk di Istanbul, Turki kalah dengan kehangatan ukhwahfillah.

"Ammar. Inni uhibbuka fillah. Jiddan jiddan. Seni seviyorum."
Lemah Qie membisikkan kalimah itu. Am merungkaikan pelukannya. Matanya memandang tepat ke dalam mata sahabatnya. Ada keikhlasan yang terbit dari mata sahabat yang dicintainya.
"Ahabbak alazhi ahbab tanii lahu. Ben de seni seviyorum."
Akhirnya airmata Am tumpah jua. Tiada siapa tahu dalam hatinya ada segaris nama. Nama yang menjadi idolanya. Nama yang sama sepertinya; Ahmad Ammar. Moga dia juga bisa seperti mujahid Allah itu. Biiznillah.

p/s: Tribute for Almarhum Sehit Ahmad Ammar.
Moga-moga semangat kita utuh seperti alamrhum.
AL-FATIHAH.


Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.







Aku tak kenal dia.
aku kagum peribadi Ammar.

Allahuakbar !



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: HiJRAh tO JanNaH :: AyUh BeRuBAh ! ::




Assalamualaikum :)


"Saya nak berubah tapi belum bersedia."


Allah.

Kalau tak cuba berubah dari sekarang, sampai bila-bila pun tak akan pernah sedia.
Ajal pun tak tanya kita dah bersedia atau tak kalau ia nak menjemput.

Berubah tak susah, yang susah nak istiqamah.
tapi bila kita dah rasa nak berubah tu, sila teruskan...
jangan ikut kata hati yang kononnya tak bersedia lah, aku tak baik lagi lah,
semua tu lintasan syaiton je tu..

lagi satu, jangan hirau apa kata org.
contohnya. saya sendiri masa nak mula-mula nak pakai purdah. asyik lah fikir pasal penerimaan kawan-kawan, keluarga. padahal tak tanya mereka pun lagi. tapi dah berlegar-legar andaian sendiri.
*saja buat sesak kepala.*


jadi, jom mulakan perubahan, INSYAALLAH. kukuhkan niat, Allah mudahkan.
betul. tak tipu.
tetiba juga nanti akan terasa kekuatan untuk berusaha lebih baik.
masa ni laa kita kena banyakkan berdoa, minta allah bantu kita istiqamah.
dalam masa yang sama jangan lupa mendekati majlis-majlis ilmu, baca bacaan ilmiah, dekati sahabat-sahabat soleh solehah dan selalu bermuhasabah.

saya sedang cuba memberi semangat kepada awak yang masih tercari-cari kekuatan untuk berubah.
saya juga perlukan semangat untuk terus jadi yang solehah.
benar. istiqamah itu payah.
sama-sama kita usaha mencari redha ilahi ya !




Hijrah to Jannah !


:)



notahati :: Demi masa. kalau tak sekarang, bila lagi ?


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: RaPuh DeNgAn KisAh AmmAR ::




ASSALAMUALAIKUM :)

Allahuakbar !
Banyak dosa aku selama ini.
Allah beri umur, tidak aku manfaatkan.
bagaimana pengakhiran hidup seorang aku ?
jika terus-terusan leka lalai dengan keseronokkan ?

aurat tidak aku beratkan.
solat kadang sering aku gegaskan.
dunia pula aku kejarkan.
asyik terus buru cinta insan.

Allah.

dimana cinta Allah di hati aku.
bagaimana cinta rasul di hati aku ?

terkesan hati dengan kisah Ammar.
aku tidak boleh selesa begini.
bukan aku sahaja perlu berhijrah.
tujuan hidup juga harus berhijrah.

Aku Mahu pengakhiran hidupku diredhai Allah.

Al-Fatihah untuk Arwah Ammar.
walau aku tidak kenal dia.
hebat dia di sisi Allah.

:')

Ammar : antara tadbir insani dan takdir ilahi




Notahati :: aku bakal bidadari syurga tapi apa usaha aku ?




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, November 19, 2013

:: HiJRAh to JaNNah :: SehELai Kain MenUtuP WajAh ::




Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Purdah.

Dari tahun lepas saya berniat untuk berpurdah. Tapi ketika tu sekadar niat dalam hati. Nak mula tu memang rasa tiada kekuatan. sampai terdetik dalam hati, "Nanti dah kahwin laa pakai purdah." 
Sebab apa niat dah kahwin baru nak pakai purdah ? Sebab saya berharap suami saya yang akan sokong saya. Memandangkan saya bukan lah berada dikalangan yang berpurdah. dan pastinya suami yang paling dekat dengan saya.

entah macam mana, niat nak berpurdah tu membawa kepada pengumpulan purdah helai demi helai.
Simpan dalam beg. Kadang-kadang, buka beg dan cuba pakai suka-suka. rasa semangat !
Dalam masa yang sama, saya mula ubah cara pemakaian. dari pakai baju "adik-adik" bak kata abah, kepada baju muslimah. Dari biar lengan dan kaki bogel ubah kepada sarungkan bagi lebih tertutup. tudung yang dulunya pendek konon lebih nampak stailo ubah pada labuhkan menutup dada.

dari hari ke hari, tak sedar makin banyak pakaian muslimah menggantikan pakaian dulu. makin hari juga makin tak kenal seluar jeans. Rezeki dari Allah. kalau selama nie rasa tak cukup jer duit nak beli benda tah hapa-hapa. tapi seiring dengan niat nak berubah tu, alhamdulillah cukup jer perbelanjaan untuk shoping baju muslimah..tudung...purdah...sarung kaki dan lengan juga kecintaan aku iaitu BUKU !

betapa Allah mudahkan hambanya untuk berubah ke arah kebaikan. hidayah allah beri tak akan saya siakan.

berbalik pada niat nak berpurdah, memang sebelum apa-apa jenis saya nie banyak berfikir. fikir macam mana kalau begini...pastu macam mana kalau macam ni ? nanti jadi macam tu pulak ? lepas tu nanti mesti macam ni...aduhai~ banyak sungguh berfikir sampai belum apa-apa dah melimitkan perlaksanaan.

sampai terhasil lah kata-kata di bawah ini :

sampai masa nanti aku berniqab.
masih kah disisi aku teman suka duka ketika ini bersamaku ?
sedang perubahan itu sukar bagiku.
adakah teman yg sudi menerima, menyokong, meniup semangat untukku ?
adakah @ mahukah kalian tetap bersamaku ?
menepuk bahuku, meminjam bahu mu untuk aku.
sampai masa nanti aku berniqab.
jgn kau fikir ku menjarak kn silaturahim antara kita.
bagaimana kau kenal aku, begitu lah aku.
beza cuma hubungan aku dengan ilahi.

pandangan kawan-kawan yang saya kira. macam mana penerimaan mereka. rasa pelik ke nanti ? nak ke jalan dgn saya lagi ? dan sampai sekarang masih belum berpeluang keluar dengan mereka. satu, sebab masing-masing sibuk. maklum laa semua pun jururawat. cuti susah nak sama. dua, saya sendiri belum sedia nak keluar bersama mereka dengan penampilan saya sekarang. rasa segan yang tak relevan. haih~


macam mana saya berpurdah ?

satu hari tu entah macam mana perasaan lain macam. semangat pun entah kenapa melonjak-lonjak.
bangun tidur, terus terdetik "harini aku nak keluar pakai purdah lah." memandangkan saya baru jer beli tudung labuh online. dan semalamnya biasalah cuba try test. pakailah dengan purdah. dan keesokkannya pun rasa nak try test apa perasaan bila pakai purdah dikhalayak ramai.

siap-siap pakai t-shirt, seluar slack dan tudung serta purdah, dengan bismillah dan beberapa doa lazim dibaca. kaki pun mengorak langkah ke luar menuju destinasi yang hendak dituju. masa tu nak pegi kedai buku kat salak selatan. sepanjang langkah tak henti berzikir. dalam masa yang sama, saya pulak yang tengok orang dengan pandangan pelik. dorang tak pelik sgt pun. hihi~ ape laa~

perasaan dia ALLAHUAKBAR SUBHANALLAH bestnya pakai purdah. terasa diri dilindungi. rasa dekat dengan Allah. yelaa...mulut nie berzikir jer. bestnya, orang tak nampak pun mulut ni terkumat kamit berzikir, kalau sblm ni dlm hati je, sekarang nak buka mulut luas-luas pun orang tak nampak. kalau tak sure pandang pelik dan cakap "eh. budak ni cakap sorang-sorang betul ke tak ?"

cuma sebab kali pertama pakai kan, terasa laa sesak nafas. hehe~ tak biasa lagi kan. dan paling tak sangka, ada juga mamat yang berani nak ngorat. haih~ itu laa pengalaman pertama memakai purdah.

keizinan Mak abah ?

sebut pasal keizinan ni, memang saya tak ada kekuatan langsung nak minta kebenaran dari mereka. macam saya cakap sebelum ni laa...saya nie banyak fikir. mak abah tak payah fikir, saya dah fikirkan untuk dorang. mesti dorang akan fikir "ajaran sesat" "kenapa nak tutup muka" "macam pelik jer, macam lain macam jer". itu mungkin ada dalam kepala mak abah dan adik beradik saya. ye laa...memandangkan dalam kalangan ahli keluarga tak ada pun yang pakai purdah. ada pun makcu je.

ok kembali kepada kisah sebenar. satu hari tu saya tak ingat mana saya nampak satu page ni. page "Indahnya Berpurdah" namanya. saya terbaca post kat page tu yang mereka nak adakan USRAH pada hari sabtu pagi. saya pun dengan excitednya terus pm dan cakap saya berminat nak ikuti usrah tersebut.
saya memang nakkkkk sangat-sangat pegi usrah yang saya ada tengok kat youtube betapa bestnya berada dalam bulatan gembira.

sabtu tu 21 september 2013, saya pun ajak kawan sebilik saya pergi. Usrah tu dibuat di masjid ash-syakirin klcc. pagi tu kami lambat setengah jam. huhu~ sesat sebab tah apa dorang buat construction tah. dalam dok jalan terkedek-kedek lambat tu tetiba ada org panggil "ukhti.." saya pun toleh ke belakang, "Allah, orang arab mana nie ?" kata saya dalam hati. pastu saya pun berhenti la. dia datang dan tegur..laa orang melayu rupanya. dia pun nak pegi usrah. umur baru 14 hoi. oh ya, time tu saya pakai purdah.

sampai jer dalam masjid, Allahuakbar, kebanyakkan semua pkai purdah. hati nie rasa gembira sangat. dipendekkan cerita, banyak pengisian yang diperoleh dari usrah tersebut. rasa nak menangis pun ada. sebab saya baru nak berpurdah kan. mereka banyak cerita pasal purdah dan beri kata semangat bagi muslimah berpurdah.

balik dari usrah tu laa saya dapat kekuatan untuk minta keizinan mak dan abah. mula-mula saya tanya, mak gelak dan cakap ::

mak ::  "nanti lah dulu."
saya :: "kenapa nanti ? kan baik."

kat belakang abah tanya kenapa.
mak cakap dia nak pakai purdah.

mak :: "bila nak pakai ?"
saya :: "dah pakai dah."
mak :: "dah pakai. pakai je laa kak."

mak cakap macam tu jer saya dah rasa inilah hadiah hari lahir yang tak ternilai. (besday 20 september ) walaupun dari ayat mak tu tak berapa nak ikhlas, tapi bagi saya, itu dah cukup bagi saya kekuatan untuk teruskan berpurdah.

orang pertama yang saya kongsi kegembiraan ini adalah pada, makcu saya. makcu berpurdah dan banyak melayan pertanyaan saya selama mencari sokongan dalam beberapa situasi yang memerlukan nasihat.





Tujuan berpurdah.

saya bukan dalam orang yang cantik yang wajib berpurdah. tiada juga cacat cela pada wajah. alhamdulillah.
tapi saya memilih berpurdah kerana Allah.
 memang tak dinafikan ada yang cakap, "jaga yang wajib dulu. nie tak, yang wajib tah ke mana" "macam baik sangat jer nak bertutup bagai."
Allahu~ memang saya tak baik mana pun tapi insyaAllah saya terus usaha untuk jadi yang solehah. sebelum nie walaupun dah bersarung kaki dan bersarung tangan serta melabuhkan tudung, adakalanya saya terbabas untuk menjaga aurat. pakai tudung tapi tudung jarang. ada waktu terasa malas nak bersarung kaki dan tangan. kenakan baju, baju nampak ketat.

namun, selepas mengambil keputusan untuk berpurdah, automatik perkara remeh macam tu saya jaga. saya akan berfikir "saya wanita islam. berpurdah pula tu, tapi kenapa tak jaga pemakaian ?" jadi secara tak langsung sebelum keluar saya lihat apa yang tak kena. akhlak akan saya jaga, iman akan saya tingkatkan. takwa akan saya perbaiki.

dari hari ke sehari akan cuba cari lebih kefahaman dalam agama serta perbaiki amalan.
cara orang berfikir tak sama. saya tahu apa niat saya, jadi saya raikan apa sahaja pendapat orang. saya harap redha Allah bukan redha manusia.

wah ! panjang lebar bercerita. bosan bukan ?
oleh itu, sekian sahaja perkongsian hijrah saya.

hijrah to jannah !

:)

notahati :: syukur Allah beri kekuatan sebelum aku bernikah untuk berpurdah.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: KeEp CaLm ? ::


Assalamulaikum.

Dah lama sangat tak membersihkan blog ni.
banyak application dah tak berfungsi pulak tu.
paling sadis, dah tak ingat macam mana nak buat itu ini.

(=.=")

sejak dah lama tak merepek ni, banyak sungguh perkara berbangkit yang rasa nak dibangkitkan.
tak cukup dengan tu, rasa terbangkit juga dgn ketidakpuasan hati menghadapi hari mendatang dgn jadual kerja yang baru....

biasa lah.
sebagai seorang AKU, mmg aku cepat terasa serabut.
mana ada org gembira nak buat perkara yg dia tak suka kan ?

boleh terima.
tapi makan masa.
balik pada "kawan baik" aku.
ajari aku berlapang dada.





Notahati :: serabut hari ini.




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, November 11, 2013

. LaPpy :: ALhamduLiLLah .




Assalamualaikum.

Pada 11 November 2013.
setelah sekian lama mengidam.





kite beli lappy.
ok.

Bye~

:p



*NotaHati :: Bukan Purple tapi merah. oky laa tu~*


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)