. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Tuesday, November 19, 2013

:: HiJRAh to JaNNah :: SehELai Kain MenUtuP WajAh ::




Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Purdah.

Dari tahun lepas saya berniat untuk berpurdah. Tapi ketika tu sekadar niat dalam hati. Nak mula tu memang rasa tiada kekuatan. sampai terdetik dalam hati, "Nanti dah kahwin laa pakai purdah." 
Sebab apa niat dah kahwin baru nak pakai purdah ? Sebab saya berharap suami saya yang akan sokong saya. Memandangkan saya bukan lah berada dikalangan yang berpurdah. dan pastinya suami yang paling dekat dengan saya.

entah macam mana, niat nak berpurdah tu membawa kepada pengumpulan purdah helai demi helai.
Simpan dalam beg. Kadang-kadang, buka beg dan cuba pakai suka-suka. rasa semangat !
Dalam masa yang sama, saya mula ubah cara pemakaian. dari pakai baju "adik-adik" bak kata abah, kepada baju muslimah. Dari biar lengan dan kaki bogel ubah kepada sarungkan bagi lebih tertutup. tudung yang dulunya pendek konon lebih nampak stailo ubah pada labuhkan menutup dada.

dari hari ke hari, tak sedar makin banyak pakaian muslimah menggantikan pakaian dulu. makin hari juga makin tak kenal seluar jeans. Rezeki dari Allah. kalau selama nie rasa tak cukup jer duit nak beli benda tah hapa-hapa. tapi seiring dengan niat nak berubah tu, alhamdulillah cukup jer perbelanjaan untuk shoping baju muslimah..tudung...purdah...sarung kaki dan lengan juga kecintaan aku iaitu BUKU !

betapa Allah mudahkan hambanya untuk berubah ke arah kebaikan. hidayah allah beri tak akan saya siakan.

berbalik pada niat nak berpurdah, memang sebelum apa-apa jenis saya nie banyak berfikir. fikir macam mana kalau begini...pastu macam mana kalau macam ni ? nanti jadi macam tu pulak ? lepas tu nanti mesti macam ni...aduhai~ banyak sungguh berfikir sampai belum apa-apa dah melimitkan perlaksanaan.

sampai terhasil lah kata-kata di bawah ini :

sampai masa nanti aku berniqab.
masih kah disisi aku teman suka duka ketika ini bersamaku ?
sedang perubahan itu sukar bagiku.
adakah teman yg sudi menerima, menyokong, meniup semangat untukku ?
adakah @ mahukah kalian tetap bersamaku ?
menepuk bahuku, meminjam bahu mu untuk aku.
sampai masa nanti aku berniqab.
jgn kau fikir ku menjarak kn silaturahim antara kita.
bagaimana kau kenal aku, begitu lah aku.
beza cuma hubungan aku dengan ilahi.

pandangan kawan-kawan yang saya kira. macam mana penerimaan mereka. rasa pelik ke nanti ? nak ke jalan dgn saya lagi ? dan sampai sekarang masih belum berpeluang keluar dengan mereka. satu, sebab masing-masing sibuk. maklum laa semua pun jururawat. cuti susah nak sama. dua, saya sendiri belum sedia nak keluar bersama mereka dengan penampilan saya sekarang. rasa segan yang tak relevan. haih~


macam mana saya berpurdah ?

satu hari tu entah macam mana perasaan lain macam. semangat pun entah kenapa melonjak-lonjak.
bangun tidur, terus terdetik "harini aku nak keluar pakai purdah lah." memandangkan saya baru jer beli tudung labuh online. dan semalamnya biasalah cuba try test. pakailah dengan purdah. dan keesokkannya pun rasa nak try test apa perasaan bila pakai purdah dikhalayak ramai.

siap-siap pakai t-shirt, seluar slack dan tudung serta purdah, dengan bismillah dan beberapa doa lazim dibaca. kaki pun mengorak langkah ke luar menuju destinasi yang hendak dituju. masa tu nak pegi kedai buku kat salak selatan. sepanjang langkah tak henti berzikir. dalam masa yang sama, saya pulak yang tengok orang dengan pandangan pelik. dorang tak pelik sgt pun. hihi~ ape laa~

perasaan dia ALLAHUAKBAR SUBHANALLAH bestnya pakai purdah. terasa diri dilindungi. rasa dekat dengan Allah. yelaa...mulut nie berzikir jer. bestnya, orang tak nampak pun mulut ni terkumat kamit berzikir, kalau sblm ni dlm hati je, sekarang nak buka mulut luas-luas pun orang tak nampak. kalau tak sure pandang pelik dan cakap "eh. budak ni cakap sorang-sorang betul ke tak ?"

cuma sebab kali pertama pakai kan, terasa laa sesak nafas. hehe~ tak biasa lagi kan. dan paling tak sangka, ada juga mamat yang berani nak ngorat. haih~ itu laa pengalaman pertama memakai purdah.

keizinan Mak abah ?

sebut pasal keizinan ni, memang saya tak ada kekuatan langsung nak minta kebenaran dari mereka. macam saya cakap sebelum ni laa...saya nie banyak fikir. mak abah tak payah fikir, saya dah fikirkan untuk dorang. mesti dorang akan fikir "ajaran sesat" "kenapa nak tutup muka" "macam pelik jer, macam lain macam jer". itu mungkin ada dalam kepala mak abah dan adik beradik saya. ye laa...memandangkan dalam kalangan ahli keluarga tak ada pun yang pakai purdah. ada pun makcu je.

ok kembali kepada kisah sebenar. satu hari tu saya tak ingat mana saya nampak satu page ni. page "Indahnya Berpurdah" namanya. saya terbaca post kat page tu yang mereka nak adakan USRAH pada hari sabtu pagi. saya pun dengan excitednya terus pm dan cakap saya berminat nak ikuti usrah tersebut.
saya memang nakkkkk sangat-sangat pegi usrah yang saya ada tengok kat youtube betapa bestnya berada dalam bulatan gembira.

sabtu tu 21 september 2013, saya pun ajak kawan sebilik saya pergi. Usrah tu dibuat di masjid ash-syakirin klcc. pagi tu kami lambat setengah jam. huhu~ sesat sebab tah apa dorang buat construction tah. dalam dok jalan terkedek-kedek lambat tu tetiba ada org panggil "ukhti.." saya pun toleh ke belakang, "Allah, orang arab mana nie ?" kata saya dalam hati. pastu saya pun berhenti la. dia datang dan tegur..laa orang melayu rupanya. dia pun nak pegi usrah. umur baru 14 hoi. oh ya, time tu saya pakai purdah.

sampai jer dalam masjid, Allahuakbar, kebanyakkan semua pkai purdah. hati nie rasa gembira sangat. dipendekkan cerita, banyak pengisian yang diperoleh dari usrah tersebut. rasa nak menangis pun ada. sebab saya baru nak berpurdah kan. mereka banyak cerita pasal purdah dan beri kata semangat bagi muslimah berpurdah.

balik dari usrah tu laa saya dapat kekuatan untuk minta keizinan mak dan abah. mula-mula saya tanya, mak gelak dan cakap ::

mak ::  "nanti lah dulu."
saya :: "kenapa nanti ? kan baik."

kat belakang abah tanya kenapa.
mak cakap dia nak pakai purdah.

mak :: "bila nak pakai ?"
saya :: "dah pakai dah."
mak :: "dah pakai. pakai je laa kak."

mak cakap macam tu jer saya dah rasa inilah hadiah hari lahir yang tak ternilai. (besday 20 september ) walaupun dari ayat mak tu tak berapa nak ikhlas, tapi bagi saya, itu dah cukup bagi saya kekuatan untuk teruskan berpurdah.

orang pertama yang saya kongsi kegembiraan ini adalah pada, makcu saya. makcu berpurdah dan banyak melayan pertanyaan saya selama mencari sokongan dalam beberapa situasi yang memerlukan nasihat.





Tujuan berpurdah.

saya bukan dalam orang yang cantik yang wajib berpurdah. tiada juga cacat cela pada wajah. alhamdulillah.
tapi saya memilih berpurdah kerana Allah.
 memang tak dinafikan ada yang cakap, "jaga yang wajib dulu. nie tak, yang wajib tah ke mana" "macam baik sangat jer nak bertutup bagai."
Allahu~ memang saya tak baik mana pun tapi insyaAllah saya terus usaha untuk jadi yang solehah. sebelum nie walaupun dah bersarung kaki dan bersarung tangan serta melabuhkan tudung, adakalanya saya terbabas untuk menjaga aurat. pakai tudung tapi tudung jarang. ada waktu terasa malas nak bersarung kaki dan tangan. kenakan baju, baju nampak ketat.

namun, selepas mengambil keputusan untuk berpurdah, automatik perkara remeh macam tu saya jaga. saya akan berfikir "saya wanita islam. berpurdah pula tu, tapi kenapa tak jaga pemakaian ?" jadi secara tak langsung sebelum keluar saya lihat apa yang tak kena. akhlak akan saya jaga, iman akan saya tingkatkan. takwa akan saya perbaiki.

dari hari ke sehari akan cuba cari lebih kefahaman dalam agama serta perbaiki amalan.
cara orang berfikir tak sama. saya tahu apa niat saya, jadi saya raikan apa sahaja pendapat orang. saya harap redha Allah bukan redha manusia.

wah ! panjang lebar bercerita. bosan bukan ?
oleh itu, sekian sahaja perkongsian hijrah saya.

hijrah to jannah !

:)

notahati :: syukur Allah beri kekuatan sebelum aku bernikah untuk berpurdah.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

7 comments:

  1. salam..saya tumpang gembira bila baca kisah kamu nie... semoga org disekeliling kamu sentiasa memberikan sokongan dan dorongan

    syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. semoga sentiasa istiqamah..doakan saya juga yer.inshaAllah

    ReplyDelete
  3. cikmoon :)
    salam...aminn allahumma amin..
    insyaAllah. terima kasih atas doanya.

    ayuyusoff :)
    semoga kita sama terusan istiqamah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. teringin nak jadi mcm ni...tapi hati tak pernah kuat...skang ni dalam proses labuhkan tudung dulu...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah awk boleh sayang :)
    semoga istiqamah...
    pelihara yg wajib dahulu..

    ReplyDelete
  6. untung kerana ada MakCu. Dalam family sy tak ada yg memakai purdah. Sy memang sudah biasa melabuhkan tudung. Cuma nye belum ada kekuatan hati utk berpurdah. Tertarik dgn org yg berpurdah namun masih boleh berkawan dgn rakan2 seperti sedia kala. Doakan saya utk diberi kekuatan hati utk berpurdah keranaNya :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah,saya n x de sape sokong,nk purdah dbantah..untung lah akak..

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !