. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, November 20, 2013

:: KisAh AmmAr ::



Assalamualaikum :)

Allahuakbar !

Betapa aku terkesan dengan kisah ammar.
hingga saat ini, sayu hati.
terasa sangat apa saja dah aku lakukan sebagai hamba sebenar-benarnya hamba Allah.
tiada apa-apa~

*renung diri*

ingin aku abadikan disini. salin tampal dari muka buku ::

"Ana rasa selama nih ana dah terlalu selesa. Tiba masa untuk ana keluar daripada keselesaan. Tiba masa untuk ana rasa apa yang mereka rasa."
Qie mendiamkan diri, memberi ruang kepada Am untuk meneruskan kata-katanya. Musim sejuk di Istanbul, Turki seakan menggigit ke tulang belulang.
"Ana nak bermusafir, menjadi perantau. Sama-sama berjuang, membantu saudara kita di Syria."
Qie kaget. Entah kenapa sayu hatinya mendengar ucapan sahabatnya. Bersungguh benar tampaknya.
"Enta yakin?"
Am senyum. Dia menghirup udara segar Turki. Matanya rapat terpejam. Dihembus helaan nafasnya perlahan-lahan.
"Subhanallah. Alhamdulillah. Rabbi, segala puji bagi-Mu Ya Allah kerana menghidupkan aku sehingga ke hari ini. Segala puji bagi-Mu kerana aku masih teguh berdiri di sini, di bumi asing ini atas kudrat dan iradat-Mu. Kuatkanlah aku sepertimana Engkau telah kuatkan kekasih-Mu, sahabat2 baginda dan hamba-Mu yang satu itu. Aamiin."
Tiba-tiba saja hatinya sebak. Seakan ada airmata yang bergenang di kelopak matanya. Ditahan agar dia tidak menangis di hadapan sahabatnya.

"Am. Ana bukan nak halang enta. Tapi, bukankah enta masih dalam pengajian? Tapi, bukankah enta masih punya keluarga yang mengharapkan enta pulang dengan kejayaan? Am, fikir baik-baik. Ini soal masa depan. Enta tidak takut dibom?"
Ternyata Qie begitu khuatir tentang sahabatnya. Am berpaling ke arah Qie. Jelas kelihatan raut kebimbangan di wajahnya. Am memegang erat bahu sahabatnya.
"Sahabat. Terlalu banyak tapi akan mengundang murka Allah. Terlalu banyak tapi seolah-olah kita tidak yakin dengan kudrat dan iradat Allah. Terlalu banyak tapi sedikit sebanyak akan 'membunuh' semngat juang fi sabilillah. Terlalu banyak tapi takkan membawa kita maju ke hadapan. Terlalu banyak tapi akan buat kita terus lemas dalam dakapan kebimbangan. Terlalu banyak tapi akan buat kita futur dari Tuhan. Sahabat, dalam kamus seorang pejuang agama, pejuang Allah, tiada istilah tapi, cuma ada istilah percaya dan yakin pada Ilahi. Sahabat, ia mungkin mimpi. Mimpi yang akan menjadi realiti. Enta tahu? Ana bercita-cita tinggi. Sudah tiba masanya ana pergi. Iya. Ana punya keluarga. Disebabkan ana punya keluarga, dan mereka tidak punya apa-aplah ana nekad. Jihad ini InsyaAllah kerana-NYA. Allah pasti lindung. Allah pasti bantu. Andai ana mati, matinya ana bersama syuhada'. Siapa tahu ana adalah As-Syaheed Ammar? Bukan syurga yang ana buru, tapi redha-NYA yang ana perlu."
Qie sudah tidak betah menahan sebak di dada. Akhirnya airmata lelakinya gugur jua. Dia mencintai figura yang berada di hadapannya itu LillahiTa'ala. Masakan tidak, jasad itulah yang pernah dicemuhnya, yang pernah dikhianatinya. Tapi, jasad itu juga yang sanggup 'mengutip' dirinya dan menyelamatkannya daripada terus hanyut dibuai maksiat dunia. Dia tahu apa jua alasannya, dia tidak mampu 'membunuh' mahupun mematahkan semangat hamba yang berjiwa Rabaniyyah!

"Am... Ana....."
"Shhhhh. Enta tak perlu cakap apa-apa. Yang ana perlukan hanya doa enta. Kalau enta sayang ana kerana Allah, ana mohon, titipkan doa untuk ana sewaktu ana hidup dan ana pergi. Jangan khuatir. Usaplah airmatamu seandainya ana tidak lagi di sisimu. Perginya seorang hamba itu berganti. Perginya seorang hamba itu ketemu Ilahi. Jadi, InsyaAllah ana selamat disisi-NYA."
Makin galak airmata yang keluar dari empangan mata Qie. Dadanya sebak. Ada sendu yag berlagu. Am menepuk-nepuk bahu sahabatnya seraya memeluk erat tubuh sahabat dunia akhiratnya. Sungguh, kedinginan musim sejuk di Istanbul, Turki kalah dengan kehangatan ukhwahfillah.

"Ammar. Inni uhibbuka fillah. Jiddan jiddan. Seni seviyorum."
Lemah Qie membisikkan kalimah itu. Am merungkaikan pelukannya. Matanya memandang tepat ke dalam mata sahabatnya. Ada keikhlasan yang terbit dari mata sahabat yang dicintainya.
"Ahabbak alazhi ahbab tanii lahu. Ben de seni seviyorum."
Akhirnya airmata Am tumpah jua. Tiada siapa tahu dalam hatinya ada segaris nama. Nama yang menjadi idolanya. Nama yang sama sepertinya; Ahmad Ammar. Moga dia juga bisa seperti mujahid Allah itu. Biiznillah.

p/s: Tribute for Almarhum Sehit Ahmad Ammar.
Moga-moga semangat kita utuh seperti alamrhum.
AL-FATIHAH.


Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.







Aku tak kenal dia.
aku kagum peribadi Ammar.

Allahuakbar !



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

No comments:

Post a Comment

(^___^) / sAy sOmEtHing !