. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, June 29, 2016

. Acah Review : Rosmoh Perempuan Puaka .


Rosmoh Perempuan Puaka. 








Mengikut sinopsis yang aku baca kat belakang buku ni, cerita ni pasal hantu purdah. Teringat laa aku masa sekolah rendah dulu heboh pasal hantu purdah naik kete kancil. Agak teruja bila nampak buku ni. Lalu aku pun beli. Kau pernah tak dengar pasal hantu purdah ni dulu ? seram kan ?

Kisah dia pasal sorang perempuan ni nama dia Rosmah, muka dia tak cantik macam adik dia Rahimah & Ramona. So dia memang rasa rendah diri dan selalu kena ejek. Walaupun dia tak cantik dan menarik...dia pandai dalam pelajaran. Memang harapan mak ayah dia laa untuk masuk Universiti. Dia pun beranggapan, biar muka tak cantik, kurang-kurang dia pandai bagi menampung kekurangan wajahnya.

Tapi....bila dia dah masuk Universiti, dia mula rasa nak orang pandang dia. Jadi dia pun senyap-senyap jumpa bomoh dan pakai susuk. Muka dia pun nampak berseri je sampai laa satu hari tu, dia langgar pantang. Kulit muka dia terus gatal-gatal, bernanah dan bau hanyir . Start dari situ lah dia dikenakan syarat untuk cari 44 orang anak dara dalam masa 44 hari bagi mengembalikan kecantikan wajah dia. Selepas dari muka dia mula hodoh tu juga laa dia mula pakai purdah untuk mengelakkan dari family & orang kampung nampak muka dia yg semakin teruk tu. 

Kebetulan kan masa dia mula pakai purdah, kecoh ada kematian anak dara kampung tu dan penampakkan kelibat perempuan berpurdah kat tempat kematian tu terjadi. Orang kampung pun tuduh Rosmah dalang disebalik kematian tu. Padahal si Rosmah ni belum pun lagi melaksanakan misi dia. Kau mesti tertanya-tanya kan siapa yang bunuh ?

Serius kesian kat si Rosmah ni. Actly dia pun tak sampai hati pun nak hisap darah anak dara. Sampai muka dia bertambah teruk dari hari ke hari. Bersungguh family dia pertahankan yang dia bukan hantu purdah. Tapi bila kawan baik adik dia yang jadi mangsa hantu tu, adik dia mula syak yang Rosmah ni memang hantu purdah. siap bongkar bilik  dia lagi. tapi tak ada bukti langsung.

Aku baca cerita ni tertanya-tanya gak, kisah ni betul terjadi ke ? Sebab ye laa..pernah kecoh kan dulu. Sampai memang takut lah nak keluar rumah lepas maghrib. 

Ok. Aku cuma ceritakan bab Rosmah jer. Rosmah ni actly macam bukan lah watak utama cerita ni. Sebab dia mati awal. Pastu kau akan rasa macam si Rosmah ni ada saka yang lepas kematian dia pun, hantu purdah tu tetap wujud dan anak dara kampung tu still jadi mangsa. 

Tak bagus baca cerita seram malam-malam. Boleh bawa ke dalam mimpi. Spoil betul. Dalam tidur pun nak stress. Huhu~ Oh ya. Antara sebab lain aku beli buku ni adalah tajuk dia yg agak kontroversi. Agaknya untuk kurangkan kontroversi, tu yang dia bagi tajuk ROSMOH kot. Kot laa. 

Hantu purdah ni nama lain dia kum kum sebab sebelum dia menerkam mangsa, dia cam sopan laa bagi salam..salam yang seram camni " Assalamualaikum kum kum...tumpang tanya..kat sini ada anak dara tak ?"
kalau kau kat depan dia, aje giler tak meremang buku roma weiii~






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, June 24, 2016

. Orked : Firas & Unfriend .





 Orked : Firas & Unfriend 







"Ewah-ewah....sakan eh berbalas komen dengan perempuan lain." Terketap ketap gigi Orked menahan geram. Entah geram atau cemburu atau bercampur aduk kedua-duanya.


Tanpa berfikir panjang, Orked menekan button 'Unfriend' untuk kali yang ke-6. "Padan muka ! Taknak kawan ! Huh~" marah betul Orked untuk kali ke-6. Aduhai~


Memang hobi Orked dimasa luang mencari pasal dengan aktiviti stalk. Dah tahu akan sakit hati, tapi gigih juga mencari pasal. Akhirnya insomnia akibat terlalu banyak berfikir. Maklum lah, waktu menjalankan aktiviti stalk ni lazimnya tengah malam sebelum tidur.


Beberapa hari kemudian...


"Kenapa awak remove saya dari friend awak ?" Tanya Firas meminta kepastian. "Masuk ni, dah 10 kali awak unfriend saya." Tambah Firas selepas dibluetick tanpa jawapan. "Apa masalah awak ni Orked ?"


Orked is typing....


"Saya tak suka tengok awak komen-komen dengan kawan perempuan awak."

"Lagi satu....saya pun tak suka awak edit gambar awak dengan artis. Tak kisah laa walau edit semata pun."


Firas is typing...


"Orked..kawan je kot."

"Awak jeles yer ?"


Orked is typing...


"Memang saya jeles...saya sendiri takde pun komen-komen dengan lelaki lain. Takde pun saya suka upload gambar selfie minta dipuji."

"Jadi tak adil kan saya boleh jaga batas tapi awak tak.."


Firas is typing...


"Baiklah. Saya minta maaf. Saya tak komen dah dengan perempuan. Sekarang pun saya dah tak selfie dah kan ? Buka FB pun jarang.."


Bluetick.


Puas hati Orked meluah apa yang dia simpan sepanjang meng'unfiend'kan Firas sebanyak 5 kali sebelum ni. "Ada ke kata 10 kali. Nak perli aku laa tu..tahu pun dah banyak kali aku unfriend. Tapi tetap tak boleh fikir sendiri kenapa. Lelaki memang lembab cemni ke ?" Gumam Orked depan handphone.


"Orked...marah lagi ke ?" - Firas


Orked is typing...


"Ok. saya dah fikir untuk menjaga hati saya sendiri, yang saya tak akan friend awak dah. Jadi, suka hati awak laa nak komen-komen dengan kawan perempuan awk ke, nak upload gambar acah-acah sweet dengan mana-mana artis ke, nak selfie memancing like ke...terserah awak."

"Ye laa...saya tak ada hak nak halang awak berkawan dan buat apa yg awak suka. Kita tak ada ikatan pun kan ?"


Saja jer Orked cakap macam tu. Supaya Firas boleh fikir sendiri yang selama ni Orked sangat menjaga pergaulan dia dengan kawan lelaki lain selepas Orked serius dengan perhubungan mereka. Dan perempuan memang suka guna ayat "...kita tak ada ikatan pun kan ?" Ego. Dalam masa yang sama mengharap lelaki serius mengikat mereka.


Firas is typing....


"Orked...saya betul sayang awak."


Whatsapp Firas tidak berbalas. Dibiar bluetick. Orked sudah pun berlayar di lautan mimpi. Pelik. Senang pula tidur malam ni. Mungkin penat bergaduh dengan Firas sambil menekan keypad penuh emosi.


Penat kan gaduh ? Ha ha ha









x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, June 22, 2016

. Orked : Ali & Matahari .







Orked : Ali & Matahari








Sebelum dia kembali.

....

"U suka bunga apa Orked?"

Tanya Ali pada suatu petang sambil bersiar-siar menghilangkan lelah seharian bekerja.

"Bunga matahari !" Jerit Orked penuh teruja dihujung talian.

"Okey. Unik. Kenapa bunga matahari ? I ingat u suka orkid sempena nama u" Teka Ali berkira-kira bunga sesuai untuk melamar Orked nanti.

"Hmm...Sebab i tengok, bunga matahari tu ceria. I nak sesuatu yang ceria dan hepi."

"Patut la u macam bunga matahari. Ceria je." Tersenyum Ali mendengar realistiknya Orked menggambarkan si bunga matahari. Siapa yang tak mahu bahagia kan ? Detik hati Ali.

"I ceria sebab u Ali. U selalu ada." Sambung Orked.

"Orked...nanti bila i balik Malaysia, kita jumpa yer. I nak bahagiakan u pula. Selama ni asyik u je hepi kan i. I selalu buat u tak hepi." Ali sedar sejak dia diamanahkan papa menjaga projek di Dubai, masa dia terlalu terbatas.

"Eh. Jangan laa cakap macam tu. U message i pun, i dah rasa hepi sangat-sangat. U call, lagi i rasa hepi macam nak terbang tahu."


"U memang selalu over kan ? Ha ha. Ok. Bila selesai je urusan i kat dubai ni, kita pergi bercuti yer. Kita bertiga. Ammar, Ameer, u & i." Janji Ali. Dia sudah penat dengan kerja.

Waktu tu, Orked lah wanita paling bahagia. Hingga senyum pun singgah di bibir setiap lima saat. Ah over~

.......

Di awal perkenalan mereka, Ali selalu chipsmore. Setiap hari Orked mendongak langit intai celahan awan berharap Ali ada dalam kapal terbang sambil jerit "u...balik laa cepat ! ! ! Cepat ! ! ! Cepat ! ! !" Cepat tu macam banyak pula. Bergema kononnya. Padahal dalam hati je pun.

Tiap malam pula mengintai dada langit melihat bulan. Acah-acah romantik si Orked ni. Sambil menyumbang nyanyian sumbang lagu mereka "Terukir Di Bintang". Serius. Suara Orked memang buluh pun tidak rindu.

Dan tiba-tiba....pesanan masuk..

Ali : "Hai Orked !"
Orked : "Aliii ! ! ! rindu i tak ?"
Ali : "Rinduuuuu~"
Orked : "Ok. Banyak mana ?"
Ali : "Banyak macam gigi."
Orked : "Apa gigi pulak ?"
Ali : "Kikiki~"
Orked : "u ni buat i jatuh hati je."
Ali : "Takpe. I boleh ambil hati tu."
Orked : "Lepas tu ? u nak buat apa ? Pijak ? Koyak ? sampai hati u kan ?"
Ali : "huishhh...u ni think to far. Of course laa tak. I rebus jer. hihihi"
Orked : "Eiii...u...kejamnya."
Ali : "Alaa...Pastu I makan laa. Jadi darah daging I. Kikiki~"
Orked : "U niii...Kenapa gula-gula hantu sangat ni ?"
Ali : "Gula-gula hantu ?"
Orked : "Ye laa..sweet tapi seram."

Segala terpahat indah. Tak pernah Orked jumpa lelaki versi novel segala novel yang acah-acah romantik, kacak ala-ala prince charming, baik hati, low profile, dan blaa blaa blaa wujud di dunia nyata.

Bayangkan lah. Nak merajuk pun tak jadi.

.....

Hari ini.

Sudah 3 tahun Ali meninggalkan Orked. Orked masih lagi menanti bunga matahari dari Ali. Tidak kunjung tiba. Memang tidak berkunjung melainkan khabar menyatakan Ali telah kembali kepada Penciptanya.

Rupanya Ali sama saja dengan watak dalam novel. Sama-sama tidak wujud. Lama juga Orked ambil masa untuk menerima ketidakwujudan Ali.






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

. MyraEjart .



Assalamualaikum.

hai ! meh laa feeling dengan aku dengar lagu kat bawah ni.




Okey...sebenarnya lama aku ambil mood untuk menulis entry ni.

*perghh ayat stress gila*

.
.
.
.

bila minta dilepaskan sedangkan aku sayang hubungan itu. aku cuma rasa kita dah tak hepi. then aku terkesan sangat bila sorang perempuan ni tetiba muncul antara kau dan aku. komen status fb kau macam korang memang ada "sesuatu". then inbox aku cakap itu semua gurauan. siap nasihatkan aku umpama kau dangan dia memang rapat giler berkongsi masalah bersama. of coz laa aku akan fikir macam-macam. masing-masing jauh.

memang aku minta dilepaskan. aku rasa macam perlukan ruang. tapi kenapa yer kau boleh bagi janji yang kau akan datang kat aku suatu hari nanti jika masa tu aku tak ada sesiapa ? kau tak patut janji macam tu dekat aku. sebab aku tak benci kau.
serius bro..aku pegang janji kau. walaupun masa tu kita tak ada apa-apa dah, tapi janji kau tu aku pegang sampai....

sampai baru-baru ni aku ingat kita boleh balik macam dulu. tapi aku dapat tahu kau dengan perempuan tu. perempuan yang pernah nasihat aku pasal hubungan kita. sakit hati aku.
kenapa dia ? kalau perempuan lain mungkin aku tak sakit sangat. (kot)

sampai aku susah nak ambil keputusan untuk memilih orang lain dalam hati aku. bila aku memang sayang kau lagi dan aku ingat janji kau.

okey. memang aku salah tak selalu ada dengan kau. aku selalu dengan kawan-kawan aku (bak kata gf kau tu) gf kau tu laa yang selalu teman kau. dengar apa masalah kau semua. kira dia sangat memahami dan melengkapkan kekurangan yang kau rasa laa kan ? ok. aku minta maaf buat kau macam tu. dan terima kasih laa kat dia kerana menjaga kau dengan cinta.

masa aku minta dilepaskan, serius aku rasa kecewa. kecewa sebab tak dapat pertahankan cinta kita. aku rasa putus cinta walaupun aku yang memutuskan. dan lagi sekali aku rasa kecewa bila dapat tahu kau dangan dia. lama kot aku tunggu kau.

kalau kau baca luahan hati aku ni, aku minta maaf. maaf sebab aku sayangkan kau lagi dan maaf sebab aku benci gf kau tu.

.
.
.
.
.

aku kalau boleh, nak format memori otak aku dan diri aku dari segala yang berkaitan dengan kau. suka sangat flashback, throwback bagai. paling aku ingat, aku pernah bagi kau patung Smiley kuning masa kita mula couple dulu. aku tulis kat situ, kalau kita putus, aku nak balik Smiley tu. so....bak balik Smiley tu dengan katak purple yang aku sayang tu. bak balik ! !

biar laa buruk siku pun.




healing proses......


cepat-cepatlah aku tabah menghadapi dunia luar.
masuk minggu ke 3 dah aku mengasingkan diri.
berdiam tanpa menjelaskan alasan kat kawan baik aku.
melepaskan peluang kerja yang memang menanti aku.

terpaksa.
serabut.
tak fokus.
terfaktab gila hidup aku.



please wake me up ! ! !







x_589e5a1


(: Suka tak ? Komen sket :)

Sunday, June 19, 2016

:: Nostalgia Kad RAya ::











Assalamualaikum.

Izinkan aku......


Balingbelakang :: Dulu kan.. dua tiga hari sebelum cuti sekolah, pakat ramai-ramai beli kad raya kartun-kartun gittew. 
Pastu tukar-tukar dengan kawan sekelas. Tetibe kawan kelas sebelah yang tak kenal pun bagi kad raya. Menggunakan posmen karat dan menyampaikan kad raya beserta pesanan "weii...ada orang bagi hang kad raya. Dia suruh hang balas." 
Amboiii sangat kan perangai dia ? Siap suruh balas pulak tu. Macam "eh..dah laa tak kenal. Pastu paksa orang balas pulak." Haha~

Tak pasal-pasal naik sekolah, dah jadi kawan baik. The power of kad raya. 
Haha~ :D






Sekolah rendah time tu. Tulisan budak-budak sangat. so cute. Sejak dari tu, aku pun rajin bagi kawan-kawan kad raya. Memandangkan masa form 1 aku pindah Melaka, so keep in touch juga la dgn dorang berutus surat. Kau hado ? Kikikiki~

Lepas dah meningkat dewasa seiring dengan teknologi terkini ni, tak ada dah kad-kad raya ni. Sedih kan. Kad raya tu ada sentimental value kot.

Bila dah terjumpa balik se dua kepuk surat-surat dan kad-kad raya ni, cam rindu sangat zaman tak ada hp dulu. Walaupun kau gosip harini, makan minggu juga laa nak dapat feedback dan sempat basi cerita tu lalu dilupakan malah dimulakan pula kisah baru. Aduhainyer pun.

Ceritanya...aku nak kad raya. Malu laa terus terang cemni.

No. 1, Jalan Perawan 6/2,
Taman Bukit RAmbai,
75250 Melaka.

in case kalau kau nak bagi kad raya kat aku. err...err....err...emm...

emmkaybai~

*tutup muka dengan lappy*




Selamat Hari Raya.
*eh. awal lagi laa.*



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, June 17, 2016

:: Apa Khabar ? ::



Assalamualaikum.






Apa khabar laa semua bff aku sekarang. 
Rindu tapi aku perlukan "ruang" buat masa ni. 
Sebab orang lain, tetiba elak dorang sekali. Tak patut sangat. 

Boring on fb yang rata-rata aku tak kenal ni. 
Macam padan muka laa juga siapa suruh deactivate fb sana. 
Pastu delete whatsapp, off sim card pulak tu. 
Sebenarnya buat keputusan off sim card ni memang gila. 
Oh..semi gila laa kot. 
*fully gila tu kalau patahkan sim card terus.* 

Haha sangat. 

Dan ini memang.... #mempuntangpantingkanduniaku Walhal kalau keep in touch dengan my bff pun, takde laa rasa remuk perasaaan ni. 
Dah kenapa sengaja nak avoid semorang ni entah. 
Tetibe aku teringat cerita Suamiku Jatuh Dari Langit. 
Aku tunggu juga bila suami aku nak jatuh dari langit. 
Tapi yang jatuh cicak dua ekor kat depan aku ni. Ciskek betul.
 Time aku tengah penuh perasaan ni laa dia nak jatuh pun. 
Aku dah laa tak suka cicak. Hilang nyawa sesaat dua dibuatnya. 

Buat bakal suami aku, harap kau bukan spesis cicak yg acah-acah seprise nak jatuh depan aku. 
Tak suweet tahu ! Dah laa lambat jumpa aku. Sesat lagi ke tu ? Aku dah cakap jangan guna GPS.
 Guna je getaran tulang rusuk kau tu. Wahahaha~ 

Sebenarnya aku cerita apa ni ? 

emmkaybaii







Nota hati :: Sorry korang. susah nak explain kenapa aku buat semua ni
aku pun tak faham sebenarnya. huhuhu~
hopefully korang baik-baik sayang laa yer kat mana pun korang berada.



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

:: Lirik : Di Amaran Mama ::



Di Amaran Mama - Hazama







Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang

Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi

Tanpa aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku terbang pergi

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya



(:




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, June 14, 2016

:: Rubber Band ::









"Love is just like rubber band, 
if one leaves it hurts the other."




cinta adalah perjuangan antara dua hati.
sama-sama pertahankan.

putus asa antara kita,
tanda berakhirnya hubungan kita.



terima kasih cinta.


(:




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, June 13, 2016

:: Acah Review : HUSH 2016 ::



assalamualaikum.
izinkan aku acah-acah review cerita ini.


Hush 2016. 






Aku tengok cerita ni sebab kawan aku yang suggest. 
Kisah pasal sorang perempuan bisu dan pekak yang duduk sorang-sorang dalam hutan gamaknya.
Maddie ni penulis novel. dia tengah siapkan novel dia...
Cerita ni berlaku semalaman jer. 

*agak suspen ok* 

sebab dia bisu dan pekak. 
So, bayangkan macam mana dia survive dari lelaki psiko yang nak bunuh dia kat luar rumah. 


Part ni kawan Maddie ni punya laa ketuk pintu..Maddie kan pekak..mana dengar..
kena bunuh belakang dia je oiii...
ini lepas laki tu bunuh kawan Maddie.
dia masuk pastu amik phone Maddie kat dapur, snap gambar then send kat facetime yg link ke lappy Maddie.
giler tak seram.


Perghh~ ada part yang nak last tu, Maddie ni siap plan dalam otak (monolog dalam minda)
 segala strategi A B C..actly, macam tu juga laa dia buat masa tulis novel. 
Sediakan ending A B C then baru pilih. Aku memang teruja part tu. 
Part yg dia berkira-kira nak lari keluar tapi dia fikir segala kemungkinan yg bakal berlaku.

bijak si Maddie nie.
cantik pulak tu.

cumaaa.....

Bila tengok cerita Hush ni, aku macam nak marah je pempuan ni. 
Kau dah kenapa nak duduk sorang-sorang ? Tempat terpencil pulak tu. Haha~ 

bagi aku, kebanyakkan cerita yang pembunuh dia pakai topeng ni,
 memang menaikkan aura ketakutan dan keseraman dalam cerita tu.
tapi dalam cerita ni, cepat sangat lelaki psiko tu bukak topeng.

ni aku belanja thiller dia...




lepas tengok je movie ni, terus aku delete dari lappy.
walaupun best, memang tak laa aku nak ulang tayang.
kikiki


Sila laa tengok juga.
Pastu meh kongsi dengan aku pendapat kau. 

Daa~




psstttt ::: ekceli, aku kurius jugak aaa...
dok dalam hutan pun boleh dapat line internet. hmmm~



x_589e5a1




(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, June 8, 2016

:: I'm back..err..MAYBE.. ::


Assalamualaikum

errrr~

lepas bagi salam jer macam dah tak tahu nak taip apa.
serius dah lama mengabaikan belog ni.
memang banyak karat-karat kat belog.
SMS tepi ni pun baru je aku tukar yang baru.
agak gigih juga laa aku buat coding yang dah lama aku tinggalkan.
bukan belog je berkarat, skill aku dalam edit-edit pun dah berkarat.

kalau ikut last post aku, adalah pada tahun 2013.
sebenarnya ada post yang latest dari 2013 tu.
tapi rasa macam annoying jer.

2013 tu adalah tahun yang TENANG bagi aku.
tenang hati dan sibuk dengan aktiviti SKP (Sarung Kaki Project)
aku jumpa ramai sahabat yang baik, yang menaikkan semangat.
agak rugi sebab aku tak dapat nak simpan kenangan pada tahun tersebut dalam ni.

tengok laa....mungkin aku akan flashback, throwback ke apa ke...

aku nak aktif menulis blog balik.
nak jadikan blog sebagai satu tempat aku bercerita.
oh ya...sebut pasal tempat bercerita ni,
facepalm aku bila baca balik entah apa aku mengarut sepanjang aku berblog tahun-tahun sebelum ni. giler annoying !!!!!!!!

entry-entry tahun pertama aku ada blog,
gile gigih aku menaip tulisan guna huruf kecik besar kecik besar.
ya Allah...spesis alien juga aku ni.
bengong lahai...
pastu entah apa aku mengarut.
bila baca balik nak mual dibuatnya.

makanya....
aku draftkan segala posting sampah mengikut perasaan bagai tu.

kalau aku jumpa diri aku pada tahun 2010,
memang aku starlight dahi dia.
dah kenapa kau menjengkelkan camtu ?

oky laa...
dari tak tahu nak taip apa tadi, tetibe dah terpanjang gini.
haha~


jumpa lagi !





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)