. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, June 29, 2016

. Acah Review : Rosmoh Perempuan Puaka .


Rosmoh Perempuan Puaka. 








Mengikut sinopsis yang aku baca kat belakang buku ni, cerita ni pasal hantu purdah. Teringat laa aku masa sekolah rendah dulu heboh pasal hantu purdah naik kete kancil. Agak teruja bila nampak buku ni. Lalu aku pun beli. Kau pernah tak dengar pasal hantu purdah ni dulu ? seram kan ?

Kisah dia pasal sorang perempuan ni nama dia Rosmah, muka dia tak cantik macam adik dia Rahimah & Ramona. So dia memang rasa rendah diri dan selalu kena ejek. Walaupun dia tak cantik dan menarik...dia pandai dalam pelajaran. Memang harapan mak ayah dia laa untuk masuk Universiti. Dia pun beranggapan, biar muka tak cantik, kurang-kurang dia pandai bagi menampung kekurangan wajahnya.

Tapi....bila dia dah masuk Universiti, dia mula rasa nak orang pandang dia. Jadi dia pun senyap-senyap jumpa bomoh dan pakai susuk. Muka dia pun nampak berseri je sampai laa satu hari tu, dia langgar pantang. Kulit muka dia terus gatal-gatal, bernanah dan bau hanyir . Start dari situ lah dia dikenakan syarat untuk cari 44 orang anak dara dalam masa 44 hari bagi mengembalikan kecantikan wajah dia. Selepas dari muka dia mula hodoh tu juga laa dia mula pakai purdah untuk mengelakkan dari family & orang kampung nampak muka dia yg semakin teruk tu. 

Kebetulan kan masa dia mula pakai purdah, kecoh ada kematian anak dara kampung tu dan penampakkan kelibat perempuan berpurdah kat tempat kematian tu terjadi. Orang kampung pun tuduh Rosmah dalang disebalik kematian tu. Padahal si Rosmah ni belum pun lagi melaksanakan misi dia. Kau mesti tertanya-tanya kan siapa yang bunuh ?

Serius kesian kat si Rosmah ni. Actly dia pun tak sampai hati pun nak hisap darah anak dara. Sampai muka dia bertambah teruk dari hari ke hari. Bersungguh family dia pertahankan yang dia bukan hantu purdah. Tapi bila kawan baik adik dia yang jadi mangsa hantu tu, adik dia mula syak yang Rosmah ni memang hantu purdah. siap bongkar bilik  dia lagi. tapi tak ada bukti langsung.

Aku baca cerita ni tertanya-tanya gak, kisah ni betul terjadi ke ? Sebab ye laa..pernah kecoh kan dulu. Sampai memang takut lah nak keluar rumah lepas maghrib. 

Ok. Aku cuma ceritakan bab Rosmah jer. Rosmah ni actly macam bukan lah watak utama cerita ni. Sebab dia mati awal. Pastu kau akan rasa macam si Rosmah ni ada saka yang lepas kematian dia pun, hantu purdah tu tetap wujud dan anak dara kampung tu still jadi mangsa. 

Tak bagus baca cerita seram malam-malam. Boleh bawa ke dalam mimpi. Spoil betul. Dalam tidur pun nak stress. Huhu~ Oh ya. Antara sebab lain aku beli buku ni adalah tajuk dia yg agak kontroversi. Agaknya untuk kurangkan kontroversi, tu yang dia bagi tajuk ROSMOH kot. Kot laa. 

Hantu purdah ni nama lain dia kum kum sebab sebelum dia menerkam mangsa, dia cam sopan laa bagi salam..salam yang seram camni " Assalamualaikum kum kum...tumpang tanya..kat sini ada anak dara tak ?"
kalau kau kat depan dia, aje giler tak meremang buku roma weiii~






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. baru jer beli buku ni last week... tak sempat nak baca lagi...

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !