. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, June 22, 2016

. Orked : Ali & Matahari .







Orked : Ali & Matahari








Sebelum dia kembali.

....

"U suka bunga apa Orked?"

Tanya Ali pada suatu petang sambil bersiar-siar menghilangkan lelah seharian bekerja.

"Bunga matahari !" Jerit Orked penuh teruja dihujung talian.

"Okey. Unik. Kenapa bunga matahari ? I ingat u suka orkid sempena nama u" Teka Ali berkira-kira bunga sesuai untuk melamar Orked nanti.

"Hmm...Sebab i tengok, bunga matahari tu ceria. I nak sesuatu yang ceria dan hepi."

"Patut la u macam bunga matahari. Ceria je." Tersenyum Ali mendengar realistiknya Orked menggambarkan si bunga matahari. Siapa yang tak mahu bahagia kan ? Detik hati Ali.

"I ceria sebab u Ali. U selalu ada." Sambung Orked.

"Orked...nanti bila i balik Malaysia, kita jumpa yer. I nak bahagiakan u pula. Selama ni asyik u je hepi kan i. I selalu buat u tak hepi." Ali sedar sejak dia diamanahkan papa menjaga projek di Dubai, masa dia terlalu terbatas.

"Eh. Jangan laa cakap macam tu. U message i pun, i dah rasa hepi sangat-sangat. U call, lagi i rasa hepi macam nak terbang tahu."


"U memang selalu over kan ? Ha ha. Ok. Bila selesai je urusan i kat dubai ni, kita pergi bercuti yer. Kita bertiga. Ammar, Ameer, u & i." Janji Ali. Dia sudah penat dengan kerja.

Waktu tu, Orked lah wanita paling bahagia. Hingga senyum pun singgah di bibir setiap lima saat. Ah over~

.......

Di awal perkenalan mereka, Ali selalu chipsmore. Setiap hari Orked mendongak langit intai celahan awan berharap Ali ada dalam kapal terbang sambil jerit "u...balik laa cepat ! ! ! Cepat ! ! ! Cepat ! ! !" Cepat tu macam banyak pula. Bergema kononnya. Padahal dalam hati je pun.

Tiap malam pula mengintai dada langit melihat bulan. Acah-acah romantik si Orked ni. Sambil menyumbang nyanyian sumbang lagu mereka "Terukir Di Bintang". Serius. Suara Orked memang buluh pun tidak rindu.

Dan tiba-tiba....pesanan masuk..

Ali : "Hai Orked !"
Orked : "Aliii ! ! ! rindu i tak ?"
Ali : "Rinduuuuu~"
Orked : "Ok. Banyak mana ?"
Ali : "Banyak macam gigi."
Orked : "Apa gigi pulak ?"
Ali : "Kikiki~"
Orked : "u ni buat i jatuh hati je."
Ali : "Takpe. I boleh ambil hati tu."
Orked : "Lepas tu ? u nak buat apa ? Pijak ? Koyak ? sampai hati u kan ?"
Ali : "huishhh...u ni think to far. Of course laa tak. I rebus jer. hihihi"
Orked : "Eiii...u...kejamnya."
Ali : "Alaa...Pastu I makan laa. Jadi darah daging I. Kikiki~"
Orked : "U niii...Kenapa gula-gula hantu sangat ni ?"
Ali : "Gula-gula hantu ?"
Orked : "Ye laa..sweet tapi seram."

Segala terpahat indah. Tak pernah Orked jumpa lelaki versi novel segala novel yang acah-acah romantik, kacak ala-ala prince charming, baik hati, low profile, dan blaa blaa blaa wujud di dunia nyata.

Bayangkan lah. Nak merajuk pun tak jadi.

.....

Hari ini.

Sudah 3 tahun Ali meninggalkan Orked. Orked masih lagi menanti bunga matahari dari Ali. Tidak kunjung tiba. Memang tidak berkunjung melainkan khabar menyatakan Ali telah kembali kepada Penciptanya.

Rupanya Ali sama saja dengan watak dalam novel. Sama-sama tidak wujud. Lama juga Orked ambil masa untuk menerima ketidakwujudan Ali.






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

2 comments:

(^___^) / sAy sOmEtHing !