. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Friday, June 24, 2016

. Orked : Firas & Unfriend .





 Orked : Firas & Unfriend 







"Ewah-ewah....sakan eh berbalas komen dengan perempuan lain." Terketap ketap gigi Orked menahan geram. Entah geram atau cemburu atau bercampur aduk kedua-duanya.


Tanpa berfikir panjang, Orked menekan button 'Unfriend' untuk kali yang ke-6. "Padan muka ! Taknak kawan ! Huh~" marah betul Orked untuk kali ke-6. Aduhai~


Memang hobi Orked dimasa luang mencari pasal dengan aktiviti stalk. Dah tahu akan sakit hati, tapi gigih juga mencari pasal. Akhirnya insomnia akibat terlalu banyak berfikir. Maklum lah, waktu menjalankan aktiviti stalk ni lazimnya tengah malam sebelum tidur.


Beberapa hari kemudian...


"Kenapa awak remove saya dari friend awak ?" Tanya Firas meminta kepastian. "Masuk ni, dah 10 kali awak unfriend saya." Tambah Firas selepas dibluetick tanpa jawapan. "Apa masalah awak ni Orked ?"


Orked is typing....


"Saya tak suka tengok awak komen-komen dengan kawan perempuan awak."

"Lagi satu....saya pun tak suka awak edit gambar awak dengan artis. Tak kisah laa walau edit semata pun."


Firas is typing...


"Orked..kawan je kot."

"Awak jeles yer ?"


Orked is typing...


"Memang saya jeles...saya sendiri takde pun komen-komen dengan lelaki lain. Takde pun saya suka upload gambar selfie minta dipuji."

"Jadi tak adil kan saya boleh jaga batas tapi awak tak.."


Firas is typing...


"Baiklah. Saya minta maaf. Saya tak komen dah dengan perempuan. Sekarang pun saya dah tak selfie dah kan ? Buka FB pun jarang.."


Bluetick.


Puas hati Orked meluah apa yang dia simpan sepanjang meng'unfiend'kan Firas sebanyak 5 kali sebelum ni. "Ada ke kata 10 kali. Nak perli aku laa tu..tahu pun dah banyak kali aku unfriend. Tapi tetap tak boleh fikir sendiri kenapa. Lelaki memang lembab cemni ke ?" Gumam Orked depan handphone.


"Orked...marah lagi ke ?" - Firas


Orked is typing...


"Ok. saya dah fikir untuk menjaga hati saya sendiri, yang saya tak akan friend awak dah. Jadi, suka hati awak laa nak komen-komen dengan kawan perempuan awk ke, nak upload gambar acah-acah sweet dengan mana-mana artis ke, nak selfie memancing like ke...terserah awak."

"Ye laa...saya tak ada hak nak halang awak berkawan dan buat apa yg awak suka. Kita tak ada ikatan pun kan ?"


Saja jer Orked cakap macam tu. Supaya Firas boleh fikir sendiri yang selama ni Orked sangat menjaga pergaulan dia dengan kawan lelaki lain selepas Orked serius dengan perhubungan mereka. Dan perempuan memang suka guna ayat "...kita tak ada ikatan pun kan ?" Ego. Dalam masa yang sama mengharap lelaki serius mengikat mereka.


Firas is typing....


"Orked...saya betul sayang awak."


Whatsapp Firas tidak berbalas. Dibiar bluetick. Orked sudah pun berlayar di lautan mimpi. Pelik. Senang pula tidur malam ni. Mungkin penat bergaduh dengan Firas sambil menekan keypad penuh emosi.


Penat kan gaduh ? Ha ha ha









x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

2 comments:

  1. Datang singgah...Done follow ^^...Kalau rajin followback ye

    http://misskitty12.blogspot.com/

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !