. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, July 27, 2016

. WORDLESS WEDNESDAY : Ganti Pokemon GO ke Takeme GO ! .








kikikiki~
sabar je lah aku~







notahati : Take me and go !



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, July 25, 2016

. Longgokan Group Whatsapp .








hampir 2 minggu juga aku hidup tanpa seketul telefon bimbit.
bila dikenang balik, termakbul juga la apa yang aku pernah fikir "kan bagus kalau aku tak perlu hadap hp..." ya ! itu laa luahan perasaan masa dulu yang betul aku serabut dengan segala arahan dan report bagai dalam group whatsapp.

kelakar pula bila di ingat balik waktu tu. bayangkan la..sebelum mulakan shift kerja, kena snap gambar staf dan dihantar ke ws (whatsapp) group yang khas untuk setiap cawangan klinik. ini untuk lihat penampilan dan bukti kehadiran setiap staff. selain tu, kat situ juga adalah untuk menerima arahan dari pihak atasan. update vaksin pun dalam tu. if ada emergency case pun dalam tu.

hmmm....ini group yang paling seram bagi aku sebab ada big boss. kat sini report kedatangan staff dan doktor serta sebarang masalah terus ke group Assistant Supervisor. pernah typo weiii...memang mengelabah biawak aku masa tu. nasib tak jadi isu. kat group ni report mula dan akhir shift kena hantar. andai kata ada emergency case, contoh pesakit kena serangan jantung, baby sawan,..kes yang berat laa, ha...time ni laa report berjela nak menerangkan dari mula pesakit sampai sampai laa ambulance sampai. pastu kena follow up keadaan pesakit dan report semula dalam group. perghhh~ mencabar perasaan saat nak tekan button SENT tu.

and oh ya...sebelum tu, secara spesifik dan pantas tiap kali doktor sampai je kat klinik, kena hantar report di group whatsapp klinik yang terdiri ketua dan assistant setiap cawangan klinik iaitu yang nama Club jess tu. contoh "doktor abu dah sampai.." ha camtu..kat situ juga boleh laa gosip sikit.



ini laa antara group ws masa aku kerja dulu.


tak habis kat situ..ada lagi group ws untuk masalah maintenance. kena report setiap pagi. samada masalah di klinik mahupun di hostel. tak ada dalam gambar, group ws untuk siapa yang handle ubatan. kat situ segala report pasal ubat akan diupdate. dan setiap kali order ubat, kena report dalam tu. aku takde dalam group ni. sebab aku tak handle ubat. group HR pula, kat sini segala pertanyaan mengenai sistem klinik boleh ajukan dalam group ni. pasal fomema ke, pasal form ke, yang melibatkan HR la. 

of course juga laa ada group gosip antara staff sendiri kan ? Nurse Sentul Perdana tu ha..kat sini apa benda nak tanya kat supervisor ke, nak cari mana staff ke, nak suruh kejutkan kawan yang terlajak tido ke, nak suruh bawakan makanan ke..kat sini laa tempatnya. aku jarang interframe kat dalam ni. muak weiii tengok segala bagai group ni. Ada lagi sebenarnya tapi aku sendiri pun dah tak ingat group apa. 

tahap nak lempar je handphone masa ni. buat pengetahuan, aku ni jenis silentkan phone. selalu gak supervisor atau staff lain jerit kat aku suruh tengok phone, baru laa aku tengok phone. memandangkan aku assistant supervisor, jadi untuk ngelat tak bawa phone memang mencari nahas je la. aku tak pernah membayangkan aku akan jadi assistant supervisor sedangkan aku ni jenis banyak main dan tak serius. dalam kepala otak aku nak main jer. hahaha~
memang aku selesa jer tak ada jawatan penting. tapi itu laa....tetibe aku kena sandang jawatan ni lepas kawan aku resign.

ya syukur alhamdulillah. banyak benda aku belajar...err...terpaksa belajar sebenarnya. haha~
dari tak tahu, kepada tahu. dari benda aku elak, akhirnya terpaksa hadap. dari taknak tanggung hal-hal klinik, sekali hambik kau...tanggung segala waktu supervisor cuti. itu laa waktu paling stress. rasa taknak bagi supervisor aku cuti jer.

panjangnya cerita aku. pasal group whatsapp je pun.  ini sebenarnya cerita tahun lepas ni. maklum laa..waktu tengah bekerja mana ada masa aku nak update. kalau belek post aku sebelum ni, tak ada pun aku update entry pasal keje. sebab memang tak ada masa nak meluah.




ok. ini gugusan kunci hostel dan rumah sewa sepanjang aku bekerja.
gila banyak. kunci pintu hati awak je takde. ciaciacia~

last. gambar kat atas tu gambar view KLCC dari apartment aku tinggal dulu. ini paling aku rindu. setiap kali sebelum pergi kerja, mesti aku renung KLCC dan langit dari situ. kalau ada masalah atau stress, aku renung langit sambil berjejeran air mata. huhu~ banyak kenangan mengusik jiwa. nanti-nanti aku teringat, aku update la. 


terima kasih sudi baca cerita aku yang boring ni.
mesti kau menyesal. haha~



p/s :: group kerja je dah menimbun, belum group gosip mak jemah, group family, group PLKN, group entah apa-apa yang kau nak left group tapi risau orang kecik hati. haha~
akhirnya...phone rosak, settle semua !



Notahati :: Supervisor aku berkali ajak aku kerja balik . tapi aku.....entah. apa-apa pun, the best feeling adalah, walaupun kau dah pergi, orang still harap kau ada kat situ lagi. kira aku pekerja baik gak aaa kan. izinkan aku perasan. ;p



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, July 22, 2016

. Menetak Kelapa .



Assalamualaikum.

benda ni aku nak cerita dari semalam lagi sebenarnya.
tapi memandangkan aku dah tertidur awal, jadi kirim salam je laa.
tak penting mana pun cuma....

gigih gila kan orang dulu-dulu nak sedapkan masakan ?
mana nak pegi ambik air berbatu-batu jauhnya.
untung la kalau kat rumah ada perigi.
itu pun gigih juga nak menimba ke dasar perigi nun.
basuh baju pun kat sungai. manede mesin basuh bagai.

eh. tetibe air pulak.

sebenarnya aku nak cakap pasal kelapa.
ye laa...semalam aku tolong mak aku kopek kupas kelapa.
bapak aaaa susah.
aku karate berkali-kali non hado kulit dia nak terkopak.
takat terhiris pilu jer weh.

setelah berpuluh-puluh kali, berjejeran peluh membasahi dahi ku ini,
tangan pun hampir cream..kikiki~ (wicet sangat)
barulah nampak garisan untuk dirobek dikupas lalu ditarik sambil mengetap gigi.
perghhh~ dramatik !

kalau kau pernah buat, kau akan tahu camne rupanya.
mungkin sebab aku takde skill itu yang nampak gigih.
kahkahkah~

mula-mula mak aku pinjam benda alah ni kat jiran sebelah.
katanya makcik tu buat senang jer. just cucuk sekali pastu koyakkan jer.




sampai benda ni kat aku, melantun-lantun
takde nya dia nak terbenam kat kelapa tu.
akhirnya guna parang jer..
ada laa setengah jam nak kupas sebiji kelapa setelah dicampur
detik-detik terbuang guna benda kat atas tu.

aku membayangkan ex bf jer time tetak kelapa ni.
kat situ laa tenaga aku tetibe menyala-nyala.
hahahaha~

aku pernah nampak senjata ni kat rumah jiran paling hujung.
melihat makcik tu mengupas kelapa, mudah jer.




dapat kat aku nak try, yer..nak try baru...belum try lagi.
terasa seriau pulak.
jadi aku dok jer tepi dendiam.

dah habis sesi mengopek kelapa,
aku teringat dulu-dulu masa aku masih kecik.
mungkin dalam umur 3-4-5 tahun kot.
menangis melalak aku nak tolong mengkukur kelapa.
kalau kau pernah rasa la..

kau pernah jumpa tak menda ni ?

sebenarnya bukan nak tolong sangat.
dia lebih kepada feeling nak naik kuda.




camni laa rupa kukur kelapa.
sebelum diambil kelapa yang dah dikukur,
campur sedikit air dan diperah di bekas yang bertapis.
jadilah SANTAN !

bila dibayangkan orang dulu-dulu nak mendapatkan santan
menyedapkan perut dan tekak anak-beranak,
tak ke super gigih tu.
dulu mana laa ada peralatan canggih sangat nak kupas kelapa.
kudrat orang dulu-dulu memang la power rangers dibandingkan kudrat aku.

huhu~

ok. laa..
itu jer sebenarnya aku nak bebel.
cool juga kupas kelapa ni.
nanti boleh la cerita kat bakal mak mertua.
yang aku pandai kupas kelapa.
biar laa sehabis kudrat menjejes peluh pun.
asalkan pernah buat.



:D


emkaybai~


eh lupa pula.
bila dikenangkan perayaan Thaipusam yang dok pecahkan kelapa beribu lemon tu,
pilu sayu rasa hati ni mengenangkan kemain gigih aku nak kupas sebiji kelapa.
sesenang je deme membazirkan peluh aku yang menitis.

hmmm~






notahati :: aku sebenarnya nak upload gak gambar aku masa kecik yang feeling menunggang kuda tu. tapi phone aku rosak nak ditransfer ke sini. jadi korang bayangkan je laa. budak kecik yg comel bertocang dua tengah tersengih duduk atas pengkukur acah rajin membantu ibu didapur.





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, July 20, 2016

. Ulam Lover .






pagi tadi...


"kakak..bunga ros tu ada sekuntum. amik laa makan dengan nasi goreng." kata mak.
"hah ? bunga ros ?" tanya aku balik buat-buat terperanjat sambil hati-hati memetik dan cium bunga ros tu. 
"akak kan suka makan benda macam tu." balas mak macam perli.
"hahaha" 

aku pernah baca pasal orang makan bunga ros.
bagi aku terlalu wangi dan cantik untuk dimakan.
tapi...itu laa....


why not kita try.


camni laa bunga ros dipetik aku - ihsan google


aku pun basuh dan tabur dalam pinggan nasi goreng.
serius. cantik pulak. hahaha~


rasa agak kelat. tapi oky laa..rasa nak lagi..
aku suka makan ulam. paling suka Ulam Raja.
feeling princess sangat bila makan.
*tak ada kena mengena*


lagi satu kegemaran aku adalah Sireh Cina.
ya Allah. crunchy gais~
buat salad memang perghhh.
apatah lagi bila goreng.

ha ! ini laa - ihsan google


jangan cakap korang tak pernah jumpa.
ada jer tumbuhan ni kat tepi-tepi jalan.
nama lain dia Ketumpang Air.
rasa dia lil bit macam sireh.
just nais gais.

u should try !





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, July 19, 2016

. Sekadar Meluah Rasa .






Kalau dulu, aku ada perancangan, ada visi dan misi.
Sekarang semua aku dah letak tepi. tak cukup dengan itu, aku tolak lagi bagi jauh.
hahaha~

Nak kata aku putus asa, mungkin juga.
aku rasa penat. Aku nak berhenti sekejap.
tapi bila dah berhenti ni, nak bangkit balik rasa berat pula.
mungkin dah gemuk.

eh !

bila rasa perlukan nasihat ni, ada dua ketul kecintaan jer yang aku tuju.
Serinna dan Hani. Dua orang wanita solehah yang tak pernah kata-katanya tak menyentuh jiwa dan hati aku. Butir bicara penuh lembut dan sopan tapi cukup memberi rasa yang sangat dalam.

Bukan tak ada kawan yang lain, cuma dua ketul ni yang paling kuat kimia dia dengan diri aku.
entah. kadang rasa seperti banyak persamaan antara kami.
jadi bila bercerita tu cepat bergaul sebati tanpa perlu gigih fahami.







berjurai air mata tu biasa.
lepas tu terus rasa ringan.

kebiasaan bila berjumpa, belum berpisah dah rasa rindu.
taknak lepas kalau boleh. nak bawa balik masuk dalam handbag.

mujur tak muat.

andai diorang ni lelaki, dah lama ajak kawen.

hahaha~

:D






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Thursday, July 14, 2016

. Babysitter Itu Aku .




Assalamualaikum.

hai !

sejak menyandang jawatan babysitter yang comel ni, (puji diri sendiri)
secara tak langsung dengan aku-aku sekali terjebak melayan si Tobot, si CJ7, si Maruko, si Robocar Poli, si Upin Ipin, si Boboiboi, si Otomen....blablabla...pakej menyanyi lagu tema lagi hoi !


selamat berkenalan lah kawan-kawan baru !
mujur korang comel macam aku.


:p



paling aku febret si Ribbits. 




jatuh cinta pandang pertama aku dibuatnya. dia macam cerita ala-ala tak bersuara Oggy And Cockroaches (perghh..gigih aku google nak eja menatang nih) selain sengal-sengal ubi, dia comel gila oii...benda menatang gigi dua batang ni walaupun nakal. comel ! comel ! comel !
*sambil tarik pipi sendiri*

EH.
*kikiki~*

selain tu aku dah dapat balik skill yang lama tumpul. maklum laa...lama tak menetap dirumah mak abah. fyi, mak aku ni jaga anak Abang Cik aku, jadi sepanjang aku kat rumah ni, TERmengulangkaji lah aku segala skill bancuh susu, basuh popo shishi, mandikan budak, tak lama lagi mungkin kena handle baby pulak. fyi lagi, Abang Cik aku bakal menimang cahaya mata ke-3. hepi kan ? 

mak aku dah mula runsing memikirkan camne gaya dan kekdahnya nak jaga baby. "Siapa kak nak jaga baby nanti ?" luah mak aku. Aku kata "lambat lagi la mak. tak payah laa fikir." gitu laa mak aku. memang hobi dia berfikir sampai gastrik. hewhewhew~
tapi ye laa....selain aku ada, no worries laa..inshaAllah aku boleh handle *flip hair *. sia-sia laa aku ada nursing skill kalau tak boleh aplikasikan di kehidupan sebenar. khennn ? ha...yakin gittew~ belagak pulak tu.

nak tunggu anak sendiri tu agak bayang ayahnya pun memang tak kelihatan dipandangan kasar, jadi aku mengasuh je laa anak orang. bagus untuk belajar erti kesabaran, kecekalan dan keibubapaan. entah apa aku merepek ni.

Abang Ude aku pun bakal menimang cahaya mata ke-3, dia siap kata ke aku "Nanti balik KL, jaga baby.." tersengih aku sambil anggap ia gurauan semata. duduk rumah dia boleh buat aku kemurungan. kejiranan yang tak friendly buat hal memasing walaupun persekitaran sangat lah tenang dan mendamaikan jiwa dan raga namun ia tidak bersesuaian dengan diri aku disamping susah nak dapat public transport bagi aku yang cintakan public transport untuk kemana-mana ni adalah bukan keputusan yang bijak untuk aku kembali kesana. 

ok. satu nafas aku menaip. 

oh ya. selepas aku secara tak rasmi jadi babysitter ni, baru aku fahami isi hati ibu-ibu diluar sana akan erti insecure bila mana kau nak mandi, tapi risau entah macam mana anak kat luar tu kalau mandi lama-lama. jadi kau yang dulu zaman anak dara kemain lama bersiram dalam bilik air dah jadi mandi koboi je lepas kahwin. kadang tu nak popo, nak shishi pun tak senang. 

pastu bab masak pulak. tak tenang nak masak jiwa raga ni kejap-kejap jengah anak tengah buat apa. kalau tido alhamdulillah lah perasaan tu. sepantas kilat lah kau kena settle kerja rumah. tak boleh dah nak berangan sambil buat kerja rumah macam zaman kau bujang dulu. kena anak meragam melalak taknak duduk nak mengendong je keje dia, memang tak masak lah kot.

hermmm~

eh ! rasa tak ? ?
tetiba meresap jiwa keibuan ni dalam diri aku.


wahahahaha~
mengadanya.


emkaybai~





notahati :: sayang, u jangan risau. i tengah gigih praktis jaga anak kita nanti.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, July 13, 2016

. Selamat Hari Raya .



Assalamualaikum.

:)

menaipnya aku disini adalah untuk mengucapkan....








ini sahaja gambar raya aku.
bersama anak buah bertudung merah mak ngah.
nampak sebaya bukan ? kah kah kah.

untuk tahun ni,
aku memang tak ada persiapan apa.
baju raya pun rembat je mana-mana yang tergantung dalam almari.
biasa laa...single mingle cemni tak ada feel sangat pun nak raya.
lebih-lebih lagi jiwa aku tengah hilang.

fasa menyendiri, terasing dan.....entah

*tetibe macam sendu pulak di entry hari raya. huhu~*




ok lah !



SELAMAT HARI LEBARAN ! ! !



Feel raya tu memang mati sekejap bila kau single,
nanti bila kau dah berkahwin, inshaAllah mula membara.
dan terus membara bila kau dah ada anak-anak-anak.

maklum laa...
bila dah berpasangan, kau dah start fikir nak sedondon warna apa,
shopping kat mana, kuih raya nak buat ke nak tunjuk,
baru macam hidup kau huru hara ria riang di hari raya.


khennn ?

emkaybai~




notahati :: harap tahun depan aku raya bersama senyawa suami disisi. oii doakan !




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, July 12, 2016

. Derma Darah .







Derma darah.

Aku suka derma darah. Ada rasa kepuasan dan semangat baru bila derma darah. Teringat kali terakhir aku derma darah tahun lepas.

.
.
.
.

Malam sebelum tu aku dah plan dengan roomate nak g jalan-jalan lepas aku derma darah. So, aku pun tido awal la acah nak dapatkan rehat secukupnya. Ececey sangat.

Esok pagi tu, aku pun excited siap-siap. Sebelum keluar rumah, capai 2 bar coklat dan turun. Makan dalam lif. Dah sampai kat dewan, timbang berat pastu check BP. Dokter tu pun tanya "dah makan ke ?" Aku dengan sure tak sure pun jawab "dah." Sambil sedekah senyum. "Makan apa ?" Tanya dokter tu lagi. "Ermm..cokelat." Jawab aku pelan (pelan sebab aku rasa serba salah jer makan coklat). Dalam hati aku macam "kena makan ke ?" Pastu dokter tu pun "oh makan kuetiaw." Agak terpinga-pinga dengan respond dokter tu. Memandangkan aku pun sarapan entah apa-apa, makanya aku lantakkan je sambil tersengih.

"Lambat sikit...banyak kali derma kan ?" Tanya dokter dengan mata tertancap kat skrin laptop menunggu maklumat aku dibaca dalam sistem. Aku iya kan. Dalam masa yang sama aku dah start risau. Sebab aku makan coklat je. Puas aku flashback dulu-dulu aku derma darah, aku makan dulu ke tak ? Tapi tak timbul-timbul ingatan aku.

Akhirnya...aku pun redha baring dan sua lengan untuk dicucuk. Entah kenapa aku rasa ini baru 1st time aku nampak nurse tu bius dulu sebelum dia insert jarum yg bapak aaa besar. Sebelum ni macam ni ke ? Aku pun tak ingat dah. Padahal 2-3 kali dah derma darah. Seriau gak tengok jarum tu. Selama ni aku enjoy je cucuk pesakit. Siap hihihi kan lagi. Kali ni aku yang dicucuk, berhuhuhu lah aku dalam hati.


gambar google.


Lepas dah siap, aku pun bangun amik air dgn roti. Aku duduk kat sebelah roomate aku dan makan. Tak lama tu, aku dah rasa pelik. Macam mual, sakit perut pastu paling tak boleh blah rasa badan aku tak ada darah. Macam ada raksasa dah sedut darah aku lalu aku jadi lesu. (ok. imaginasi terlampau) Kawan aku cakap aku pucat, aku masih lagi senyum-senyum tak ada perasaan.

Disebabkan aku sakit perut dan agak loya, aku minta diri pegi tandas kejap. Sebenarnya tak kejap pun. Agak lama gak aaa..aku siap cari posisi selesa untuk rehatkan diri. Pejam mata kawal pernafasan. Pujuk diri siap tau. "Aku okey ni...okey.." Pejam mata bayang yang indah-indah. Hahaha :D
Dah oky sikit, aku pun keluar. Kawan aku risau sebab aku lama dalam tu. Aku tanya dia, nampak pucat lagi ke ? (nampak tak betapa gagah nak pegi jalan-jalan.) Dia cakap aku pucat. Suruh aku naik rumah je rehat.

Aku pun pasrah je laa tak dapat shopping. Sia-sia je berangan bagai semalam. Huhu

masa dalam lif, aku dah peluk dinding tu dah untuk menstatikkan diri jangan goyang. Sambil tu berdoa supaya cepat laa sampai rumah..aku dah macam tak ada darah dah ni. Bakal mereput perasaan masa tu. Real punya mereput tau. Macam seketul pepejal yang nak mencair pun iya gak.

Sampai je rumah, aku terus bukak tudung, stokin, lalu hempaskan badan ke tilam. Oh sebelum tu sempat lagi order makanan kat member. Dan aku pun pengsan. Errr....tak. Tak. Cuma tidur jer.

Petang baru aku terjaga. Makan dan menceritakan detik-detik mendebarkan kat housemate aku yang lain. Kata dorang, "padan muka siapa suruh tak makan." Aku gelak je lah. Pelik juga sebab tak makan ke aku jadi hypo camtu ? tapi aku memang lepas period juga. tapi......entah.

Syukur aku masih seketul aku. Ingat nak melayang dah nyawa ni. Derma darah je pun. Over betul. Apa yang penting, aku dapat rasa perasaan pesakit yang hypo, yang nak pengsan tu. Ye laa...memang aku pernah nak rasa apa perasaan nak pengsan tu. Akhirnya impian tu tercapai juga. Hahaha~

Dahsyat gak kan ?

simpati aku kat orang yang pernah pengsan.

Aku dengar kawan aku cakap "Nak pengsan pun masih boleh gelak-gelak lagi." Sebelum aku pegi tandas tu.

hahaha~





"saat kau paling lemah, gelak/senyum tu la perisai buat kau tetap nampak gagah."



ok. untuk maklumat lanjut pasal DERMA DARAH ni,
sila rujuk ----> DISINI.

Sila laa menderma darah.
Kau boleh menyelamatkan nyawa orang hanya menderma darah jer ok !
BE A HERO gaiss~





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, July 1, 2016

. Orked : Dah bayar zakat ke ? .




Orked : Dah bayar zakat ke ? 







Dua hari menjelang Hari Lebaran.



Uncle G : Hai Orked. Bila sampai ?
Orked : Baru je tadi Uncle. Uncle dari mana ni ?
Uncle G : Uncle tu dari masjid. Bayar zakat. Kamu dah bayar ke ?
Orked : Errr...Dah ! 



OMG ! 




Semalam....Lepas balik dari Republic yang gila sesak sardin punya orang, dah singgah masjid dah. Tapi......



Orked : Assalamualaikum. Kakak...kat mana yer saya nak bayar zakat ?
Kakak : Wa'alaikumussalam. oh..nak bayar zakat tu kat meja hujung sana. tapi orangnya solat kot.
Orked : Ingat kat sini. hihi~
Kakak : Oh. tak..ni kalau adik nak derma untuk anak yatim boleh laa masuk kan duit kat tabung ni.
Orked : Okey kak..Terima kasih tau.



Masukkan sedekah dan...



Orked : Alaa...Haniiii....
Hani : Kenapa tak cakap..B baru je bayar. Kalau tak boleh minta tolong B bayar kan.
Orked : Tak pe laa..Sempat lagi ni nanti.
Hani : Jom tunggu B kat kereta.




Tersentak peristiwa semalam...

Mati aku...Patutnya semalam aku dah bayar. 
Macam mana aku boleh lupa ni ? 
OMG ! OMG ! OMG !




Ting ! ok !




Orked is typing....




Orked : Hai Man ! Buat apa tu ? 
Orked : Dah bayar zakat ?

Man : Hai Orked !
Man : Baru je lepas bayar ni.
Man : Kenapa ?

Orked : Laa...ye ke...huhu~
Orked : Sebenarnya i baru nak minta tolong u bayarkan untuk i.
Orked : :) :) :)

Man : Oh ye ke..Takpe...i boleh bayarkan. 

Orked : Really ??? tak menyusahkan u ke ?
Orked : Sorry tau buat u susah. Nanti let me know how much.
Orked : i transfer kat u.

Man : No big deal la Orked.
Man : Tahun depan i bayarkan untuk u lagi. 

Orked : Amboi...sound lain macam je tu.

Man : Haha~ 





Settle ! 


Buat malu je minta orang tolong bayarkan. Aduhai.
but..so sweet kan ?


*EH !*







x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)