. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Thursday, July 14, 2016

. Babysitter Itu Aku .




Assalamualaikum.

hai !

sejak menyandang jawatan babysitter yang comel ni, (puji diri sendiri)
secara tak langsung dengan aku-aku sekali terjebak melayan si Tobot, si CJ7, si Maruko, si Robocar Poli, si Upin Ipin, si Boboiboi, si Otomen....blablabla...pakej menyanyi lagu tema lagi hoi !


selamat berkenalan lah kawan-kawan baru !
mujur korang comel macam aku.


:p



paling aku febret si Ribbits. 




jatuh cinta pandang pertama aku dibuatnya. dia macam cerita ala-ala tak bersuara Oggy And Cockroaches (perghh..gigih aku google nak eja menatang nih) selain sengal-sengal ubi, dia comel gila oii...benda menatang gigi dua batang ni walaupun nakal. comel ! comel ! comel !
*sambil tarik pipi sendiri*

EH.
*kikiki~*

selain tu aku dah dapat balik skill yang lama tumpul. maklum laa...lama tak menetap dirumah mak abah. fyi, mak aku ni jaga anak Abang Cik aku, jadi sepanjang aku kat rumah ni, TERmengulangkaji lah aku segala skill bancuh susu, basuh popo shishi, mandikan budak, tak lama lagi mungkin kena handle baby pulak. fyi lagi, Abang Cik aku bakal menimang cahaya mata ke-3. hepi kan ? 

mak aku dah mula runsing memikirkan camne gaya dan kekdahnya nak jaga baby. "Siapa kak nak jaga baby nanti ?" luah mak aku. Aku kata "lambat lagi la mak. tak payah laa fikir." gitu laa mak aku. memang hobi dia berfikir sampai gastrik. hewhewhew~
tapi ye laa....selain aku ada, no worries laa..inshaAllah aku boleh handle *flip hair *. sia-sia laa aku ada nursing skill kalau tak boleh aplikasikan di kehidupan sebenar. khennn ? ha...yakin gittew~ belagak pulak tu.

nak tunggu anak sendiri tu agak bayang ayahnya pun memang tak kelihatan dipandangan kasar, jadi aku mengasuh je laa anak orang. bagus untuk belajar erti kesabaran, kecekalan dan keibubapaan. entah apa aku merepek ni.

Abang Ude aku pun bakal menimang cahaya mata ke-3, dia siap kata ke aku "Nanti balik KL, jaga baby.." tersengih aku sambil anggap ia gurauan semata. duduk rumah dia boleh buat aku kemurungan. kejiranan yang tak friendly buat hal memasing walaupun persekitaran sangat lah tenang dan mendamaikan jiwa dan raga namun ia tidak bersesuaian dengan diri aku disamping susah nak dapat public transport bagi aku yang cintakan public transport untuk kemana-mana ni adalah bukan keputusan yang bijak untuk aku kembali kesana. 

ok. satu nafas aku menaip. 

oh ya. selepas aku secara tak rasmi jadi babysitter ni, baru aku fahami isi hati ibu-ibu diluar sana akan erti insecure bila mana kau nak mandi, tapi risau entah macam mana anak kat luar tu kalau mandi lama-lama. jadi kau yang dulu zaman anak dara kemain lama bersiram dalam bilik air dah jadi mandi koboi je lepas kahwin. kadang tu nak popo, nak shishi pun tak senang. 

pastu bab masak pulak. tak tenang nak masak jiwa raga ni kejap-kejap jengah anak tengah buat apa. kalau tido alhamdulillah lah perasaan tu. sepantas kilat lah kau kena settle kerja rumah. tak boleh dah nak berangan sambil buat kerja rumah macam zaman kau bujang dulu. kena anak meragam melalak taknak duduk nak mengendong je keje dia, memang tak masak lah kot.

hermmm~

eh ! rasa tak ? ?
tetiba meresap jiwa keibuan ni dalam diri aku.


wahahahaha~
mengadanya.


emkaybai~





notahati :: sayang, u jangan risau. i tengah gigih praktis jaga anak kita nanti.


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. Hehehe.. Nota kecil tu comel. Berlatih ye jaga baby.. Senang nanti dah ada pengalaman 😁

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !