. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Tuesday, July 12, 2016

. Derma Darah .







Derma darah.

Aku suka derma darah. Ada rasa kepuasan dan semangat baru bila derma darah. Teringat kali terakhir aku derma darah tahun lepas.

.
.
.
.

Malam sebelum tu aku dah plan dengan roomate nak g jalan-jalan lepas aku derma darah. So, aku pun tido awal la acah nak dapatkan rehat secukupnya. Ececey sangat.

Esok pagi tu, aku pun excited siap-siap. Sebelum keluar rumah, capai 2 bar coklat dan turun. Makan dalam lif. Dah sampai kat dewan, timbang berat pastu check BP. Dokter tu pun tanya "dah makan ke ?" Aku dengan sure tak sure pun jawab "dah." Sambil sedekah senyum. "Makan apa ?" Tanya dokter tu lagi. "Ermm..cokelat." Jawab aku pelan (pelan sebab aku rasa serba salah jer makan coklat). Dalam hati aku macam "kena makan ke ?" Pastu dokter tu pun "oh makan kuetiaw." Agak terpinga-pinga dengan respond dokter tu. Memandangkan aku pun sarapan entah apa-apa, makanya aku lantakkan je sambil tersengih.

"Lambat sikit...banyak kali derma kan ?" Tanya dokter dengan mata tertancap kat skrin laptop menunggu maklumat aku dibaca dalam sistem. Aku iya kan. Dalam masa yang sama aku dah start risau. Sebab aku makan coklat je. Puas aku flashback dulu-dulu aku derma darah, aku makan dulu ke tak ? Tapi tak timbul-timbul ingatan aku.

Akhirnya...aku pun redha baring dan sua lengan untuk dicucuk. Entah kenapa aku rasa ini baru 1st time aku nampak nurse tu bius dulu sebelum dia insert jarum yg bapak aaa besar. Sebelum ni macam ni ke ? Aku pun tak ingat dah. Padahal 2-3 kali dah derma darah. Seriau gak tengok jarum tu. Selama ni aku enjoy je cucuk pesakit. Siap hihihi kan lagi. Kali ni aku yang dicucuk, berhuhuhu lah aku dalam hati.


gambar google.


Lepas dah siap, aku pun bangun amik air dgn roti. Aku duduk kat sebelah roomate aku dan makan. Tak lama tu, aku dah rasa pelik. Macam mual, sakit perut pastu paling tak boleh blah rasa badan aku tak ada darah. Macam ada raksasa dah sedut darah aku lalu aku jadi lesu. (ok. imaginasi terlampau) Kawan aku cakap aku pucat, aku masih lagi senyum-senyum tak ada perasaan.

Disebabkan aku sakit perut dan agak loya, aku minta diri pegi tandas kejap. Sebenarnya tak kejap pun. Agak lama gak aaa..aku siap cari posisi selesa untuk rehatkan diri. Pejam mata kawal pernafasan. Pujuk diri siap tau. "Aku okey ni...okey.." Pejam mata bayang yang indah-indah. Hahaha :D
Dah oky sikit, aku pun keluar. Kawan aku risau sebab aku lama dalam tu. Aku tanya dia, nampak pucat lagi ke ? (nampak tak betapa gagah nak pegi jalan-jalan.) Dia cakap aku pucat. Suruh aku naik rumah je rehat.

Aku pun pasrah je laa tak dapat shopping. Sia-sia je berangan bagai semalam. Huhu

masa dalam lif, aku dah peluk dinding tu dah untuk menstatikkan diri jangan goyang. Sambil tu berdoa supaya cepat laa sampai rumah..aku dah macam tak ada darah dah ni. Bakal mereput perasaan masa tu. Real punya mereput tau. Macam seketul pepejal yang nak mencair pun iya gak.

Sampai je rumah, aku terus bukak tudung, stokin, lalu hempaskan badan ke tilam. Oh sebelum tu sempat lagi order makanan kat member. Dan aku pun pengsan. Errr....tak. Tak. Cuma tidur jer.

Petang baru aku terjaga. Makan dan menceritakan detik-detik mendebarkan kat housemate aku yang lain. Kata dorang, "padan muka siapa suruh tak makan." Aku gelak je lah. Pelik juga sebab tak makan ke aku jadi hypo camtu ? tapi aku memang lepas period juga. tapi......entah.

Syukur aku masih seketul aku. Ingat nak melayang dah nyawa ni. Derma darah je pun. Over betul. Apa yang penting, aku dapat rasa perasaan pesakit yang hypo, yang nak pengsan tu. Ye laa...memang aku pernah nak rasa apa perasaan nak pengsan tu. Akhirnya impian tu tercapai juga. Hahaha~

Dahsyat gak kan ?

simpati aku kat orang yang pernah pengsan.

Aku dengar kawan aku cakap "Nak pengsan pun masih boleh gelak-gelak lagi." Sebelum aku pegi tandas tu.

hahaha~





"saat kau paling lemah, gelak/senyum tu la perisai buat kau tetap nampak gagah."



ok. untuk maklumat lanjut pasal DERMA DARAH ni,
sila rujuk ----> DISINI.

Sila laa menderma darah.
Kau boleh menyelamatkan nyawa orang hanya menderma darah jer ok !
BE A HERO gaiss~





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. Hehe. Siqah pun suka derma darah juga. Mula2 tue takut. Tapi lepas dah derma sekali, rasa seronok pula. Bukan sakit pun. Alhamdullilah. Tak pernah lagi nak pengsan lepas derma haa. Pasni kena makan tau before derma darah :)

    Betul tu. Kita boleh jadi hero dan doktor bila derma darah. Menyelamatkan pesakit dan membantu orang yang memerlukan. Amin..

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !