. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Monday, July 25, 2016

. Longgokan Group Whatsapp .








hampir 2 minggu juga aku hidup tanpa seketul telefon bimbit.
bila dikenang balik, termakbul juga la apa yang aku pernah fikir "kan bagus kalau aku tak perlu hadap hp..." ya ! itu laa luahan perasaan masa dulu yang betul aku serabut dengan segala arahan dan report bagai dalam group whatsapp.

kelakar pula bila di ingat balik waktu tu. bayangkan la..sebelum mulakan shift kerja, kena snap gambar staf dan dihantar ke ws (whatsapp) group yang khas untuk setiap cawangan klinik. ini untuk lihat penampilan dan bukti kehadiran setiap staff. selain tu, kat situ juga adalah untuk menerima arahan dari pihak atasan. update vaksin pun dalam tu. if ada emergency case pun dalam tu.

hmmm....ini group yang paling seram bagi aku sebab ada big boss. kat sini report kedatangan staff dan doktor serta sebarang masalah terus ke group Assistant Supervisor. pernah typo weiii...memang mengelabah biawak aku masa tu. nasib tak jadi isu. kat group ni report mula dan akhir shift kena hantar. andai kata ada emergency case, contoh pesakit kena serangan jantung, baby sawan,..kes yang berat laa, ha...time ni laa report berjela nak menerangkan dari mula pesakit sampai sampai laa ambulance sampai. pastu kena follow up keadaan pesakit dan report semula dalam group. perghhh~ mencabar perasaan saat nak tekan button SENT tu.

and oh ya...sebelum tu, secara spesifik dan pantas tiap kali doktor sampai je kat klinik, kena hantar report di group whatsapp klinik yang terdiri ketua dan assistant setiap cawangan klinik iaitu yang nama Club jess tu. contoh "doktor abu dah sampai.." ha camtu..kat situ juga boleh laa gosip sikit.



ini laa antara group ws masa aku kerja dulu.


tak habis kat situ..ada lagi group ws untuk masalah maintenance. kena report setiap pagi. samada masalah di klinik mahupun di hostel. tak ada dalam gambar, group ws untuk siapa yang handle ubatan. kat situ segala report pasal ubat akan diupdate. dan setiap kali order ubat, kena report dalam tu. aku takde dalam group ni. sebab aku tak handle ubat. group HR pula, kat sini segala pertanyaan mengenai sistem klinik boleh ajukan dalam group ni. pasal fomema ke, pasal form ke, yang melibatkan HR la. 

of course juga laa ada group gosip antara staff sendiri kan ? Nurse Sentul Perdana tu ha..kat sini apa benda nak tanya kat supervisor ke, nak cari mana staff ke, nak suruh kejutkan kawan yang terlajak tido ke, nak suruh bawakan makanan ke..kat sini laa tempatnya. aku jarang interframe kat dalam ni. muak weiii tengok segala bagai group ni. Ada lagi sebenarnya tapi aku sendiri pun dah tak ingat group apa. 

tahap nak lempar je handphone masa ni. buat pengetahuan, aku ni jenis silentkan phone. selalu gak supervisor atau staff lain jerit kat aku suruh tengok phone, baru laa aku tengok phone. memandangkan aku assistant supervisor, jadi untuk ngelat tak bawa phone memang mencari nahas je la. aku tak pernah membayangkan aku akan jadi assistant supervisor sedangkan aku ni jenis banyak main dan tak serius. dalam kepala otak aku nak main jer. hahaha~
memang aku selesa jer tak ada jawatan penting. tapi itu laa....tetibe aku kena sandang jawatan ni lepas kawan aku resign.

ya syukur alhamdulillah. banyak benda aku belajar...err...terpaksa belajar sebenarnya. haha~
dari tak tahu, kepada tahu. dari benda aku elak, akhirnya terpaksa hadap. dari taknak tanggung hal-hal klinik, sekali hambik kau...tanggung segala waktu supervisor cuti. itu laa waktu paling stress. rasa taknak bagi supervisor aku cuti jer.

panjangnya cerita aku. pasal group whatsapp je pun.  ini sebenarnya cerita tahun lepas ni. maklum laa..waktu tengah bekerja mana ada masa aku nak update. kalau belek post aku sebelum ni, tak ada pun aku update entry pasal keje. sebab memang tak ada masa nak meluah.




ok. ini gugusan kunci hostel dan rumah sewa sepanjang aku bekerja.
gila banyak. kunci pintu hati awak je takde. ciaciacia~

last. gambar kat atas tu gambar view KLCC dari apartment aku tinggal dulu. ini paling aku rindu. setiap kali sebelum pergi kerja, mesti aku renung KLCC dan langit dari situ. kalau ada masalah atau stress, aku renung langit sambil berjejeran air mata. huhu~ banyak kenangan mengusik jiwa. nanti-nanti aku teringat, aku update la. 


terima kasih sudi baca cerita aku yang boring ni.
mesti kau menyesal. haha~



p/s :: group kerja je dah menimbun, belum group gosip mak jemah, group family, group PLKN, group entah apa-apa yang kau nak left group tapi risau orang kecik hati. haha~
akhirnya...phone rosak, settle semua !



Notahati :: Supervisor aku berkali ajak aku kerja balik . tapi aku.....entah. apa-apa pun, the best feeling adalah, walaupun kau dah pergi, orang still harap kau ada kat situ lagi. kira aku pekerja baik gak aaa kan. izinkan aku perasan. ;p



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

2 comments:

  1. sampai laporan kerja pun dekat wassap.. mmg stress la jadinya . tsk

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !