. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Friday, July 22, 2016

. Menetak Kelapa .



Assalamualaikum.

benda ni aku nak cerita dari semalam lagi sebenarnya.
tapi memandangkan aku dah tertidur awal, jadi kirim salam je laa.
tak penting mana pun cuma....

gigih gila kan orang dulu-dulu nak sedapkan masakan ?
mana nak pegi ambik air berbatu-batu jauhnya.
untung la kalau kat rumah ada perigi.
itu pun gigih juga nak menimba ke dasar perigi nun.
basuh baju pun kat sungai. manede mesin basuh bagai.

eh. tetibe air pulak.

sebenarnya aku nak cakap pasal kelapa.
ye laa...semalam aku tolong mak aku kopek kupas kelapa.
bapak aaaa susah.
aku karate berkali-kali non hado kulit dia nak terkopak.
takat terhiris pilu jer weh.

setelah berpuluh-puluh kali, berjejeran peluh membasahi dahi ku ini,
tangan pun hampir cream..kikiki~ (wicet sangat)
barulah nampak garisan untuk dirobek dikupas lalu ditarik sambil mengetap gigi.
perghhh~ dramatik !

kalau kau pernah buat, kau akan tahu camne rupanya.
mungkin sebab aku takde skill itu yang nampak gigih.
kahkahkah~

mula-mula mak aku pinjam benda alah ni kat jiran sebelah.
katanya makcik tu buat senang jer. just cucuk sekali pastu koyakkan jer.




sampai benda ni kat aku, melantun-lantun
takde nya dia nak terbenam kat kelapa tu.
akhirnya guna parang jer..
ada laa setengah jam nak kupas sebiji kelapa setelah dicampur
detik-detik terbuang guna benda kat atas tu.

aku membayangkan ex bf jer time tetak kelapa ni.
kat situ laa tenaga aku tetibe menyala-nyala.
hahahaha~

aku pernah nampak senjata ni kat rumah jiran paling hujung.
melihat makcik tu mengupas kelapa, mudah jer.




dapat kat aku nak try, yer..nak try baru...belum try lagi.
terasa seriau pulak.
jadi aku dok jer tepi dendiam.

dah habis sesi mengopek kelapa,
aku teringat dulu-dulu masa aku masih kecik.
mungkin dalam umur 3-4-5 tahun kot.
menangis melalak aku nak tolong mengkukur kelapa.
kalau kau pernah rasa la..

kau pernah jumpa tak menda ni ?

sebenarnya bukan nak tolong sangat.
dia lebih kepada feeling nak naik kuda.




camni laa rupa kukur kelapa.
sebelum diambil kelapa yang dah dikukur,
campur sedikit air dan diperah di bekas yang bertapis.
jadilah SANTAN !

bila dibayangkan orang dulu-dulu nak mendapatkan santan
menyedapkan perut dan tekak anak-beranak,
tak ke super gigih tu.
dulu mana laa ada peralatan canggih sangat nak kupas kelapa.
kudrat orang dulu-dulu memang la power rangers dibandingkan kudrat aku.

huhu~

ok. laa..
itu jer sebenarnya aku nak bebel.
cool juga kupas kelapa ni.
nanti boleh la cerita kat bakal mak mertua.
yang aku pandai kupas kelapa.
biar laa sehabis kudrat menjejes peluh pun.
asalkan pernah buat.



:D


emkaybai~


eh lupa pula.
bila dikenangkan perayaan Thaipusam yang dok pecahkan kelapa beribu lemon tu,
pilu sayu rasa hati ni mengenangkan kemain gigih aku nak kupas sebiji kelapa.
sesenang je deme membazirkan peluh aku yang menitis.

hmmm~






notahati :: aku sebenarnya nak upload gak gambar aku masa kecik yang feeling menunggang kuda tu. tapi phone aku rosak nak ditransfer ke sini. jadi korang bayangkan je laa. budak kecik yg comel bertocang dua tengah tersengih duduk atas pengkukur acah rajin membantu ibu didapur.





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. jom join ni..
    http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/07/premade-template-giveaway-by.html
    tag awakk kat sini
    http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/07/premade-template-giveaway-by.html

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !