. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Sunday, August 28, 2016

. Sembang .


Assalamualaikum.


Aku cuma nak share pasal kawan.
Sejak phone aku rosak ni, aku memang lost contact.
Jadi kat facebook je laa tempat aku nak tanya khabar kawan-kawan.
Tapi itu laa. Feel dia tak sama macam bila kita whatsapp.

Aku juga ada masuk satu irc ni. baru je.
(macam yang aku cerita baru ni.)
Sebab apa ? sebab nak ada kawan sembang.
Tapi itu laa. bila dah namanya irc, jadi kau kena pandai jaga diri.
kena pandai pilih kawan. kena beza mana baik, mana buruk.
ramai yang tak betul dari yang betul.

macam aku, aku selalu chat kat wall je. tak layan pm pm ni.
kalau ada pun, pm dengan orang yang aku rasa boleh percaya dari apa yang aku selalu nampak dia chat kat wall. buat masa ni, aku selalu laa tukar cerita dengan few gurl.
talk about skincare, backpacking, human behavior, love and friends.
macam bergosip la. Ladies talk. tapi takde laa nak mengumpat ke apa.
eh. ada juga sometimes. kalau perangai menyakitkan hati, of coz laa nak luahkan.
haha~

bak kata Shahira, dulu kat sini best. banyak boleh dapat knowledge.
 tapi sekarang ni kosong. ramai tak betul dari yang betul.
camtu laa lebih kurang maksud dia. pastu lanjut laa perbualan kitorang dari kisah skincare kepada kisah tumpul selera makan, penyakit susah tido, lesen kereta bla bla bla.
perempuan sangat uolls~

pastu entah lah diorang ni ber "i you" sampai aku pun terikut.
aku cuba nak cipta perhubungan yang mesra gittew~
euww sangat tau. kahkahkah~

kadang best tengok ragam orang since aku pun jarang keluar rumah.
macam-macam perangai ada. kadang buat aku sakit hati jer.
biasa laa manusia bukan semua menyenangkan hati.
aku paling suka bila chat dengan orang yang banyak pengalaman dan matang.
sebab....seronok laa ada isi dan pengetahuan memandangkan aku ni jenis suka main-main.
bila berbual dengan yang matang, aku terpesona lalu rasa matang tetibe.

:D

paling tak boleh blah tetibe jadi tempat mengadu masalah cinta.
lomah den melayan nyo aih~
aku sendiri tak ada cinta dihati.
tapi aku jadi pembaca setia je la.
bagi opinion pun sekadar mampu.

maaf ya aku merepek pagi-pagi ni.
sebenarnya, tadi aku nak share tajuk cerita dengan Haikal.
entah aneh aneh je tetiba boleh yang aku paste tu perbualan aku dengan si backpaker.
terus aku "hancur hancur aku. bila bila saja hancur hancur aku~~"
nasib la dengan backpaker dengan topik ragam manusia.
kalau yang aku terpaste tu perbualan aku dengan Shahira atau Leana,
tak ke lagi malu. perasaan dia macam time kau bergosip, ada orang curi-curi dengar.
aku terasa hampeh disitu. dan malu tahap nak tutup terus akaun fb. kah3~

ini pun masih ada sisa-sisa malu.
emkaybai~



*tutup muka*








x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, August 27, 2016

. Throwback :: Day 2 Daddy Nurse .





15 Ogos 2016, Ahad @ 11pm
Wad Orthopedik HBM, D4, Katil 14



over male nurse ni siap pakai cap. anyway, kiut juga.




Hari kedua aku bermalam dalam wad jaga abah aku.


Lepas dah settle sponging, bancuhkan air susu kambing abah pagi tadi, pukul 7 tu dah kena dok luar sebab pukul 8 pagi camtu dokter round. Aku pun pegi breakfast dengan mak bro semalam tu. Not bad laa makanan kat kafeteria. Aku amik pasta goreng dengan teh ais. Kemain kan pepagi dah minum ais. kakakaka~

Pastu kan, lepas dah siap makan kan macam awal lagi nak masuk wad pun. Dalam pukul 10 -11 baru boleh masuk, jadi aku dengan makcik Aminah (nama mak bro tu) lepak laa kat bawah dulu. tak lama kitorang duduk, datang la sorang makcik ni dengan bertongkat kepenatan. Dari pukul 6.30 pagi katanya keluar g hospital. Dah smpai sini, taktau nak kemana. Dia sepatutnya check in wad harini. (huhu) kesian tau takde sapa teman. anak 10 katanya. mungkin kekangan masa atau kewangan. mana tau kan. tapi itu laa...aku dengar jer makcik ni meluah perasaan. Tapi masalah keluarga kan. aku dengar sebelah pihak je. tak adil nak judge macam-macam.

jadi, sementara tunggu doktor round habis kat wad abah aku, makcik Aminah dan aku pun tolong laa makcik tu masuk wad. tolak dia pkai wheelchair yang jumpa tepi jalan. sebab makcik tu tak ada waris, jadi minta staff nurse yang settlekn pendaftaran. pastu nurse bagi katil. aku pun tolong makcik tu tukar baju semua. Time ni, makcik Aminah dah balik wad. sebab dokter nak jumpa. Aku pun dok sembang jap dengan makcik katil sebelah. pastu belikan makanan. sempat gak dengar doktor clerk patient. pening jugak dengar history makcik ni. haha~

pastu siap tolong pysio yang attend patient katil sebelah. seronok betul kehidupan aku harini. kawan dengan makcik-makcik..kikiki~



10 malam.


Ya Allah. Macam ni, ceritanya masa awal tahun haritu, abah dah pernah masuk wad ni untuk operation  yang sama tapi kaki lagi sebelah. So ada la staff nurse lelaki ni dia sorang je tahu aku nurse. Tak sangka malam ni dia ada. Dia bagi ubat. pastu tanya aku "ape citer sekarang ?" haha..segan aku siot. macam tak ada apa yang berubah je hidup aku dari 1st time jumpa dia sampai kali kedua jumpa. Makin sihat kata dia kat aku. aduiii~

by the way, terharu la kan. kenal lagi dia kat aku. hewhewhew~

aku kalau boleh, nak la borak dengan dia jap. tapi cam biasa laa..aku shy~
awal tahun haritu aku cam nyesal tak tanya fb dia ke apa ke yang boleh contact.
tapi apa motif ?
kahkahkah.

gedik lahai..

aku cuma rasa ada something tak terluah je.
sebab segan nak jawab pertanyaan dia depan abah aku. haha~
aku jawab acuh tak acuh je kot.
tak beradab pulak rasa.
alaa...dia tanya pasal keje je pun.

ada satu ayat yang aku rasa betul laa kata orang.

"Seorang emak boleh jaga anak sepuluh, tapi anak sepuluh, belum tentu boleh jaga emak seorang."


deep right ?
ok laa.
Gud nite !





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Friday, August 19, 2016

. Throwback :: Day 1 Daddy Nurse .




14 Ogos 2016, Ahad @ 11pm
Wad Orthopedik HBM, D4, Katil 14.







hari pertama aku bermalam dalam wad jaga abah aku.


dalam perjalanan tadi aku menangis kot. time sedih ada pulak lagu sedih terus berganda sedih. mental rabak sebab mimpi tu pastu teringat benda aku borak dengan MadaraUchiha.


entah. tak faham wei serius tak faham.
kenapa aku tetiba fikir secara serius bab kawen ni. 
kena brainwash dengan MadaraUchiha ah ni. kemain saiko suruh cari calon bagai.
pastu mimpi plak. keji oii ! !


ni sebab aku takde intenet, maka aku on phone lama dan taip note je sambil dengar brader bilik sebelah ni keep repeat lagu pe tah puluh kali. eh. tetibe senyap pulak. 
ok..dah smbng balik. ingat lagu lain, yang sama rupanya. haha..
lirik dia lebih kurang cemni laa...
 "jangan pernah pergi..jangan pernah pergi..tinggalkan aku seorang diri..." 
ok ! nanti aku cari lagu ni. nanti-nanti, lagu ni akan buat aku teringat saat-saat bermalam kat hospital. nostalgia gittew~
perghhh background lagu kena betul dgn rabaknya hati aku.


mak brader tu baik. dia hulur selimut tadi. pastu dia ingat aku baru pas abes SPM. haha~ 
k fine. keep calm & still awet muda.


katil sebelah abah ni plak, ada cucu laki dia jaga. 
dorang ni berdarah campuran la kot. nampak kacak je atok dan cucu. huhu~
dia bagi anggur hitam tadi. nampak muda lagi..ingat nak laa hulur salam perkenalan. 
tapi shy pulak aku..haha~


abah aku okey jer. cuma buat masa ni memang tak boleh nak gerak sangat kaki dia.
still rasa sakit. dan kalau nak alih kena pelan-pelan seret.
berbanding dengan atuk sebelah ni, dia dah boleh pegi toilet sendiri dengan walker frame la tapi.


k la...nak layan lagu brader ni. 
ah..pliss be nice mata..lelap cepat jgn bg aku layan rabaknya perasaan ni. 
plisss~

selamat malam !








x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

. Resepi Simple selim melim .








Bahan-bahan


  • tali skipping
  • mineral water/air putih 2 @ 3 liter
  • green tea/herbs tea
  • apple merah/hijau

Cara-cara

Sarapan Pagi:
  • Air putih segelas
  • Segelas green tea
  • Sekeping roti

Tengahari:
  • Air putih segelas
  • Nasi segenggam je
  • Lauk protein (NO minyak)
  • Sayur

Petang:
  • Apple
  • Green tea

Malam:
  • Air putih
  • Roti/buah/salad/atau apa-apa makanan tanpa minyak, solid food, fast food etc.

Sebelum tidur:
  • Air putih

Notes:

  • skipping buat minima 50 lompatan sekali sesi (2 ke 3 sesi)
  • hari ketiga upkan skipping 60 lompatan sekali sesi (2 ke 3 sesi)
  • air putih sebaiknya segelas setiap dua jam (mencukupi min 2 liter)
  • NO susu pekat
  • bancuh Green Tea plain tanpa gula



simple bukan ?
selamat mencuba !




notahati :: serius aku dah gemok. Rara is sedih.
btw, tips ni aku jumpa kat fb. tak tahu laa asalnya dari sapa.



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, August 10, 2016

. Wordless Wednesday : If You Know .









"Memang akhirnya kita akan terpisah ke ?"


(':




NotaHati :: Please ignore me from now~



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Tuesday, August 9, 2016

. Kata Puan Emak .



Kata Puan Emak,


"Bila laa mak nak tengok anak kakak ni ?
Tak sempat agaknya."


*deep*







T_T






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Monday, August 8, 2016

. Chat Box .


Assalamualaikum.
Nampaknya setelah aku meluahkan kekesalan,
font blog dah kembali normal seperti font kegemaran aku.
Alhamdulillah.

pelik juga.
hmm..

ok. sekarang nak meluah kekesalan chatbox tak berfungsi pulak.
banyak kali aku copy paste code, tapi dia tetap juga...
kejap ada....kejap tak ada.
tapi banyak tak ada dari ada.

kenapa yer masalah begini berlaku ?

mood aku pun jadi kejap ada, kejap tak ada.
hmm...rasa nak buat header baru la.
tapi malasnya nak tukar semua ni.

macam itu la juga bila nak kenal orang baru.
malas nak mula balik semula.
nak tanya itu ini.
nak menyelami isi hati.
last-last.....

emkaybai lah.
malas nak bebel pasal ni.

haha~


*tetibe*




x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

. Font Blog .


Assalamualaikum.
ingin aku meluahkan kekesalan dihati.
bilamana dah berkali aku ubah font kat blog ni.
tapi bila aku jengah blog keesokkan harinya,
tetap dia jadi tulisan ni.

hmmm.

why ? why ? why ?

ke aku je yang nampak tulisan ni ?
hmm~
takde mood laa cemni.


:'(






x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Saturday, August 6, 2016

. Tiada Tajuk .


Assalamualaikum.
Actually, aku wordless bukan sahaja wednesday je.
malah hari-hari...jadi apa benda aku fikir nak update, rupanya update dalam kepala je.
tak terpublish kat blog yang hidup segan ni.
haha~

aku teringat la kan tetiba pasal satu ayat junior aku dulu.
"Akak ni kalau kahwin umur pat puluh pun takpe."
masa tu aku rasa kembang kuncup je la kan.
bilamana maksud dia aku awet muda persis baya-baya dia je.
beza umur 6-7 tahun gittew~

tapi sekarang bila ingat balik,
aku rasa puaka betul mulut budak ni.
Jodoh aku belum lahir lagi ke ?

Myra is so sad.

T.T
*menangis dalam lemari*





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

Wednesday, August 3, 2016

. Wordless Wednesday : Enjoy The Silence .




"Saya nak sembang dengan awak,
tapi tak tahu nak sembang apa."


*senyum*



"hmmm~ saya pun. kalau camtu, kita enjoy the silence lah."


*sama-sama gelak*









NotaHati :: Do you feel me ?





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

. Pepatah Gadis Gemuk .





Sejak semalam aku dok gigih baca conversation 4-5 tahun lepas.
Banyak benda kelakar yang aku jumpa.
antaranya pepatah kelakar yang Haikal bagi ni.



"Gadis gemuk yang sihat bertenaga lebih baik daripada gadis kurus muka cantik tapi selalu saja pengsan."


haha~

harapnya kita gegadis ni termasuk dalam golongan yang comel dan fit.
marilah sama-sama jaga kesihatan.
nanti aku bagi simple resepi nak comel.
nak tak ?


:D





NotaHati :: semoga bertenaga masuk dalam hati awak. 
why not ! kikiki~


x_589e5a1



(: Suka tak ? Komen sket :)