. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Friday, August 19, 2016

. Throwback :: Day 1 Daddy Nurse .




14 Ogos 2016, Ahad @ 11pm
Wad Orthopedik HBM, D4, Katil 14.







hari pertama aku bermalam dalam wad jaga abah aku.


dalam perjalanan tadi aku menangis kot. time sedih ada pulak lagu sedih terus berganda sedih. mental rabak sebab mimpi tu pastu teringat benda aku borak dengan MadaraUchiha.


entah. tak faham wei serius tak faham.
kenapa aku tetiba fikir secara serius bab kawen ni. 
kena brainwash dengan MadaraUchiha ah ni. kemain saiko suruh cari calon bagai.
pastu mimpi plak. keji oii ! !


ni sebab aku takde intenet, maka aku on phone lama dan taip note je sambil dengar brader bilik sebelah ni keep repeat lagu pe tah puluh kali. eh. tetibe senyap pulak. 
ok..dah smbng balik. ingat lagu lain, yang sama rupanya. haha..
lirik dia lebih kurang cemni laa...
 "jangan pernah pergi..jangan pernah pergi..tinggalkan aku seorang diri..." 
ok ! nanti aku cari lagu ni. nanti-nanti, lagu ni akan buat aku teringat saat-saat bermalam kat hospital. nostalgia gittew~
perghhh background lagu kena betul dgn rabaknya hati aku.


mak brader tu baik. dia hulur selimut tadi. pastu dia ingat aku baru pas abes SPM. haha~ 
k fine. keep calm & still awet muda.


katil sebelah abah ni plak, ada cucu laki dia jaga. 
dorang ni berdarah campuran la kot. nampak kacak je atok dan cucu. huhu~
dia bagi anggur hitam tadi. nampak muda lagi..ingat nak laa hulur salam perkenalan. 
tapi shy pulak aku..haha~


abah aku okey jer. cuma buat masa ni memang tak boleh nak gerak sangat kaki dia.
still rasa sakit. dan kalau nak alih kena pelan-pelan seret.
berbanding dengan atuk sebelah ni, dia dah boleh pegi toilet sendiri dengan walker frame la tapi.


k la...nak layan lagu brader ni. 
ah..pliss be nice mata..lelap cepat jgn bg aku layan rabaknya perasaan ni. 
plisss~

selamat malam !








x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Singgah sini.. done follow back..
    semoga abah segera sembuh..

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !