. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Saturday, August 27, 2016

. Throwback :: Day 2 Daddy Nurse .





15 Ogos 2016, Ahad @ 11pm
Wad Orthopedik HBM, D4, Katil 14



over male nurse ni siap pakai cap. anyway, kiut juga.




Hari kedua aku bermalam dalam wad jaga abah aku.


Lepas dah settle sponging, bancuhkan air susu kambing abah pagi tadi, pukul 7 tu dah kena dok luar sebab pukul 8 pagi camtu dokter round. Aku pun pegi breakfast dengan mak bro semalam tu. Not bad laa makanan kat kafeteria. Aku amik pasta goreng dengan teh ais. Kemain kan pepagi dah minum ais. kakakaka~

Pastu kan, lepas dah siap makan kan macam awal lagi nak masuk wad pun. Dalam pukul 10 -11 baru boleh masuk, jadi aku dengan makcik Aminah (nama mak bro tu) lepak laa kat bawah dulu. tak lama kitorang duduk, datang la sorang makcik ni dengan bertongkat kepenatan. Dari pukul 6.30 pagi katanya keluar g hospital. Dah smpai sini, taktau nak kemana. Dia sepatutnya check in wad harini. (huhu) kesian tau takde sapa teman. anak 10 katanya. mungkin kekangan masa atau kewangan. mana tau kan. tapi itu laa...aku dengar jer makcik ni meluah perasaan. Tapi masalah keluarga kan. aku dengar sebelah pihak je. tak adil nak judge macam-macam.

jadi, sementara tunggu doktor round habis kat wad abah aku, makcik Aminah dan aku pun tolong laa makcik tu masuk wad. tolak dia pkai wheelchair yang jumpa tepi jalan. sebab makcik tu tak ada waris, jadi minta staff nurse yang settlekn pendaftaran. pastu nurse bagi katil. aku pun tolong makcik tu tukar baju semua. Time ni, makcik Aminah dah balik wad. sebab dokter nak jumpa. Aku pun dok sembang jap dengan makcik katil sebelah. pastu belikan makanan. sempat gak dengar doktor clerk patient. pening jugak dengar history makcik ni. haha~

pastu siap tolong pysio yang attend patient katil sebelah. seronok betul kehidupan aku harini. kawan dengan makcik-makcik..kikiki~



10 malam.


Ya Allah. Macam ni, ceritanya masa awal tahun haritu, abah dah pernah masuk wad ni untuk operation  yang sama tapi kaki lagi sebelah. So ada la staff nurse lelaki ni dia sorang je tahu aku nurse. Tak sangka malam ni dia ada. Dia bagi ubat. pastu tanya aku "ape citer sekarang ?" haha..segan aku siot. macam tak ada apa yang berubah je hidup aku dari 1st time jumpa dia sampai kali kedua jumpa. Makin sihat kata dia kat aku. aduiii~

by the way, terharu la kan. kenal lagi dia kat aku. hewhewhew~

aku kalau boleh, nak la borak dengan dia jap. tapi cam biasa laa..aku shy~
awal tahun haritu aku cam nyesal tak tanya fb dia ke apa ke yang boleh contact.
tapi apa motif ?
kahkahkah.

gedik lahai..

aku cuma rasa ada something tak terluah je.
sebab segan nak jawab pertanyaan dia depan abah aku. haha~
aku jawab acuh tak acuh je kot.
tak beradab pulak rasa.
alaa...dia tanya pasal keje je pun.

ada satu ayat yang aku rasa betul laa kata orang.

"Seorang emak boleh jaga anak sepuluh, tapi anak sepuluh, belum tentu boleh jaga emak seorang."


deep right ?
ok laa.
Gud nite !





x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. yes deep.
    And you are such a very good daughter.
    May Allah blessed you and family ❤

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !