. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Wednesday, September 7, 2016

. Bergurau tak hagak woi .








Annoying lah kan bila orang bergurau dengan apa yang kita tak suka.


Contoh macam, bila kau dah bagitau si A kau tak suka si B, tapi si A ni dok juga join si C dan orang lain yang tetibe jadi pelakon tambahan membahan kau dangan si B.
Rasa kecewa dan meluat lah kan. Sebab kau harap si A bekap lah kan bila dah tahu kisah sebenar. Malah lain pula yang jadi. Dia yang paling over membahan kau. Siap main gabung nama pula lahai.


Lain lah si B tu kau memang suka.
Tak payah tunggu kena bahan. Kau sendiri membahan (baca : Mengorat) dia demi kepentingan kau. 


haha~


Aku jenis tak pandai nak marah mengamuk. Lagi pula aku tahu benda ni akan memburukkan keadaan. Jadi aku akan menidakkan sampai aku rasa tak tahan (badmood).
Ala-ala berombak dada gittue~ Pastu aku senyap. 
abaikan semorang yang kena sawan tu, (kahkahkah) dan pegi hiburkan hati sendiri.


esoknya, terus abaikan manusia yang kena sawan tu. Dan perhatikan lah gosip tu reda ke tak. Tapi selalunya bila tak ada orang yang dibahan tu, memang reda lah.


Si A pula akan tertanya la "Mana Erika eh ? i pm tak balas. U rasa dia marah ke ?" ohhoii sangat. For sure lah aku marah tahap taknak kawan kau dah. Part ni memang kelakar lah. Sebab tak pasal aku act macam bebudak. Pastu jawapan si C pulak "Marah pasal semalam ke ? alaa kalau dia jenis tak boleh gurau benda yang tak melampau, pasni tak payah laa bergurau dengan dia." 
Keji siot ayat dia "TAK MELAMPAU" tu. Terang-terang kau memang melampaui batas bergurau.


Then si A balas "i dont think so. I kenal dia, dia cool." 
heh~


Prinsip aku bila marah camni je,
 "Bila orang tengah sawan, kau kena cool."
Jadi aku tak menyakitkan hati orang yang menyakiti aku. Serius. Dalam keadaan nak marah pun, aku still akan fikir perasaan orang. Sebab bukan jenis aku memaki hamun. Kalau tak, diorang kena sawan, aku pulak kena rasuk. Makanya, sama-sama lah gila. haha~


Aku nak menjalani hidup dengan penuh gembira, aku malas laa nak layan orang menggila. 


Pengajarannya, kau kalau nak bergurau, mintak tolong sangat fikir dulu kalau apa yang kau nak gurau tu, kalau kena kat kau, kau suka ke tak ? Ini tak. Aku tengok bila kena kat kau, kemain meroyan lagi. Amende weh amende kalau gitu ?







NotaHati : For sure aku taknak cepat tua. kihkihkih~


x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

(^___^) / sAy sOmEtHing !