. LiNk bLogWALking RARA . . . WiNkk-WiNkk~ .

.............

Tuesday, September 20, 2016

. HB ! .



Assalamualaikum.
Selamat Hari Lahir buat diri sendiri.
haha~






Semalam, aku ada laa saja-saja buat permintaan dihari lahir.
lebih kepada berangan sebenarnya.
begini bunyinya.....

Harap-harap ada laa orang nak bagi hadiah handphone.
dan pakwe sorang. Makanya, sebelum september tahun depan,
boleh laa mendirikan rumahtangga hingga ke jannah.
hahahaha~

*Berangan sambil makan buah berangan.*


Gedik mak enon alahai~
Tak boleh blah oiii.
haha~


Tapi itu laa...Harini Alhamdulillah. Abang aku hadiahkan aku sebuah handphone.
Berserta powerbank dan juga seorang bakal suami. Ok. yang last itu tipu. kihkihkih~


Oh ya. Aku agak gembira la bila semalam pukul 12.51 pagi (kemain siap waktu)
orang yang aku suka iteww wish besday. hihihihi~
bahagia sampai hari ini tau tau.
padahal ucapan dia "Selamat hari lahir." je pun.
over hoi~



Tadi tengah dok cari gambar masa celebrate besday dengan kawan-kawan yang sama tarikh besday masa sekolah menengah kan, terjumpa laa album Hujan. Terimbau kenangan dulu sebab album ni laa buat gaduh pakwe makwe.


haha~


Aku minat gila band Hujan. sebab entah rambut Noh Hujan tu rare betul. Lagu dia pun ok what. Tapi pakwe aku ni paling tak suka band ni. bagi aku, dulik hape aku. Aku paksa dia belikan album Hujan. Sampai merajuk aku dibuatnya sebab dia berkeras taknak beli. Tak menahan tu, siap kutuk-kutuk lagi. Sakit hati aku. keji betul~
Tahu laa kan dia layan heavy metal. 


Akhirnya, pada satu hari..aku dapat bungkusan yang berisi baju raya, box perhiasan yang comel dan sekeping album Hujan. 
Terharu tak semena. Dalam dia memberontak taknak layan permintaan aku, tapi dia still juga penuhi. Entah-entah masa beli tu, memaki hamun agaknya dalam hati dia. 


kahkahkah~


ape ni teringat kekasih lama pulak dihari lahir yang berbahagia ini.
kekasih baru plisss~


aku nak memori baru. 
phone baru kan. 
*tetibe*


By the way,
Terima kasih Mak yang lahirkan bayi tak cukup bulan ni.
Terima kasih Abah yang manjakan anak perempuan mengada ni.
Terima kasih kawan-kawan atas ucapan selamat hari lahir.
Terima kasih Abang Jat bagi handphone.
Terima kasih Abang Cik & Kak Ina belikan kek.
Terima kasih semuaaa~

Terima kasih bakal suami.....
haha.


mengarut dah !


emkayybaiii~



NotaHati :: Lately, aku malas betul nak update blog.
Padahal banyak je benda aku nak cerita.



x_589e5a1

(: Suka tak ? Komen sket :)

3 comments:

  1. wow, happy birthday awakkk! & tahniah dapat hp baru. siap ada powerbank lagi tu! Jaga elok2 tau ;)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday rara! Seronoknya dapat handphone 😊

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir sis.. Semoga sis dikurniakan kesihatan yang baik, semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan sis, semoga apa yang sis impikan Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah... =)

    ReplyDelete

(^___^) / sAy sOmEtHing !