. BLOGWALKING .

.............

Monday, January 15, 2018

. #2 Chilindo - Review .



Minggu lepas di entry yang INI aku terjebak dengan Chilindo. ~.~
Lepas bid tu, aku bid lagi weh. Ahahaha~
Disebabkan jarak aku check out tu tak jauh mana, jadi pihak Chilindo ni satukan invois aku. Jimat duit penghantaran.

Jadi begini lah.


Di entry yang lepas kan 4 barang je. Lepastu ada penambahan 2 barang. Bukan itu sahaja.


Hah. Tambah lagi 2 barang. Sebab masih teruja membida. Lol~
Kali ni, tak dapat sekalikan invois sebab barang yang sebelum tu dah dibungkus. Rasa rugi la sebab 2 barang tetap kena bayar RM 8 kos penghantaran ke rumah. (Aku pilih bayar COD)

Nasihat aku, kalau nak bida, bida banyak barang. Tapi itu laa, kena pandai pilih barang juga. Pilih barang yang kau rasa tak rugi sebab macam maklum balas blogger lain, kualiti barang dia okey okey je. 

Kat bawah ni barang yang sampai selepas 3 hari aku check out. 6hb confirmkan pembelian, 9hb dah sampai kotak ni.



Kasut - nipis je. Beli 2 sebab bagi adik aku 1. Ini paling aku suka !
Tripod - aku bayangkan dia tinggi. Rupanya kemetot jer. Haha~ boleh la guna masa aku workout sambil refer video.
Pad learning - ala macam mainan tekan-tekan, bunyi. Anak sedara aku kejap je dah bosan. 
Thumb up phone stand - ini comel. Nak tengok movie senang. Even nak update blog guna phone pun aku guna ni letak kat perut pastu dua-dua tangan boleh menaip. Ahahaha~
Lampu LED - untuk letak kat tayar basikal. Jadi kalau kayuh malam-malam orang nampak la kelibat. Aku mana mengayuh malam-malam. Sekadar nafsu la tu beli. :D



KEYZA sandal - serius lembut dan tebal. Asalnya aku nak bagi mak aku, tapi agak ketat la depan tu untuk mak. Jadi aku je pakai.
Kasut bayi - Untuk Aisyah. Lembut sangat. 

Kesimpulannya, aku rasa berbaloi la barang yang aku beli ni. Aku bida pun kalau boleh harga tak sampai belas-belas, lepastu entah kenapa aku asyik bandingkan barang kat Chilindo ni dengan kedai 2 ringgit :D :D
(Itu kiranya tanda aras aku supaya berjaga-jaga dan tak menyesal.)

Aku tak berani nak bid barangan elektronik atau barang yang kira macam beri "harapan tinggi". Aku ada baca sorang blogger ni beli kamera RM100+ tapi kualiti macam mainan budak-budak. Aku macam--
WHAT ? ! *tepuk dahi*

Sebenarnya dan sesungguhnya, aku taknak dah terjebak. Oiii...Berhantu lah benda ni. 

Nantikan kotak ke-3 yang bakal sampai 3-4 hari nanti. Kahkahkah~
Boleh ke nak kata yang kalini LAST ?

:'D







(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. Bahaya gak ye kalau dah terjebak.. Tapi kalau barang okay dengan harga, berbaloilah..

    ReplyDelete

sudah baca harap komen :D