. BLOGWALKING .

.............

Friday, January 19, 2018

. Anekdot Daim .


Daim bukan coklat :D
Daim bukan buaya,
Daim pencinta wanita.

Cecey~



Beberapa hari lepas, aku baru habiskan #anekdotDaim ni. Tulisan Khairy Tajudin, terbitan KTR Press. Buat masa ni, aku ada 4 siri. Siri ke-5 baru keluar rasanya.

Buku ni aku beli masa PBAKL 2017. Serinna kata Daim ni sengal dan lawak. Jadi dia cadangkan aku beli dan baca. Aku pun peruntukkan RM 100 untuk 7 buah buku dari KTR Press. Sebab 7 buah buku RM 100. 😅 (Aku lemah betul dengan strategi marketing macam ni. Buat keliru nak pilih. Huhu~)

Sekejap je boleh habiskan baca buku ni. Sebab banyak pickuplines yang biasa dengar/baca kat socmed. Tak tahu la dorang copy dari buku ni atau penulis yang masukkan pickuplines tu dalam buku ni.  Buku ni memang kelakar dan bukan Daim je yang sengal. Kawan-kawan, mak ayah dan aweks dia pun sengal. 😆😆😆

Imam Tulang Rusuk - Kisah Daim yang tak habis-habis mengorat. Cara dia mengorat tu memang kelakar. Dalam pencarian isteri tu juga lah memberi dia kesedaran untuk belajar melengkapkan diri dengan ilmu. Terus ikut keluar 4 bulan weh. Keluar atas usaha iman dan hidayah kata dia. #deep

Tunggu Saya Pulang - Buku kedua ni paling aku suka. Dalam tu banyak tentang jemaah tabligh yang keluar ke IPB (India, Pakistan, Bangladesh) dan sedikit sebanyak sejarah Islam. Terus aku rasa nak beli buku "Route to IPB". Amalan dakwah kat sana terbaik. Masjid tak dikunci dan "hidup" sentiasa. Banyak pengajaran. *thumb up*

Geng Budak Sengal - Perangai sorang-sorang memang tak boleh blah. Masing-masing sibuk cari awek. Buku ni macam throwback la sebab Daim nakal lagi masa ni. (Daim memang sentiasa nakal) Tinggal pula mereka-mereka ni satu rumah. Lagi la banyak kelakarnya. Best gila dapat kawan macam ni.

Awak Memang Nakal - Ini pun throwback. Tapi throwback dia dari zaman Daim sekolah dan cerita macam mana dia kenal dengan bakal isteri dia. Dalam buku ni juga la aku baru tahu dari mana dia dapat perangai sengal dia tu. Ahahaha~

Aku dah baca sinopsis buku ke lima - Mana Tunang Aku ?


Pasal huru hara sebelum majlis kahwin Daim dan ada kemunculan Geng Budak Sengal (GBS) yang culik Daim. Lol~ culik kawan baik sendiri :D

Ringan kepala baca buku ni dan buat aku rasa nak share dia punya kelakar tu. Tapi tak mampu share semua. Sikit-sikit je laa aku snap share dekat status story Whatsapp. Nak lebih, BELI Aaaaaa !

Kikikiki~ ^.^


Kbai~





(: Suka tak ? Komen sket :)

2 comments:

  1. Saya baru ada 3.. Baru baca yang no 3.. No 1 ngn 2 tak baca lagi.. Hehehe.. Tapi kesengalan daim tu memang ohsem..

    ReplyDelete
  2. i do love to read but different genres hehe

    ReplyDelete

sudah baca harap komen :D