. BLOGWALKING .

.............

Friday, January 5, 2018

. Babi & Saka .


Maaf ya bukan saja nak mengeluarkan perkataan haiwan haram tu. 
Tapi aku disini nak ceritakan sedikit sebanyak tentang buku yang baru aku habiskan untuk tahun ini.


Ini ya bukunya. Keluaran Lejen Press.
Penulisnya Azwar Kamaruzaman.

Aku beli buku ni sekitar tahun 2013. Sebab tajuk dia macam "wow babi ?" Tapi bacanya pada tahun 2018. Hewhewhew~

Cerita dia pasal anak tak sah taraf (Leman). Mak dia (Paul aka Pauziah) pelacur dan ayah dia (Mawardi) sebenarnya ustaz (ishhh3). Paul memang nak buang Leman dari dalam perut lagi. Tapi ada suara yang melarang dari Leman dibuang. Sampai ke besar Leman dicaci maki sebab dia anak haram. Kakak dan abang dia pun sama tak guna. Tapi bajet-bajet suci. Ek elehh~ 😒

Buku ni best la juga sebab aku nak terus baca, nak tahu ending dia. Tapi ada di sesetengah part tu macam tak logik. Yang paling best nak ending tu. Walaupun pengakhiran mak ayah dia sadis, tapi serius lawak. Lawak sebab Leman blur-blur nak kena handle babi. Ya. Mak ayah dia jadi babi.

Oh ya. Ada satu part tu, Paul kena hukum kerat jari kaki dengan Mama (mak ayam). Lepastu boleh pula Mama tu suruh bodyguard-bodyguard dia minum sorang sikit darah yang ada tu. 

Ya Allah. Aku betul menghayati dan mual. Nak muntah oii~
Gila ah.

Dah kerat jari-jari kaki Paul tu, lepastu tiba-tiba Paul macam dah kerasukan (actly saka) saka dia suruh tikam, pecahkan kepala Mama tu dan makan otak dia. 

😨😱

Saka dia tu la bawa ke buku kedua. Buku kedua ni lebih kepada kecelaruan Leman dalam mengendalikan babi-babi tersebut dan usaha Leman nak tukarkan balik rupa mak ayah dia tu. 

Dalam dia tengah usaha tu, Leman cam tersasar dari landasan yang sepatutnya. Dia terpengaruh dengan bisikan syaitan (saka mak dia) supaya teruskan perniagaan kelab malam mak dia, siap saka tu suruh ubah kelab malam tu jadi yang islamik. Lol~

Sebab Leman ni agak dungu, dia mudah terikut. Oh ya..saka tu menyerupai kawan baik dia. Lagi laa dia percaya dengan saka tu. Sampailah saka tu dah mula mengganas, dan Leman didatangi satu suara yang menyedarkan apa yang dia buat tu salah.

Ending dia sedih. Mak ayah Leman akhirnya jadi manusia semula (setelah kena buat beberapa syarat antaranya kena rendam babi dalam air panas selama 100 hari) dan insof. Tapi Leman ke tali gantung sebab dia mengaku dia membunuh.

Haih~

Sedih tapi pengakhiran Leman memang baik. Kata pegawai penjara tu jasadnya berbau wangi dan dia tersenyum.

Begitulah serba sedikit.

Kbai~














(: Suka tak ? Komen sket :)

2 comments:

  1. Penulis ada cakap tak kenapa dia pilih babi dalam banyak2 haiwan yang lain?

    ReplyDelete
  2. Ada juga nak beli tapi cover dia agak tak menarik.. Hehehe.. Akak nie sejenis manusia yang suka tengok cover cantik... Hehehe..

    ReplyDelete

sudah baca harap komen :D