. BLOGWALKING .

.............

Tuesday, January 23, 2018

. Hari pertama .


Tak sabar nak dapat gaji pertama.
Lol~

Baru 1st day kerja kot.
Kakakakakakakaka~
Aku masuk-masuk je klinik tadi, tak ada orang kat reception. Jadi aku pun duduk lah bersama pesakit diruang menunggu. Gila ramai patient Fomema. Aku macam "ah...sudah. Memang aku pun terlibat sama la ni." Lepastu aku nampak kelibat pekerja kat reception. Masih sempat aku berfikir "nak pergi ke tak ? Sebab awal lagi ni." Kahkahkah~ motifnya aku malas nak check fomema tu. 

Tapi sebab aku baik, aku pun pergi je la "awak..saya staff baru." Dia pun jemput aku masuk. Lalu dibawa aku jumpa doktor. Doktor pun "pandai ambil darah ?" Aku pun terpaksa jujur laa kan. Sudahlah interview semalam dia tahu aku dulu assistant supervisor. Buat malu lah kalau tak tahu. :D

Aku pun dibawa ke ruang pemeriksaan pesakit Fomema. Punya canggih klinik ni (dari klinik aku yang sebelum ni) x-ray pakai print je ok. Tak perlu masuk bilik gelap, tak perlu cuci prosessor apa bagai, tak perlu bancuh chemical. Cuma edit kat pc dan print out. 

Oh ya. Tak perlu bersusah payah susun kad juga. Semua key in dalam sistem. Doktor pun key in ubat terus dalam sistem. Yang tak bestnya, agak leceh la aku nak ulang alik tengok ubat dalam laptop. Sudahlah aku tak tahu lagi mana duduknya ubat ubatan ni semua. Agak serabut la keadaan aku tadi. Budak yang kerja dengan aku tu agaknya terpaksalah bertabahan. Ahaha~
Klinik ni dimiliki oleh doktor cina. Jadi kat sini ada buat akupuntur (camtu ke ejaannya ?) Aku tengok macam senang. Kerja nurse ni, cuma hulur jarum akupuntur kepada doktor, doktor cucuk dan nurse akan sepitkan 1 alat ni kat jarum tadi seterusnya tetapkan level sampai pesakit rasa selesa. Aku belum belajar lagi pasal ni. Doktor kata "minggu depan kita buat kursus akupuntur yer."

Okey sambung pasal yang tadi, aku pun berkobar lah nak cucuk pesakit. Sekali dah habis dorang check. Lalu aku disuruh masuk dalam. Terpinga-pinga lah aku tak tahu nak buat apa. Sampai lah kawan-kawan satu shift aku datang. Rupanya ada je lagi Fomema yang belum selesai. Jadi kena juga lah ambil darah, ambil urine, ukur tinggi dan periksa mata. Selebihnya doktor yang buat.

Ha. Lagi satu yang best kat sini, ambil darah tak perlu syringe okey. Guna jarum yang ada vakum. So tak ada la tercucuk jari sendiri (aku banyak kali juga tercucuk jari sebelum ni.) Tapi disebabkan aku macam tak pandai nak guna benda alah tu, aku guna la cara lama. Dan mendapat la tercucuk jari sendiri tadi. Mujur jarum belum cucuk pesakit. Huhu~
Aku tak tahu apa yang aku belajar harini. Aku masih tak tahu mana duduknya semua barang. Benda ni buat leceh lah. Dorang pun tak ada masa nak tunjuk sebab pesakit tak berenti. Walaupun tak la ramai mana, tapi banyak prosedur. 

Lepastu kan, setiap kali sediakan ubat pesakit, kena tunjuk ubat tu dulu kat doktor. Doktor periksa betul ke tak ubat yang diberi tu. Dah periksa, baru bagi kat pesakit. Bagus sebab takde medication error. Tak best sebab lambatkan kerja. Ahaha~ 

Walaupun ada sistem, tapi closing tetap cara manual. Lol~
Leceh gila. Kalau terlebih, terkurang, susah nak kesan. 

Tiba-tiba rindu klinik lama. :D
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Klinik lama dulu tu sangat mengikut SOP, bersih dan kemas. Yang sekarang, tak berapa segalanya. Ahahaha~
Ok lah.
Kaki dah lenguh.
Mengantuk dan penat.

Harapnya esok bertambah ilmu dan lebih baik.

Kbai~





(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. Wah, nampak rumit jea keja tapi bila dah biasa, dah okey la kan.. Hari pertama keja mmg nampak berserabut sebab kita tak terbiasa lagi kat tempat tue.. tapi nnt okeyla tue.. Good luck..

    ReplyDelete

sudah baca harap komen :D