. BLOGWALKING .

.............

Wednesday, January 10, 2018

. Perangkap .


Alat ni memang trusted.

Perangkap lipas.
Aku bukan seller tapi entah kenapa tiba-tiba teringat kisah perangkap ni.

Puan emak beli alat ni dekat kedai DIY. Motif utama semestinya nak menanggani masalah lipas yang suka bersiar-siar di bawah singki.

Aku tak percaya benda ni pada mulanya. Tapi tetap la aku yang teruja nak tengok hasil tangkapan. Maka, aku pun godek-godek la benda ni camne kekdahnya ia berfungsi dan bila dah "oh macam ni. Nanti lipas masuk dekat 'pintu' besi ni, dia memang terperangkap la. Tak boleh keluar." Aku pun masukkan biskut sebagai umpan (dia bagi sekali biskut untuk letak dalam alat tu.) Dan letak dibawah singki.

Esoknya...
Jeng
Jeng
Jeng
.
.
.


Cicak wehhhh CICAK ! !

Haiwan ni aku geli okey.
Jadi aku mampu tengok dari jauh. Memang sekali tu je lah pakainya. Siapa je berani nak buang haiwan dalam tu oii. Penyudahnya, dengan benda tu sekali la buang.

Tu gambar hiasan je tapi memang 2-3 ekor juga la cicak dalam tu. Lipas pun ada. Rasanya kalau lipas je dalam tu, boleh la juga pakai berkali kan ? Ini cicak...lembik-lembik gitu. Euwwww~ geli guys~
Kesimpulannya, kalau nak membasmi lipas dan cicak atau mungkin haiwan kecil yang lain, alat ni memang bagus fungsinya. Murah pula tu. 

Kbai~








(: Suka tak ? Komen sket :)

1 comment:

  1. Wah.. Bagusnya.. Tapi tulah.. Beli, perangkap dan buang.. Kita pun geli dengan cicak.. Huhuhu..

    ReplyDelete

sudah baca harap komen :D