. BLOGWALKING .

.............

Tuesday, January 9, 2018

. DIY - Shoes felt yang gagal .


Dah lama aku tak berkraftangan.
Sebelum ni aku pernah buat key chain, bookmark, pin tudung dan kepala Hello Kitty. (Hah ?) Sebelum buat niat nak sebarkan hasil kraftangan tu kepada sesiapa yang aku sayang. Rupanya bila dah siap, sayang pula nak bagi orang. Ahaha~ :D
Entah apa-apa perangai.

Eh. Tapi aku bagi bff aku.
Sampai lunyai la key chain tu aku tengok.
(Ah terharu bila nampak benda yang aku bagi digunakan dengan baik) 
Cuma, aku macam "ya ampun..nak kena bagi lagi ke camne ni ?"

Jadinya selepas sekian lama, aku ingat nak cuba la buat felt shoes. Tengok cara mudah je. Tengok ok. Belum buat lagi. 
Dengan tak ada pola. Aku main ukur dan buat je ikut gambar pola DIY google tu. (Patutnya kena print, then potong comel-comel ikut pola)
Dah aku tak ada print apa bagai kan.

Jadi hasilnyaaaa...


Ha. Begini lah.
Senget depan tu. Lepastu, lipatan yang dalam tu tak kena jahitan.

Ahahaha~
Terus putus asa.
Nanti la bila ada mood lagi, aku try buat sampai jadi.

Tak pun aku siapkan je la karpet pompom aku yang tertangguh tu.

Hewhewhew~








(: Suka tak ? Komen sket :)

2 comments:

  1. Sikit je lagi nak perfect macam expectation gambar tu. Kali kedua buat mesti menjadi je. Good luck! :)

    ReplyDelete
  2. Okay wat untuk first try.. Kali kedua mesti jadi..

    ReplyDelete

sudah baca harap komen :D